Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday 20 October 2015

Cara Saya Mulakan Semula Rutin Membaca Al-Quran

Salam.
Aku ni bukannya jenis manusia yang istiqomah dalam membaca al-Quran. Dulu aku just baca ikut sedap rasa aku je, contohnya kalau aku tetiba macam sayu teringat Nabi Muhammad, aku akan baca surah Muhammad. Kalau aku perlu petunjuk, aku baca surah an-Nur. Haa camtu lah~

Tapi sejak awal tahun ni, aku cuba jugak untuk ngaji setiap hari. Mungkin kesedaran tu dah datang kan. So, tak baik lengah-lengahkan. Jadi, bagaimana aku trained diri aku supaya disiplin baca Quran?



1. Melalui pembacaan surah al-Mulk setiap malam
Sebenarnya, aku baru tahu yang surah al Mulk ni adalah penyelamat diri daripada siksaan di kubur nanti. Selama ni aku fikir surah al Mulk ni untuk lindungi diri daripada benda-benda jahat / gangguan mahkluk halus je (warden selalu nasihatkan cakap camtu..wuwu)...rupanya khasiat surah ni lebih besar daripada tu! Jadi aku nekad untuk amalkan baca pada tiap2 malam lepas solat Maghrib / Isya', melalui pemikiran begini :

'Siapa lagi yang boleh tolong aku di kubur nanti kalau bukan aku sendiri?'

Jadi, Allah dah bagi jalan (surah Al Mulk), jom kita guna jalan tu! 



2. Baca sekali surah as-Sajadah
Okay sebenarnya tak terniat pulak nak amalkan sekali surah ni, tapi once masa mula-mula nak baca al Mulk tu, aku macam teringat yang aku ada baca kat google, yang surah Sajadah ni juga baik untuk diamalkan setiap malam sebab fadhilat dia lebih kurang macam surah Mulk, lebih-lebih lagi Rasulullah SAW pun baca surah ni malam-malam, so okay! Aku cuba disiplinkan diri satu malam tu, baca dua surah Mulk dan kemudian surah Sajadah.



3. Baca al-Quran daripada mula sikit demi sikit
Dan kemudian, aku tambah lagi satu rutin iaitu, lepas baca dua surah Mulk dan Sajadah tu tadi, aku baca al-Quran tu daripada mula sampai takat mana yang aku boleh. Ada masa aku aktif malam tu, jadi aku boleh baca sampai macam terasa sayang nak benti....tapi kalau kena time mengantuk...aku baca 2,3 ayat je dah..tutup! Hahaha...kang baca masa ngantuk tersalah2 pulak :p

*******************************
So, itulah yang aku buat awal tahun ni dulu, masa mula-mula nak disiplinkan diri supaya baca al-Quran. Sebab aku sedar, dah lama gila aku tak mengaji. Sampai aku dah lupa bila kali terakhir aku baca Quran melainkan daripada baca surah Yassin semata-mata.

Sekarang ni Alhamdulillah, baca surah Mulk, Sajadah dan sedikit surah daripada mula pada tiap-tiap malam dah jadi macam rutin, sampaikan bila tak buat rasa macam tak tenang gitu. But still, kadang2 skip juga lah sebab tak larat ngantuk sangat. Hihi :p



Jadi tu lah sedikit cara-caranya. Tolong jangan salah faham aku menunjuk ke apa, sebab aku cuma nak beri tips camne nak mula balik mengaji ni. Rasa malas tu memang kuat, tapi still kena atasi. Baca al-Quran akan jadi terapi minda kalau kita selalu amalkan :) In Shaa Allah~


*****************************************
SURAH AL-KAHFI

Dan sekarang, hasil pembacaan aku dah sampai ke surah al-Kahfi. Surah yang sepatutnya wajib kita hafal supaya terhindar dari fitnah Dajjal kan? Ya! Aku memang tekad nak hafal, dan aku ingat surah nya senang, sekalinya.....mak aihh...

Panjang rupanyaaaa surah al Kahfi ni, lepas tu aku tak tau lah rasa macam susah benau lidah aku nak baca. Mungkin sebab surah ni besar fadhilatnya, jadi ia agak susah sikit dan hanya orang yang betul-betul je boleh hafal surah penyelamat ni. Serius bila aku belek-belek surah tu aku jadi risau. Bila nak boleh hafal ni :'( Aku baca masa mula-mula tu slow ya amat, asyik tersasul je..susah :'(



Serius kita perlu risau kalau kita tak boleh nak hafal surah penting camni. Lebih-lebih lagi bila kita tengok dunia sekarang, bermacam-macam benda buruk dan fitnah yang jadi kan? Takut? Sebab tu kita mesti hafal surah al-Kahfi! Ayuh!!!

P/s: aku masih berlatih lancarkan lidah baca al kahfi...nanti aku share camne aku berlatih tu ya..semoga bermanfaat! (n_n)

6 comments:

ct cheery said...

Gud sharing dear

Wanyob said...

Satu lagi tambahan baca terjemahannya sekali , sekurangnya kita faham sikit surah tu tentang apa .

Ana Jingga said...

Alhamdulillah Lyn, semoga kita sentiasa berusaha untuk menjadi hambaNya yang terbaik hari demi hari, in shaa Allah :)

Raz said...

aku ada group whassap yg update 1 juz 2 minggu skali.. bagus jugak.. disiplin sket

eima said...

tq dear sbb memperingatkan kami ni .. inshaaAllah

Anonymous said...

Cara lebih mudah nak hafal, selalu dengar bacaan Al-Quran dari Syeikh Mishari Rashid Al-Afasi/ Sheikh Al-Ghamadi..Bila selalu dengar, akan masuk ke ingatan kita, Insya Allah.