Happy Three Friends

Miss Money

Monday, 13 October 2014

Tragedi Adik Sedara Saya Mati Lemas :'(


Salam...
Ini keratan akhbar mengenai adik sedara saya (18 tahun) yang meninggal dunia akibat lemas pada Jumaat yang lalu... (u,_u)


Arwah dan rakan-rakannya mungkin terdiri daripada AJK yang bertanggungjawab mengatur sebuah majlis anjuran sekolahnya di sebuah hotel di Johor Bahru. Majlis ni diadakan pada hari Khamis, dan majlis ini adalah majlis kejutan untuk guru-gurunya, jadi pihak guru memang tak tahu menahu tentang perancangan ini. Lepas majlis setel, mereka buat keputusan untuk bermalam lagi sehari di hotel berkenaan. (biasalah budak-budak kan, macam kita juga, lepas berjaya buat sesuatu majlis, kita nak lah juga meraikan kejayaan tersebut)


Menurut cerita rakan-rakan arwah, pagi Jumaat itu, selepas bersarapan pagi di hotel tu, diorang semua nak mandi kolam. (kedalaman 1.5m) Semua 13 orang tu termasuk arwah buat bulatan sambil pegang tangan masing-masing, dan konon-konon nak menyelam lah sekejap kan. (aku biasa tengok diorang yg mandi kat swimming pool buat macam ni, maybe kind of 'friendship' stuff). Dah pegang-pegang tangan, mungkin tak sedar diorang dah beransur-ansur ke bahagian kolam yang kedalamannya 1.8m. Menyelam...dan tiba-tiba tangan terlepas..4 orang lemas masa tu, tapi dua sempat dibawa naik. Tinggal dua orang, termasuk arwah. Dua-dua tak pandai berenang.
Kawan dia yang pandai berenang ni terjun untuk selamatkan tapi, hanya sempat capai kawan dia yang lagi sorang manakala arwah dah terkapai-kapai lemah, makin jauh ke bawah (lantai kolam). Dan menurut kawan dia yang terjun ni, dia kata dia tak berani nak terjun buat kali kedua sebab dia baru lepas makan, dan takut dengan dia-dia sekali lemas.

Daripada tragedi ni, aku nak kongsi beberapa 'perkara' yang aku lihat, dan betapa Allah takkan mempercepatkan atau melambatkan sedikit pun ajal kita...

1. Allah menggagalkan semua pertolongan yang ada

Mungkin kalau kes ini masuk FB, ramai manusia yang akan komen apesal tak minta bantuan? Apesal tak panggil guard? Guard tak pantau ke?? Dah tahu tak reti berenang apesal mandi kolam yg dalam???

Contoh kau di tempat arwah, aku rasa kawan-kawan kau semua akan cakap, takpe~takpe~ kita just buat bulatan je dalam air, jangan risau aku pegang tangan kau kuat-kuat nanti, kawan-kawan kau pasti akan yakinkan kau yang tak reti berenang tu akan selamat di bawah jagaan mereka kan? Paling kurang pun mereka akan mencabar/membahan kita jika kita tak join diorang, kan? Well, see...siapa mereka untuk memberi jaminan itu bila Allah kata dia akan mati pada masa tu..?

Antara bantuan-bantuan yang digagalkan Allah, rakan-rakan arwah dah campak pelampung, tapi talinya putus...dan dengar cerita ketika itulah Guard pergi ke tandas sekejap...dan arwah masih bernadi ketika ditarik ke atas, tapi usaha CPR gagal kerana arwah baru lepas makan, maka yang terkeluar semua hanyalah sisa-sisa makanan saja. Sehingga akhirnya, arwah akhirnya meninggal dunia.

2. Perasaan terkilan yang sangat menyakitkan

Hari terakhir arwah berjumpa dengan ayah dia adalah pada Aidiladha (Ahad) hari tu. Majlis sekolah ni hari Khamis. Dan daripada Isnin tu sampailah Khamis, arwah nakkk sangat jumpa ayah dia, tapi tak dapat sebab ayah dia kerja sebagai jaga, jadi aturan masa tu tak tentu dan susah nak dapat jumpa. Sampailah si arwah pergi ke hotel, pun tak dapat jumpa, sehinggalah arwah meninggal dunia. Hajatnya tak sampai. Dan bayangkan apa yang dirasakan oleh ayah arwah ketika dapat tahu dia tak dapat jumpa anak dia lagi untuk selama-lamanya lepas ni, tambah pula yang dia tahu dia tak dapat tunaikan hajat terakhir anaknya itu..? Sakit bukan?

Menurut makcik aku yang berada di hospital dengan keluarga mangsa hari tu, ayah arwah menangis dan pengsan berkali-kali dan nampak lost habis sampai doktor terpaksa beri ubat tidur dan masukkan beliau ke dalam wad kecemasan. Sampai lepas jenazah selamat dikebumikan pun, ayahnya terbaring menggigil-gigil akibat terlalu sedih dan mungkin terkilan. :'(

3. Perasaan bersalah dan trauma rakan-rakan mangsa

Aku ikut pergi kubur malam tu. Aku melihat ayah arwah gagahkan diri juga untuk membantu kembumikan arwah anaknya, dan aku melihat ibu arwah yang terduduk lemah hanya memandang. Saat kita nak melangkah pulang adalah yang paling berat, sebab kita tahu habis saja 7 langkah kita, malaikat akan 'datang' untuk menyoal si mati. Tangisan ibu dan ayah arwah agak reda semasa berjalan pulang, tapi saat kawan-kawan dia berdepan dengan ibu dan ayah arwah, suasana jadi pilu semula. 

Aku lihat bagaimana kawan-kawannya meminta maaf kepada si ayah dan ayahnya kembali menangis hampir pengsan, melihat pula kawan arwah yang terjun tapi tak sempat capai arwah untuk selamatkan dia, meminta maaf kepada si ibu, dan si ibu yang sejak tadi diam dan lemah tiba-tiba macam hilang kawalan seperti menyalahkan budak tu.

Dipegangnya wajah rakan yang meminta maaf darinya sambil menangis cakap "Anak makcik dah takde! Anak makcik dah takde!" Sambil tangannya menunjuk-nunjuk ke arah kubur. "Kat rumah nanti takde siapa makcik nak panggil...along..along...anak makcik dah takde..." sambil teresak-esak pegang wajah budak tu. Sangat sebak lihat keadaan itu. :'( Dah ajal, memang itu tugas Allah, cuma kita manusia yang menjadi penyebab dan punca kematian...

4. Jangan mandi kolam / pantai / air terjun sejurus selepas makan?

Siapalah tak nak mandi dalam kolam yang sejuk dan nyaman macam ni kan? Tapi, sebaiknya tunggu beberapa jam lepas makan baru boleh terjun mandi kot...sebab andai kata kita lemas, dan diberikan CPR, takut-takut jadi seperti arwah adik sedara saya tu, perut dah penuh, bila tekan-tekan, hanya keluar sisa makanan, air yang dah masuk dalam tu macam tersekat je tak dapat nak keluar.

***************************************

Al-fatihah untuk Allahyarham Zulhelmi Bin Nazri. Umurnya baru 18 tahun, seorang anak yang baik, selalu duduk rumah dan teman ibu, manja dengan ibunya, pemalu dan baik...sudah takdir, umurnya sampai 18 tahun sahaja..Allah lebih sayangkan along. :') 

*****************************************

1 comment:

AyuArjuna BiGoshh said...

Ya allah sebak membaca. Moga arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman