Happy Three Friends

Miss Money

Saturday, 22 October 2011

Rasa Bersalah Kat Alam Semulajadi

Assalamualaikum readers, yup seperti tajuk entry kat atas ni, aku bukan saja rasa
bersalah dekat manusia atau pun kat haiwan, tetapi aku juga rasa bersalah dekat
alam semulajadi ini. Aku ni memang dilahirkan sebagai pencinta alam (chewah), tapi
betul lah kot sebab aku suka mendekatkan diri aku dengan alam semulajadi. Kira kalau
dalam bahasa sasteranya macam bersatu dengan alam lah kan. Aku suka tengok
pemandangan cantik-cantik. Aku suka semua tentang alam ini, aku suka tengok air terjun,

tengok sungai-sungai yang mengalir, tengok hutan-hutan yang tebal dan hijau,
tengok pokok-pokok besar dan hijau yang tersusun tepi-tepi jalan,
hmmm...nyamankan? :) aku suka tengok bunga-bunga
yang tumbuh sendiri dekat semak-semak or dalam hutan, tengok tasik yang luas dan sejuk,
tengok langit yang biru dengan awan yang comel-comel tu,
 kalau malam pulak lagi indah.
Aku suka tengok bulan yang terang tu, dengan bintang-bintang,
 aku suka duduk sorang-sorang dekat dengan semua ni dan rasa angin segar bertiup kat aku.
Percayalah, ianya sangat-sangat nyaman dan menyegarkan.
Kalau ada kucing yang tengah teman time tu lagi best. Hehe...
 comelnye.... (>_<)

Aku memang sangat-sangat sayang kat alam semulajadi ni. Sebab itu, kadang-
kadang benda remeh pon aku akan marah dan panas je hati bila ianya melibatkan
sikap-sikap manusia yang tak bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
Bumi kita sedang dicemar dengan sebanyak-banyaknya !
 jangan sampai satu hari nanti, kisah kita sama seperti yang dipaparkan dalam
filem animasi Wall E, di mana semua penduduk bumi terpaksa tinggal di sebuah
kapal angkasa yang besar, jauh dari bumi dan mereka tak boleh balik ke bumi !
sebab bumi dipenuhi dengan sampah-sarap dan langsung tidak mempunyai tumbuh-tumbuhan,
sungai, hutan dan segala alam semulajadi musnah sama-sekali.

Dan aku terasa jugak kehilangan bila King of Pop dunia telah pergi buat selama-lamanya.
Bukan sebab aku minat sangat kat dia, tapi sebab aku nampak usaha-usaha beliau masa
hidupnya, banyak yang melibatkan alam realiti termasuklah dengan alam semulajadi ini. Aku
sangat minat tengok video klip lagu 'EARTH SONG' dia tu. Ni pic dpd clips tu,sangat gempak !

Tapi, umurnya tak panjang.
(T_T) sedih sangat, aku risau. Dia sangat berani dan bersungguh-sungguh mempertahankan
hak alam semulajadi ini, tapi selepas beliau pergi, aku tertanya sendiri;

Who will be the next Micheal Jackson who is really cares
and protect the beauty of nature...
without thinking the profit and popularity only???

Aku?? Korang?? Ke Fasha Sandha?? (dia bz sgt dgn gossip dia, mana sempat kann)
Yup, semua orang tak peduli. Semua orang tak kisah. Setiap hari Sabtu, kita semua tahu
HARI SABTU IALAH HARI TANPA BEG PLASTIK
tapi korang tengoklah, ada beza ke? Semua masih tetap sama. Kempen itu ada macam
takde. Semua orang masih boleh dapatkan beg plastik dengan hanya bayar RM0.20
untuk setiap beg plastik yang digunakan tu. Apalah sangat bayar 20sen daripada kena
beli beg mesra alam yang harga RM5.00 tu kann. Semua orang fikir macam tu. Tak kisah
lah, kalau takde duit sangat, guna je beg yang korang ada asalkan ianya mesra alam
dan bukan plastik bising tu. Tapi semua orang tak kisah, tak peduli dengan semua ni.
Aku pulak asyik terlupa je, nak bawak beg ni bila keluar beli-belah pada hari sabtu.
Sebab tu aku cakap, aku rasa sangat bersalah bila aku terlupa bawak beg plastik tadi (hari Sabtu)
Aku rasa aku tak menyumbang apa-apa pon kat alam sekitar ni sebab aku masih gunakan
plastik untuk isi barang. Jadi, mulai saat ini, aku nak try practicekan amalan menggunakan
beg mesra alam tu bila pergi beli barang. Aku berazam bersungguh-sungguh, aku bukan
orang kaya yang boleh anjurkan event besar-besaran seperti 'Kempen Kitar Semula',
aku jugak bukan lah penyanyi seperti Micheal Jackson yang boleh menyampaikan
pesanan tentang pentingnya memelihara khazanah alam semulajadi ini di dalam bait-bait
lagunya, aku hanya seorang blogger yang boleh menulis di ruang aku untuk menyeru
kawan-kawan yang lain tentang kesedaran ini. Jadi, sama-samalah kita pergi beli beg
yang mesra alam tu untuk digunakan pada hari Sabtu. Mungkin bila dah terbiasa, barulah
kita boleh guna untuk tiap-tiap hari bila kita nak beli-belah (bukan setakat sabtu je)
hehe..haa kan seronok tu, kita wujudkan satu komuniti pencinta alam yang sayangkan
alam sekitar dan serius dalam menjalankan tanggungjawab kita sebagai pencinta alam.
Okay readers, TQ baca entry aku ni. Ni aku nak share design bag yang environmental friendly
ni kat korang. Even bag macam guni, tapi stylo babe..haha Jom ushar !
(maybe lepas ni aku nak wat contest pasal alam semulajadi pulak..menang dapat
beg ni kan...hmmm ok mesti masuk dalam list future planning nih..huhu :D)

1 comment:

NLTT Creative said...

nak tanya mana nak beli guni beg yg stylo tu (kalau boleh nak yg plain)