Happy Three Friends

Miss Money

Thursday 10 April 2014

Kenangan di Taman Permainan.... :)



Mak aku cakap, aku ni masa kecik-kecik (6/7 tahun) suka
pergi taman mainan, tapi selalu jarang nak main sebab takde
kawan. Haha forever alone kah aku ni dulu :P Aku ni membesar kat JB, so siapa yang sama macam aku, meh seppp sikit...korang mesti tahu area tepi pantai Lido dulu-dulu....sepanjang panjang pantai tu ada beberapa taman mainan yang best dan popular sebagai tempat rekreasi keluarga dengan anak-anak mereka.

Lama dah taman mainan tu. Sekarang dah takde dah. Tapi
aku rindu sangat nak 'tengok' semula tempat tu. Aku takde
bergambar kat sana pun :( Lepas tu, taman mainan dulu dengan
sekarang lain. Sekarang jenis yang pasang siap kot? Yang plastik
dan berwarna-warni macam ni :


Aku lagi suka yang jenis dulu, jenis yang pakai papan dan
kayu, dan ada juga playground lama yang  jenis gelongsor dia
dibuat daripada konkrit pakai simen je tu. Itu lagi licin wehh !! 
Ruang untuk gelongsor tu certain dibuat lebar-lebar, sampai
boleh turun gelongsor 5 orang sekali sebaris! Hahaha seronoknya!
Ini contoh playground zaman aku kanak-kanak dulu :


Nampak tak kelebaran gelongsor tu~~~
Kalau dulu area tepi pantai Lido tu dia macam ada banyak
checkpoint nak berhenti. Setiap checkpoint ada playground.
Aku tak ingat ada berapa checkpoint, tapi masing-masing ada
playground yang berbeza. Aku suka pergi playground yang
paling hujung, sebab playground dia berbentuk kapal yang
dibuat daripada kayu, lepas tu ada 'sarang labah-labah' yang
sangat besaaaaarrr !! :D Kat 'sarang labah-labah' tu best, sebab
boleh panjat-panjat macam spiderman~yeaaahh

'Sarang labah-labah' untuk aktiviti panjat-panjat
Bentuk kapal tu lebih kurang macam ni lah, tapi kat JB tu bahagian bawah dia boleh masuk untuk duduk-duduk...
ada sediakan kerusi...
Lepas tu,  kalau pergi playground, aku suka main benda-benda ni:

1. Gelongsor

Ini memang wajib main ! Berebut-rebut take turn nak naik
gelongsor ni dulu. Gelongsor kalau lagi tinggi dan panjang,
lagi best!! Gelongsor yang berpusing-pusing pun best jugak!
Lebih adventuraaaaa gitu~ hahah
2. Buaian

Buaian jenis ni jarang jumpa dah...ingat lagi dulu pergi
playground, nak main buai tu kena alert je sentiasa sebab
selalu penuh...bila sorang tu dah habis main, blah je dia dua
tiga langkah daripada situ, terus berkejar-kejaran yang lain
nak 'cop' buai tu..hahaha rindunya zaman tu! :D
3. Tiang

Besaunya gambar, padahal nak fokuskan kat tiang tegak tu
je ha...hahaha..masa aku kecik-kecik dulu, tiang ni lah
permainan yang paling mencabar bagi aku..Hahaha feeling2
bomba gitu...

Aku ingat lagi masa first aku nak try turun ke bawah guna tiang
ni...nervous gila okay..tangan dah genggam kuat kat tiang, badan
pun dah landing baik kat tiang, siap peluk kuat-kuat lagi, tapi
takut gila nak alihkan kaki daripada pemijak tu untuk sangkut
kat tiang tu...lama jugak aku yakinkan diri sendiri masa tu..Haha
adakah korang ingat lagi semua kenangan ni? :') Aku tak boleh
lupa betapa seronoknya aku, masa first time dapat meluncur ke
bawah guna tiang ni..hihi :')

4. Besi panjat-panjat

Aku ni memang suka aktiviti panjat-memanjat ni. Konon nak
tunjuk terror lah tu, haha...tapi dalam keseronokan memanjat
tu, aku akan musykil dengan benda ni :


Seriously masa aku kecik, aku berfikir dengan bersusah-payah
macam mana nak naik benda ni...aku fikir macam ni :

i) Kalau panjat daripada belah dalam...panjat-panjat sampai atas badan akan tergantung, lepas tu panjat-panjat lagi macam
mana nanti kepala yang sampai dulu???


ii) Kalau panjat belah luar pulak, okay lah mula-mula normal,
panjat macam biasa, tapi...nanti kalau dah lepas ke sana,
kepala jugak yang turun dulu! Arghhh macam mana ni....??


