H.U.J.A.N
Korang suka tak tengok hujan? :)
Aku suka sangat tengok hujan turun :D
Sukaaa sangat sampai aku boleh duduk berejam tepi tingkap semata-mata
nak tengok hujan tu turun.
Cantik kan pemandangan daripada tingkap ketika hujan lebat :)
Kadang-kadang, aku rasa nak berdiri je tengah-tengah hujan tu dan biar
hujan tu membasahi aku (gelinya ayat aku macam ayat novel okay)
dan aku suka keluar lepas hujan berhenti, sebab semuanya akan nampak
cantik dan cuaca pulak sangat nyaman dan menenangkan.. :)
and the reflection also doing well... (n_@)
Cantik kan ? So, pada aku memerhatikan hujan turun ni bukan lah aktiviti
yang membuang masa, memerhatikan hujan turun tak sama dengan termenung.
Termenung, kita fikirkan masalah. Tapi, memerhatikan hujan, kita menghayati
ke-best-an hujan itu dan kita rasakan kesejukan, ketenangan dan keindahan
hujan itu. Kira, macam theraphy untuk diri sendiri lah, untuk release tension :)
Nak pergi spa mahal, so dengan tengok hujan turun pun dah cukup :)
So, kesimpulannya, hujan sangat best ! Sebab dia macam shower, haha..
Nak rasa shower, mandilah hujan.
Hujan yang paling best ialah hujan di tengah hari ataupun hujan
di tengah malam?? Entah, bagi aku dua-dua best (n_n), dan...
Aku sangat suka hujan !
Korang suka tidur time hujan kan~~~~ hahaha (n_n) ?
2 comments:
http://eventsbybloggers.blogspot.com/2012/01/new-year-first-giveaway-by-ziera.html
anda ditag :D
awk tag sy? okay, jap lg sy tgk ok, thanx :) hehe
Post a Comment