Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Tuesday, 31 January 2012

Makin Tua, Makin Kejar Harta


Assalamualaikum and hi readers. 

Korang setuju tak kalau aku bagitau yang manusia ni, makin tua sebenarnya
makin tak matang perangainya. Dari apa yang aku nampak, kebanyakannya
makin memikirkan standard, harta dan pangkat. Nak contoh? Okay,macam ni :

Makcik Senah seboleh-boleh nak buat majlis khawin anak perempuannya
segrand yang boleh, nak buat secara besar-besaran dan havoc gila, sebab..
tak nak kalah dengan Makcik Joyah, merangkap jiran yang baru je lepas
buat majlis khawin anaknya secara besar-besaran minggu lepas.

Memang setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya, tapi yang
kebiasaanya yang kita nampak zaman sekarang ni, kepentingan anak dah
tak difikirkan lagi, tak peduli anak mampu ke tidak, bakal menantu tu penat
lelah cari duit nak pinang anak dia, yang penting, majlis kena grand, baju dan
hantaran kena tip-top, semuanya gara-gara ibu-ibu yang pentingkan standard
diri sendiri. Tak nak kalah dengan jiran sekampung. Bagus ke macam tu?

"Ha, kamu ni dah habis belajar, cari duit dulu, jangan terus-terus nak khawin
je, biar mak kamu rasa kereta besar, TV besar, barang kemas semua tu haa..."
kata Makcik Lijah kepada anak perempuan makcik jual bawang kat kedai
runcit taman perumahan anak sedaranya.

Ok fine, terang-terang dah nampak sangat otak dia asyik fikir harta untuk
dibuat modal untuk menunjuk-nunjuk kat jiran. Kenapa tak cakap, cari duit
untuk bawak mak ayah pergi ke Mekah untuk tunaikan haji? Nampak sangat
lah, barang kemas sampai ke lengan tu lagi penting kan, datin-datin sekalian~ ?

Lagi satu, bukan salah besar pun kalau khawin awal, kalau dah sampai seru,
khawin je lah. Jodoh dah sampai kan, kata nak elak maksiat dan pembuangan
bayi~ Tapi, kenapa ramai orang yang dah berumur ni tak setuju dengan statement
khawin awal / khawin muda ni? Ish, mestilah risau, harus paksa anak-anak belikan
peti asi 3 pintu dulu, tukar set sofa baru kat rumah, belikan Tv sekeping kat rumah,
beli kereta besar gedabak then parking kat tengah laman, supaya satu kampung
boleh nampak...kan?

Aku tak bercakap untuk semua, ini hanyalah segelintir yang mana aku selalu
nampak dan dengar. Rimas ! Sampai aku tertanya dalam hati, makcik-makcik
ni makin tua, makin lupa diri pulak. Harta yang disibuk-sibukkan, harta yang
dikejar-kejar, lepas tu niat untuk menunjuk-nunjuk. Kan dah tambah dosa sebab
riak dan takbur tu. Semoga makcik-makcik Joyah, makcik Lijah, makcik senah
semua tu sedar-sedar lah diri sikit dan hidup dengan berlandaskan syariat Islam.

Kalau nak buat majlis khawin tu, buat lah ikut kemampuan. Takkan nak buat
grand, then esoknya pengantin baru pulak yang ikat perut sebab berhutang, 
semata-mata memenuhi impian makcik-makcik sekalian untuk buat majlis
besar-besaran. Sepatutnya kita ni hidup bersederhana dan selalu bersyukur :)

...

...

...


Owh ye, aku baru update blog artwork aku, klik image bawah ni :

Tadi, tengok Tv dengan mak aku, keluar iklan shampoO...then mak aku
cakap, cuba lynn bela rambut panjang pulak, mak nak tengok camne..

(-_-') aku rambut panjang? 
Mampukah?


Huhu, okay itu je untuk entry kali ni, thanx sudi baca ya (n_n)


2 comments:

O CIKTEDDY said...

a'ah la..sume nk grand pdhal Islam mngajar spy bsederhana...kan3?

owner said...

Cik teddy : Betul tu, besederhana lah dlm semua perkara :)