(besi panjat-panjat melengkung ni je satu-satunya yang aku
tak berani try..hahahaha)

5. Titian kayu

Ini bestttt dan mencabar jugaklah kononnya. Sebab dia
bergoyang-goyang..paling best, diri je kat atas tu, pegang
tepi kuat-kuat, lepas tu hayun kaki...wahhh best~best~ hahah

6. Jongkang-jongket
Jongkang-jongket aku suka yang kayu dia panjang-panjang
tu, baru best naik. Haha tapi kalau yang comel mcam ni pun, rasa macam best jugak kan ! Hahaha comelnya :D

7. Tunggangan berspring

Kemain entah iye ke tak nama dia tunggangan berspring :p
Ini pun best, sebab bila naik toink ! toink! toink! dia ke depan
dan ke belakang. Tapi bila dah besar sikit, tak dapat naik...
sebab tak muat nak masuk T_T

8. Permainan pusing sampai pening

 

Aku tak pernah jumpa style ni kat sini lagi, yang aku pernah
main, aku diri atas satu bulatan besi yang besar, lepas tu minta
tolong abah or mak aku pusing-pusingkan benda tu laju-laju.
Sampai pening dan lalok..hahaha seronoknya ! :D


Hihihi....(n_n)


Jadi, itulah kenangan aku di taman permainan yang aku sangat
ingat even aku dah dewasa sekarang ni. Sangat seronok ! 

Kalau sekarang, aku nak main kat playground, agak-agak
dipandang serong tak ye? Hahaha

Okay itu saja, terima kasih sudi singgah sini :)

(gigih cari gambar untuk buat entry ni..hadoi~)

4 comments:

Unknown said...

masa kecik2 dulu zaman akak tak de la main kat taman permainan gini..semua main redah hutan,panjat bukit,panjat pokok ..itu je la..heheh

Cik Anita said...

Sangat mengimbau nostalgia kekanak riang nih... Tapi dulu tak main sangat pun! haish

eima said...

zaman aku dulu tak byk la mainan yg aku penah jumpa sbb aku dok kampung .... sesekali je dpt main .....

Tinta Lana said...

Salam.

Bersusah payah aku menghadamkan imaginasi liar ko psal besi panjat2 yg bentuk melengkung tu..payah sungguh ak rsa,hahaha

Weh, aku rindu tmn tsik titiwangsa lorhh, sini tmpt aku ngn adik aku main almost every weekend, abah aku mesti bawak kitaorg dua bradik ksini.

Yup2, dulu kbnykn buat dari kayu. Plg best, gelongsor kat situ dulu, buat dari batu tau! Seyes, aku takut, sebb pemegangnya yg kiri knn tu rendah, buat dari batu sma gak. Ada satu lgi jenis gelongsor, dia punya gelongsor tu mcm zink, berkilau mcm zink. Tu plg best, laju turun! haha

Main jongkat jngkt pun, kayu punya kan dulu..plg seronok, bawah dia alasnya tayar. Bila turn kita menurun, kayu tu kena tyr, adoii, melantun dari tmpt duduk jugala.

Aku paling tak faham, main kerangka besi yg empat segi, slalunya tinggi binaannya. Aku tgk budak2 lu panjat gitu jela. Smpai kesudah, ak tak pernh main benda tu,hahaha

Aii, ni kalau cerita lagi, boleh jadi entry. Takpa, smbg skit,hehe.

Baru ni ak pi tmn tsk titiwngsa balik dgn adik aku. Kitaorg rsa nostalgia habis. Dulu rsa semua benda kat tmn tu, sgt tinggi dan besar..yela, dulu budak2 kan, pendek aje. Lain sgt rasanya bila pergi balik tmpt tu,hehe