Jarang ada segmen macam ni, jom join dan ingat semula kenangan kita
dengan parent kita :) (click banner di bawah untuk join)
Mama. Aku panggil mama dengan panggilan emak. Emak saya hanya
suri rumah sepenuh masa, tidak seperti sesetengah ibu yang bekerjaya,
tapi dia seorang ibu yang sangat penyayang :)
Banyak sangat kenangan antara kami, tapi tak ada satu pun yang aku lupakan.
Sejak kecil lagi, emak aku berulang-alik di jalanan. Aku ingat lagi, masa aku
darjah 6, nak UPSR. Pagi, hantar abah ke tempat kerja, balik rumah memasak,
kemas rumah, tengah hari, pergi sekolah aku, bawakkan bekal, temankan aku
makan sebab aku tak ramai kawan dulu. Lepas tu, mak aku tunggu pulak aku
sampai habis kelas tambahan, kemudian kami solat bersama di masjid dan mak
hantarkan pulak aku ke sekolah agama. Dari jam 3-6.30 petang. Mak aku tunggu
kat car park, luar gate sekolah aku. Mak aku tak balik rumah langsung, sampai
aku balik dari sekolah agama, mak ambil pula abah dari tempat kerja. Masa tu
aku tak kisah sangat, tapi bila aku dah besar, aku terfikir, betapa bosannya menunggu
sendirian sehari suntuk macam tu, selama beberapa tahun.
Tapi mak tak pernah mengeluh... :)
Setiap malam, aku kena siapkan kerja rumah yang cikgu aku bagi. Paling aku
tak suka ialah subjek matematik, sebab aku kena belajar dengan abah. Dulu,
abah ajar garang gila, aku selalu kena marah dan kena cubit kalau tak dapat
jawab..haha ada satu kali tu abah aku denda aku suruh ketuk ketampi 20 kali
tapi aku tak nak, degil betul. Aku berdiri je sampai 20 minit sebab aku seboleh-
boleh tak nak ketuk ketampi okay :p
Lagi satu, dulu masa kecil-kecil kan kena
hafal sifir, mak aku buatkan buku sifir untuk aku guna manila kad, dan dia tulis
satu-satu sifir 2 sampai sifir 12, untuk aku. Sebab abah aku dah tetapkan tarikh
untuk aku baca sifir depan mak abah aku. Kira buku sifir tu mak aku buat supaya
aku bersedia dan senang nak hafal lah. Haha..mak..mak, ingat lagi masa malam
sifir tu, mak abah aku duduk atas kerusi, aku pulak kena duduk berlutut macam
orang Jepun, tapi bukan betul-betul depan diorang, agak dalam 1.5 meter camtu.
Rasa macam masuk court ! (-_-') Banyak gila abah aku soal sifir, aku dah nak nangis
sebab ada yang aku terlupa, nasib mak aku bagi hint dengan isyarat jari, hahaha...
Bila fikir-fikir balik, sebab ni lah aku hafal sifir dengan cepat..hihi..
(owh masa ni darjah 3 ye)
Paling best ialah bila aku kena denda 100x ketuk ketampi dengan mak aku
sebab asyik salah baca time mengaji al-Quran. Aku dengan adik aku memang
kena belajar mengaji setiap kali lepas solat Maghrib. Satu malam tu, aku dengan
adik aku asyik tersilap baca je, mak aku dah geram gaknya terus dia suruh kami
ketuk ketampai 100x. (-_-') Hahaha, sampai sekarang aku mesti tergelak bila
teringat pasal ni sebab lepas je kitorang selesai ketuk ketampi 100x tu, kaki ni
dah tak boleh berdiri tegak, even time jalan pun rasa macam nak terhenjut-henjut.
Sengal betul, kalau korang nak rasa camne rasanya, try lah ketuk ketampi 100x :p
Hahaa...tapi, Alhamdulillah, berkat mak aku mengajar kami tu, sampai sekarang
kami reti baca al-Quran :)
Pasal abah aku, aku memang panggil abaahh... :) Hehe, aku memang manja sikit
dengan abah, selalu aku buli abah time aku makan. Kalau ada udang, aku akan
mintak abah yang tanggalkan kulit udang tu, sebab aku malas ( kejam betul aku )
Abah aku ni dulu hidup dia susah, sangat susah...mungkin sebab tu dia taknak
bagi aku dan adik hidup dalam keadaan yang mewah dan senang. Biarlah kami
susah-susah dahulu, biar kami tahu macam mana rasanya susah kan :) Abah aku
ni jenis lembut hati. Aku ingat lagi, masa kena rotan dengan mak, abah aku yang
stop kan semua tu :) Abah aku tenang orangnya :)
Paling terharu ialah masa aku dekat diploma dulu, aku tak dapat balik rumah,
kira lama jugak lah aku tak balik rumah. Then, mak mesej aku, bagitau abah
tidur kat bilik aku malam tu, sebab dia teringat kat aku. Serius abah aku memang
tak pernah tidur kat bilik anak-anak dia, terus sayu aku dengar... :'( Tak pernah
abah rindu anak dia sampai macam tu sekali...wuwuwu
Abah aku dulu kerja di bank, tapi dah berhenti sebab tak tahan dengan tekanan
orang atasan. Sekarang, abah menyara kami sekeluarga dengan berniaga popcorn
dan ice blended di pasar malam. Abah tak macam rakan-rakan sekolahnya yag lain,
semuanya dah berjaya mendapat kerja yang bagus-bagus, dan aku tahu, jauh dalam
hati abah rasa malu dan segan. Sebab, setiap tahun abah aku mendapat jemputan
reunion daripada kawan-kawan sekolah dia dulu, tapi setiap kali itu jugalah abah
tak nak pergi. Mak bagitau aku, abah segan sebab dia berniaga pasar malam je...
Tapi abah, lynn harap abah tau yang lynn tak pernah nak mempertikaikan kerja
abah ni, lynn sendiri pon seronok berniaga (n_n) Lynn tak pernah rasa malu nak
bagitau abah dan mak saya, berniaga kat pasar malam je..sebab lynn tak rasa
ramai orang yang berpeluang dan bertuah dapat rasa pengalaman berniaga macam
ni, hehe :) Lagi satu yang aku sedih, abah aku masa pergi konvo diploma aku
hari tu, (mak aku cerita), abah aku tengok-tengok lelaki yang duduk kat sebelah
dia, lelaki tu ayah seorang student jugak tapi tak tahu lah siapa, tapi mungkin dia
ada kerjaya yang bagus, sebab dari segi penampilannya nampak macam loaded.
Then, mak aku cerita, abah betul-betulkan baju abah, mungkin dia nak nampak
segak macam bapa orang lain juga...(nak nangis dah ni)
Okay lah, sebelum aku menangis, better aku habiskan entry ni. Jasa dan
pengorbanan ibu bapa kita semuanya sama, jaga dan menyayangi kita, bezanya
pada cara dan bagaimana mereka meluahkan dan menunjukkan pada kita tentang
rasa itu. Itulah antara kenangan yang paling aku tak dapat lupa antara aku, emak
dan abah. Lynn sayang semuanya :)
Ni gambar family aku :
adik, mama, abah dan aku (n_n)
Okay, aku tagkan kepada
Okay, sesiapa yang tidak ter-tag, kalau korang terpanggil untuk sharekan
kenangan dan pengorbanan terbesar yang parent korang buat demi korang,
sila kan :) Click banner atas ye, thank Q baca entry ini (n_n)