Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday 24 June 2014

Bergaya Glamour dengan Koleksi Raya ZALIA


Aku ushar ZALORA tadi, dan nampak ada brand baru masuk. 

ZALIA
ZALIA

Zalia namanya. Aku ushar pulak koleksi baju-baju raya bawah rekaan Zalia ni, hmm not bad okay, memang ada style tersendiri dan memang cantik., so jom kita tengok koleksi Zalia :


(aku rasa certain boleh jugak dibuat sebagai baju kahwin kot? memang design glamour + elegan..hehe)

 
Kiri : Rm 89.00 (baju sahaja)
Kanan : Rm 199.00 (sepasang)

Rm 99.00 (baju sahaja)

Ini paling elegan dan 'vampire' sikit pada aku, ada kerawang-kerawang emas gitu, Rm 199 (sepasang)

Aku sangat suka yang ni, sangat merah dan sangat vampire.. hahaha Rm 109 :D (baju sahaja)

Owh ya, ada juga design yang ala-ala sweet dan simple gitu :)

 
Kiri : Rm 129.00 (kain sahaja)
Kanan : Rm 89.00 (baju sahaja)

Ini sangat sweet, harganya Rm 149.00

Okay itu saja, hehe..aku ni bukan jenis yang pakai baju-baju glamour macam tu bila raya, raya baju aku biasa-biasa je, baju kurung. Aku share untuk korang-korang yang mungkin memang nak bergaya seperti diva di hari raya, so boleh lah purchase Zalia ni..hehehe...terima kasih sudi singgah sini.

Owh ye, lihat Koleksi Baju Raya dari pereka fesyen terkenal yang lain :



***************************************

Berminat nak review produk / servis anda di blog saya?
Klik sini untuk maklumat lanjut


6 comments:

Khamsi Abdullah said...

Amboi..post baju raya saja! Tapi memang murah ek harga die?

Tinta Lana said...

Assalamualaikum.

Lynn..aku suka sbnrnya design2 elegan, klasik camni..tapi sebab faktor saiz badan aku yg banyak edges ni,mmg tak patut aku pakai,hahaha

Eh, tapi kan.. baju2 mcmni..dah mcm bnyk pengaruh luar..tak terasa 'baju raya' nya..

Aku suka baju kurung..cuma dah penat dah pakai corak bunga yg sekali pandang, aku macam taman bunga bergerak,hahaha. Tahun ni..keep simple jelah..

nuyui a.k.a miss YUI said...

bdn slim cntik ni..bdn cam yui? ohohoho.. xcomel..

eima said...

hmmm tak minat la bj2 fesyen2.... hihi ai tak pandai nk pakai la

Unknown said...

akak pun selesa dengan baju kurung biasa je bila raya2 nih..kang melaram sakan nampak pelik pulak kat mata orang2 kampung nun..heheh

+ e.z + said...

baju ala-ala vampire tuh cantek kan? i lioke