Happy Three Friends

Miss Money

Wednesday, 8 October 2014

Berfoya-foya di JB sempena Cuti Aidiladha


Salam :D
Cuti raya haji hari tu, kitorang tak balik kampung, makan kat rumah je. Petang tu, abah ajak pergi berfoya-foya di bandar JB. Haha, boring lah tu :p So get in the car~ and race like a jet~ go to Jay bee~

1. Pantai Lido, Johor Bahru

Asalnya, kitorang nak pergi duduk-duduk ambil angin tepi Pantai Lido. Siapa orang JB tahulah, kami ni nama je negeri yang ada pantai, tapi sebahagian besar pantai yang ada betul-betul kat bandar tu, dah dijadikan private land. So, nak melepak-lepak macam dulu, memang tak dapat lah, kecuali kalau pergi Country Garden. Danga Bay pun macam dah lingkup aku tengok, takde pape pun~ Hmm...sedih~sedih :(

Ha tambaklah laut tu selagi boleh, kejap lagi bersambung dengan Singapore kat depan tu ha~
Sekarang ni, kalau pergi Pantai Lido tu, kapal-kapal besar yang macam gergasi tu banyak gila kat situ. Dah rasa macam kat pelabuhan dah.. haha
See...inilah projek 'memprivatekan' tanah umum tepi laut kepada orang-orang kaya. Dia nak buat kondo atas laut dengan entah segala bagai bangunan ape lagi kat situ tak tahu lah..Kawasan tanah yang ada bangunan2 tinggi warna putih tu semuaaaaa tanah tambak tahu? Asalnya daripada jalan lurus yang panjang tu je dah boleh nampak laut dah, sekarang...?? Hmm :( 'Hilang' pemandangan laut kami ni tau...duk atas laut konon, tenggelam baru tahu! Hahaha~

2. Pantai Stulang Laut, Johor Bahru

So, takde pilihan, kami pergilah laut yang sekangkang kera tu iaitu Stulang Laut ni. Sini best tau kalau pergi malam-malam, dapat tengok banyak lampu daripada sampan-sampan nelayan. Eh, sampan ke tongkang ye, entahlah. Haha~


Stulang ni kira macam pantai yang mesra pengunjunglah, sebab kat sini boleh mandi-mandi dan rendam-rendam kaki gitu. Tempat makan pun banyak. Hujung sana sikit yang bangunan putih tu ialah shopping mall; The Zon. Tapi masa kitorang pergi hari tu, sangattttlahhhh ramainya manusia ya Allah! Semua macam tersumbat kat situ haa~ terus cancel nak bersiar-siar tepi laut.

3. Komtar JBCC, Johor Bahru


Komtar ni dulu-dulu memang tempat aku masa kecik-kecik dulu. Suka pergi sini. Hehe..sangat nostalgia, sekarang Komtar dah diubahsuai dan dibarukan. Niat di hati, kami nak pergi tengok-tengok lah Komtar baru tu~ katanya ada Angry Bird Park! :D

Ini adalah promosi Angry Bird Park yang dikategorikan sebagai 'ambient advertising'. Sangat menarik perhatian orang yang lalu-lalang sebab memang dia guna kereta betul tu~ haha

Tapi.....tempat parkingnya belum siap, dan kitorang salah masuk Car Park yang akhirnya membawa kami ke Car Park City Square jauh di bawah tanah~~ Hadoi...dah lah parking dia bawah bangunan yang tinggi, car park bawah tanah, dua tingkat bawah tanah...sesak nafas dan bahang dia lain macam. Help! Help! I'm drowning~~~ (*_*)

4. City Square (CS) , Johor Bahru

Car Park CS ni terletak di bahagian bawah bangunan CS tu, jauh ke bawah. Aku masa tu berdoa, janganlah kau runtuh tetiba wahai CS. haha :p

Dalam CS ni, aku boleh samakan dengan Times Square dan Sungei Wang Plaza...gila pack manusia-manusia dari seluruh alam duk ada kat dalam tu. Hadoi~ inilah shopping mall yang tak sesuai untuk mak ayah aku pergi, sebab sangat padat dan semua manusia jalan laju macam robot! Kesian mak ayah aku..hadoi~ Kena pulak public holiday, boleh mati lemas kat dalam tu (-_-')

Haa...ni nak bagitau nih, rupa-rupanya dalam CS tu ada EXPO DOREMON tauuu !!! Expo ni sempena ulang tahun Doremon yang ke-100 tahun dan kat sini dia akan dedahkan 100 gajet rahsia yang ada pada Doraemon :D

Klik gambar untuk lihat suasana sekitar Expo Doraemon dan harga tiket


Okay, itu saje. Terima kasih sudi singgah sini (n_n) 

P/s : Orang entry hari raye dia ada gambar daging korban, masak-masak lauk, aku punya entry raya penuh gambar JB, apehal? Haha~ 



6 comments:

eima said...

ok la tu ade jg xtvt nye ....
dasat ek JB ... aptb betui la

nuyui a.k.a miss YUI said...

wah jalan sakan ke jb ea..

Nurrul Hazieqah said...

syok lah bejalan sakan kak... sy yg duk jb pun tak bejalan.. huhuhu

lyanamahat said...

hello jee bee...hello @lynndamya... awk..lama x hello hello...hihih...singgah blog awk dan selamat hari raya aidil adha :)

Suria Amanda said...

Ok la tu Lynn...atleast ada gak kenangan di hari raya...

suwara entertainment said...

x lama lagi JB akan jadi mcm singapura. kalau dah rumah pun diorg dah mula jual kat singaporean..