Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Wednesday, 8 October 2014

Jahanam Punya Pop Ads !!


Salam...!!
Huh! Nak tahu sesuatu?? Muka aku tengah panas ni haa~

Tadi..aku tengah search wallpaper-wallpaper menarik kat google. Aku jenis yang suka penuhkan tab kat atas tu, haa berpage-page aku open sekaligus. Mana yang ada link berkenaan je aku click...tapi, tiba-tiba....


Terdapat seekor Pop Ads yang tiba-tiba terus 'ambil alih skrin aku' lalu memaparkan dirinya. Dia terus keluar je terpampang depan skrin tu. Aku nampak! Tapi otak aku macam blur untuk mentafsir apakah yang terpampang betul-betul depan skrin aku tu...

dan....Astagfirullah al'azimmm!!!! Damnnnn !!
(sempat ingat Tuhan dulu tuu baru mencarut...)

Sepantas kilat! Zuppppp!! Darah aku menyirap, muka aku panas tetiba!!


Terpampang besarrr kat skrin aku tu gambar pempuan punya yang bawah tu haa...ala, gambar Miss V tu~ masalahnya kalau berbalut lagi takpe, ini togellll...Astaga !!! Jelas kau tahuuuu...segala lurah semua boleh nampak...ya Allah~~ Aku dah macam kelam-kabutttt dah aku pangkah semua web yang aku bukak tu. Close terus! Dalam hati dah menyumpah seranah tahap gaban masa tu. Dush! Dush!!

Lepas tu, aku macam bengong kejap. Muka masih panas lagi tu..tiba-tiba pale aku pening dan risau...nak tau sebab apa?? Sebab meja aku paling depan, belakang aku meja designer yang lelaki sorang tu. Kau dapat rasa tak apa persoalan aku masa tu? Aku macam nak pecah kepala fikir budak belakang tu nampak ke tak kejadian tadi tu??? Hadoi~~ Malunya kalau dia nampak. Damn! Damn!

Harapppp sangat dak tu tak nampak...isk..isk T_T

********************************************

Esoknya, aku sampai awal. Terus aku duduk kat meja designer lelaki tu, dan pura-pura macam buat kerja. Tujuan aku nak tengok 'eye-level' masa buat kerja kat situ, nampak ke tak skrin PC aku kat depan tu~~

dan....

Ya Allah!! Syukur gila!! Sebab aku pasti, mamat tu tak nampak kejadian memalukan di skrin PC aku semalam. Phewww~~~ lega tahuu!! Hahaha :p



P/s : Ini macam pengalaman ngeri dah aku rasa. Korang pernah tak kena camni?? By the way, ini entry lama yang aku tak perasan, aku belum publish. Hahaha :p


2 comments:

Amanda Suria said...

SA pernah rasa....yg bestnya boss SA lalu plak masa tuh....siut tul....sampai ke sudah kena bahan...

Sue-Rya Qistina said...

ya Allah, malunya..padahal bukan kita nak bukak pun..sbb tu la kalau kat tab ni, saya tak berani nak click n install kt mana2 wallpaper n aplikasi..huhuhu