Happy Three Friends

Miss Money

Friday 20 June 2014

Gantung VS Suspek




Aku tak tahu lah mungkin disebabkan aku dah tonton terlalu banyak cerita bergenre psycho, maka aku rasa cerita 'roh yang tak sedar dia sebenarnya dah mati' lebih menarik berbanding cerita 'pyscho yang gemar membunuh'. Oleh kerana aku baru baca dua novel Fixi ini, maka aku boleh bandingkan antara dua ini saja.

Gantung



Macam aku cakap tadi, inilah novel yang mengisahkan tentang sekumpulan roh-roh pelajar yang tak sedar diorang ni sebenarnya dah mati. Cara penulis ni Twist plot cerita tu menyebabkan aku memang tak aspek langsung keseluruhan cerita ni hanyalah kerana roh tu tak sedar dia dah mati. Gila menarik tahu! :D

Permulaan kisah dimulakan dengan watak-watak 4 orang pelajar sekolah asrama yang terdiri daripada anak-anak orang kenamaan yang sangat menjaga reputasi sekolah, kat sini segala-galanya boleh dibuat. Kebebasan tanpa had gitu~. 4 orang watak itulah pelajar yang paling nakal, yang paling glamour, suka fly pergi minum-minum, dan paling tak boleh blah, mereka mengamalkan
'Musketeer Code'; sebuah prinsip 'not all for one, but one for all'.
Awek setiap sorang daripada geng, kena 'dirasa' oleh semua. Memang agak liar sikit kehidupan budak 4 ekor ni, tapi aku kagum dekat penulis perempuan, yang berjaya menyelami akal dan fikiran seorang lelaki dalam menghasilkan novel yg macam ni.

Dan akibat terlalu nakal, dan akibat terlalu hensem (agaknya lah), watak utama di-stalk oleh seorang perempuan yang akhirnya gantung diri dia. Start daripada situ, semuanya berubah. 

Kisah mungkin cliche, ye lah roh tak sedar diri dah mati, but how nice Nadia Khan twist plot cerita sampaikan aku ingat kejadian yang berlaku pada 4 orang watak tu adalah kejadian 10 tahun lalu yang berulang semula dan menimpa diorang pulak. 

Rupa-rupanya, watak 4 orang tu lah 'pelaku' utama kejadian 10 tahun yang lalu tu. Huishh, paling best, seluruh part dalam cerita ni sangat lawak disebabkan kesengalan watak 4 orag tersebut. Slow-slow je nampak tiba-tiba macam pelik, dan Boom Kebabommmm part last terbongkar segala-galanya 'secara halus' melalui pementasan drama yang dibuat demi menyedarkan roh-roh tersebut yang mereka sebenarnya dah mati !

How cool is that, huh ? Siapa yang belum baca, aku suggest dan rekomen gila buku ni kat korang. Hehehe

Suspek



Okay, walaupun jalan ceritanya aku dah biasa dan boleh mengagak siapa Phantom Killer (pembunuh utama), tapi aku puji penulis ni sebab beliau pandai mencipta 'ayat dalam hati' / monolog dalaman setiap watak, yang menyebabkan masing-masing kedengaran seperti seorang suspek! Beliau berjaya membuatkan pembaca bereaksi macam ni : Haa dia ni lah pembunuh, memang tak syak lagi! (then bila baca lagi), haish dia ni macam pembunuh gak.....(bila sampai klimaks) ish mana satu ni????? Dua-dua nampak macam psycho, siapa yang bunuh???

Apapun, penulis ni bijak dengan mengaitkan psycho-psycho yang membunuh tu dengan sebuah organisasi haram yang bertaruh melalui permainan yang gila! The Alchemist...terdiri daripada golongan doktor, saintis, askar dan lain-lain lagi yang pada asalnya ditubuhkan untuk membuat penyelidikan untuk tujuan perubatan, tetapi telah diharamkan kerana masing-masing dah terpesong daripada tujuan, dengan 'mencipta' manusia sebagai alat paling hebat untuk melakukan pembunuhan mengikut corak dan style yang mereka suka. Selepas diharamkan, psychotic-psychotic ini 'tersebar' ke seluruh dunia, meneruskan hobi gila mereka...

Paling aku terkedu, watak Daus Anaqi yang selama itu begitu rapat dengan watak utama, juga merupakan seorang psycho. Cuma dia masih amatur, dan dia sanggup kelar diri sendiri, demi menyelamatkan watak utama. Part tu sangat sedih. Sebab masa tu lah watak utama baru sedar yang Daus Anaqi bukanlah Phantom Killer yang sebenar....dan kini watak utama terpaksa berdepan dengan pembunuh psycho yang gila itu seorang diri tanpa akan ada sebarang bantuan lagi daripada Daus Anaqi.

One advice, bila baca cerita macam ni, better not to expect for happy ending, sebab dalam novel Suspek ni, watak utama mati secara tragik di tangan Phantom Killer, sebelum beliau terus mencari mangsa sehingga sekarang...kerana permainan The Alchemist 'baru saja bermula'...

******************************************

Okay tu je lah ulasan aku tentang dua novel Fixi ni. Betul kata Lana, banyak buat cerita psycho or misteri macam ni, tapi tak semua bagus. Gantung sangat menarik, dan psycho bagi aku menarik jugalah..

Cuma tu lah, before ni pun aku dah banyak tengok citer psycho, subjek video aku dulu pun kumpulan aku buat pasal Schizophrenia, then subjek minor photography aku pun aku buat tajuk Split Personality...wow, mental sungguh semua tajuk aku..Haha, so maybe sebab tu aku macam biasa-biasa je dengan novel sakit mental ni. Tapi masih berbaloi untuk dibaca.

SALUTE FOR THE WRITER ! ;)


2 comments:

Mime MF said...

wah..best je..nak beli jugak lah !! :D

maria said...

saya pun da baca 2 novel trsebut . dan prmainan jln cerita yg direka oleh penulis sgt memanipulasi para pembaca shingga kita tak espect ending dia . dan mnulis buku mngenai psycho mmg satu cabaran yg besar . tahniah kpd penulis kerana brjaya mnghasilkn karya yg trbaik . :)