Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday, 1 April 2014

Meja Pereka Grafik VS Meja Pekerja Lain


Dulu masa duk hostel, aku selalu dengar budak-budak
course lain cakap begini kepada kami yang budak-budak
Art n Design ni :

"Budak AD ni selalunya buat kerja bersepah, berselerak.."

"Kau dapat roomate budak AD? Habislah kau tak boleh
tidur, diorang selalu stay up sampai tengah malam, kadang
sampai pagi, lampu pun kena bukak je memanjang...haha"

dan sebagainyalah, tapi main point dia adalah budak art ni
buat kerja bersepah, meja dia tak pernah kemas, dan selalu
tidur lambat / mahupun tak tidur langsung. Hahaha, well aku
memang setuju dengan itu :P Meh kenali kami :D

Meja / Work Station budak-budak Art :

1. Meja kena besar dan luas

Bagilah meja luas mana pun pada kami, kami tetap rasa macam tak muat, sebab kerja kami adalah banyak,
start 
daripada A-Z, kami kena buat research konsep, teknik, warna, font style, reka bentuk, then kena buat sketch, then mungkin kena color secara manual dulu before masuk dalam PC untuk diedit secara manual. Tu belum meja untukpakar 3D Animator, segala bagai komputer ada atas meja dia.
Jadi proses kerja ni memerlukan ruang yang banyak dan luas agar kami boleh buat kerja dengan selesa. Segala buku-buku
rujukan (biasanya buku kami penuh dengan gambar semata),
buku sketch, pelbagai jenis color seperti color pensel, watercolor, krayon dan sebagainya harus diletak berdekatan agar
mudah dicapai masa tengah 'rushing' cari idea :P

2. Memang crowded

Korang harus tahu yang budak-budak Art ni memang
masing-masing ada hobi untuk mengumpul sesuatu sebagai
koleksi. Most of them sangat suka mengumpul action figure
yang mana orang-orang biasa akan gelar ia mainan kanak-kanak.

Sebab itu, adalah perkara biasa dan normal jika meja seorang
pereka grafik akan mempunyai susunan action figure di atas
meja dia. Tak kira sempit mana pun meja diorang, pasti ada je
tempat untuk dia selitkan jugak action figure kesayangan
diorang tu. Kalau tak ade tempat jugak, confirm dia akan cari
jalan gak agar action figure dia ade jugak atas meja dia tu.
Tu yang sometimes korang tengok, sekeliling PC dia pun boleh
jadi tempat sangkut or tempat letak barangan koleksi dia.
Bagi mereka, semak yang macam itu menyeronokkan :D

3. Bersepah bila buat kerja
Anda memang akan cari pasal sekiranya tegur diorang
buat kerja bersepah. Ini adalah proses penting di mana mereka
sedang mencari idea. Simptom-simptom mereka sedang
mencari idea adalah, pelbagai jenis buku bergambar
dibiarkan terbukak je, buku-buku tu pulak berselerak je, 
buku sketch juga dibiarkan terbukak je dengan pensel-
pensel dan drawing pen bersepah-sepah, buku sketch 
dipenuhi dengan sketches yang mengarut, seperti lakaran
kasar yang berpusing-pusing dan berserabut seperti puting
beliung....

sambil dia sedang termenung mengadap dinding, mengadap
ke luar tingkap, mengadap PC, mengadap siling, atau
mungkin akibat terlalu hardcore sampai terlentang tidur atas tilam.
Ada juga yang membiarkan semua itu bersepah sambil dia
relax je makan megi sambil menonton movie kat PC.

Itu semua adalah proses mencari idea. Seriously, korang
kena faham hal ni.

4. Tak boleh tengok meja or dinding kosong

Ini aku tak tahu nak terangkan macam mana, tapi ia
macam automatik. If meja dia terletak di bahagian corner
dinding, confirm dinding tu akan jadi hak milik dia
sepenuhnya, dan akan diletakkan / ditampal / disangkut
dengan apa-apa sahaja yang digemari seperti poster konsert
yang cool, design poskad yang just nice, poster kartun
kegemaran dia, sticker monster yang pelik tapi comel,
label or price tag jenama kegemaran dia, sampul coklat
edisi terhad yang rare gila, semuua....semua kalau boleh
dia nak tampal kat dinding tu. Percayalah....

5. Kemas tapi menarik perhatian

Ya, mungkin ada certain yang tak suka meja kerjanya
terlalu crowded, dan akan menghias workspacenya dengan
lebih kemas, dan nampak lebih professional. Tapi, dia
tetap tak boleh lari daripada ciri-ciri 'kebebasan' dalam
menghias meja nya tu. Tetap nak letak gak koleksi yang
dikumpulkan, dan tetap nak letak 'sense of art' kat situ.

Dalam gambar atas tu, alahh tu nak ambil gambar je kot,
tengoklah nanti time dia buat kerja macam mana..hahaha
So, that's all...sesiapa yang nak try-try tackle awek / pakwe
yang bergelar budak-budak Art bolehlah belajar menerima
cara mereka bekerja, dan fahamkan kenapa mereka macam tu.
Ia sesuatu yang boleh dikatakan macam 'tulisan doktor memang
susah nak faham'. Er, faham tak? Hehe...

Bersepah, crowded, berselerak itu tanda kami bekerja,
tanda kami sedang bekerja, dan aku rasa..ia adalah

A.W.E.S.O.M.E !!

\(n_n)/


3 comments:

eima said...

ko satu2 nye budak art yg aku kenal .. tu pun dlm blog je ..klu tak aku tatau pun ... huhu

Anonymous said...

Part meja bersepah tu tak semua,tapi part tidur lambat atau tak tidur langsung tu memang betul hahaha.

Anonymous said...

part meja bersepah tu kadang2 jer..tapi mmg betul kalau tidur lambat mmg rutin..