Happy Three Friends

Miss Money

Saturday 14 January 2012

Terimalah Lelaki Anda Dengan Seadanya :)


Lelaki anda mungkin tidak pandai mencipta lagu, memetik gitar
dan memainkan lagunya untuk anda....
tetapi ingatlah, dia sentiasa menyusun kata-kata untuk menenangkan
anda ketika anda sedang bersedih





Lelaki anda mungkin tidak mampu untuk menyediakan candle light
dinner di restoran-restoran mahal atau pun hotel-hotel 5 bintang untuk
menyambut hari ulang tahun anda....
tetapi ingatlah, dia akan selalu berusaha untuk menjadi orang pertama
yang mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun kepada anda










Lelaki anda mungkin tidak mampu untuk menjadi seorang lelaki yang
romantik untuk anda,
tetapi ingatlah, dia sentiasa ada di sisi anda sebagai lelaki yang melindungi,
menjaga dan menyayangi anda








Lelaki anda mungkin bukanlah seorang pujangga yang pandai meluahkan
perasaannya kepada anda melalui ayat-ayat cinta,
tetapi ingatlah dia sentiasa dan tidak pernah lupa untuk menunjukkan
kasih sayangnya terhadap anda dengan perbuatannya










Lelaki anda memang bukan yang terbaik, 
tetapi ketahuilah bahawa mereka berusaha untuk menjadi yang terbaik
untuk perempuannya masing-masing...



Entry ini dibuat sebab aku dah bosan dengan sikap ramai perempuan yang
sering merungut tentang lelakinya, sibuk memuji lelaki lain lebih baik, sibuk
memuji lelaki lain lebih bagus dan mendesak lelaki mereka untuk menjadi
seperti watak filem/drama yang romantik. Sampai lupa kebaikan yg pernah
dibuat oleh lelaki mereka sendiri.

Terima kasih kerana baca :)


7 comments:

nur fatinah mohammad shariff said...

akak,, sedih pulak bace entry nihh . macam nak cakap , '' bertuah sebab fatien ade lelaki fatien yang saling sayang menyayang '' hee :')

owner said...

fatinah : alolor, jgn sedih2 :) haa kan, tahniah sbb fatin beruntung dpt lelaki yg syg fatin, smoga bahagia :)

Unknown said...

nice entry..

owner said...

Queenpink : Thank You~

farahjunaidy said...

setuju! ^^

abgDude a.k.a kai said...

kalo kita dah suka kt someone tu xperlulah nak membandingkan dgn org lain.

owner said...

farah : hehe thank Q :)

Kai: betul2 :)