Happy Three Friends

Miss Money

Monday 14 April 2014

Ramai gadis yang jatuh peranakan sebelum kahwin??



Okay, mengikut pemerhatian aku, ramai orang 'datang' ke blog
aku sebab nak tahu kenapa mereka jatuh peranakan sebelum 
kawinTengok jelah bahagian entry aku yang paling glamour :

Sejak aku pasang widget ni, entry 'Kenapa Jatuh Peranakan
Sebelum Kahwin' tu tak pernah jatuh dari top 5 list tersebut,
sekaligus memberi maksud ramai yang mencari penjelasan
untuk masalah tersebut. Benarkah ramai yang mengalaminya?

Apakah tanda-tanda peranakan jatuh??

Bagi yang dah berkahwin atau yang lepas bersalin, kita tahulah
tanda-tandanya, sebab bila lepas bersalin, memang confirmlah
peranakan jatuh. Tapi, untuk kita-kita yang belum kahwin ni,
apa tanda-tandanya??

Pertama ialah kita akan rasa kencing tak puas. Kerap ke toilet.
Pergi sekali, selang 5 - 10 minit lepas tu terasa lagi macam nak
pergi toilet. Keadaan ni berlaku sebab bila peranakan kita jatuh,
ia akan menindih pundi kencing, yang menyebabkan ia tidak boleh
menakung air yang banyak. Itu sebabnya kita akan rasa selalu
nak pergi buang air kecil.

Kedua, mungkin akan rasa sakit-sakit pinggang. Sebab bila
peranakan dah terturun daripada tempatnya, dia akan menarik
sekali urat-urat yang menyokong ke bawah. Sebab tu kita rasa
sakit pinggang.

Tanda-tanda lain aku tak berapa pasti, tapi ada yang kata,
akan rasa ada macam 'sesuatu' kat belah bawah perut. Tapi,
based on pengalaman aku, tanda pertama yang aku alami adalah
kerap kencing tu.

Apakah jatuh peranakan sebelum kahwin normal??

Nak kata normal tu tak pasti lah, sebab bergantung pada gaya
hidup dan gaya pemakanan juga. Misal kata kalau masa muda
ni gemar bersukan dan buat aktiviti-aktiviti yang lasak, maka
berpotensi juga untuk mengalami keadaan ini. Tapi, sebenarnya
ramai yang tak perasan peranakan mereka sebenarnya dah
terturun sikit disebabkan tak tahu tanda-tanda yang dialami adalah
tanda mereka mungkin jatuh peranakan.

Gaya hidup lasak menyebabkan peranakan jatuh??

1. Gemar bersukan dan buat aktiviti-aktiviti lasak. Contoh
suka lompat-lompat, suka panjat-panjat, sampai terjatuh-jatuh,
pun boleh mengakibatkan peranakan jatuh.

2. Jatuh terduduk / terhentak kuat pada lantai. Ini juga boleh
menyebabkan peranakan jatuh. Jika terhentak semasa kemalangan
jalan raya juga, dinasihatkan agar berurut. Takut-takut terjatuh
juga.

3. Berdiri terlalu lama / naik turun tangga dengan kerap dalam
sehari

4. Mengangkat benda-benda berat / melakukan kerja-kerja berat,
adakalanya yang melampaui kudrat seorang perempuan. Memang
kita tak sedar benda tu sebenarnya dah melampaui kudrat kita,
sebab kita rasa selagi kita boleh buat, kita buat. Dan paling koman
pun just rasa sakit pinggang akibat terkehel atau terseliuh. Tapi,
dalam tak sedar, sebenarnya ia adalah bahaya, sebab boleh
mengakibatkan peranakan kita jatuh.

5. Tolak barang berat guna jari kaki / tapak kaki / ibu jari kaki.
Ini akan melemahkan bahagian sokongan peranakan anda,
sebab semua berat dan daya tolakan itu telah dipindahkan kepada
bahagian pinggang, yang mana tekanan tersebut boleh
menyebabkan peranakan jatuh.

Kalau peranakan dah jatuh, nak buat apa???

1. Berurut dengan orang yang berpengalaman menaikkan
peranakan. Biasanya, bidan reti, sebab bidan ni dia merangkap
tukang urut sekali. Dia akan melakukan 'sengkak' iaitu urutan
menaikkan peranakan anda ke atas semula. Rasanya bagaimana?
HAHAHAHA sakit jugak ! :p tapi lepas tu, memang ada
perubahan dan lega :)

2. Bertungku, ini aku tak pernah buat sebab selalunya orang
yang dalam pantang lepas bersalin yang buat. Hehe

Cara lain, aku tak sure. Maybe boleh makan jamu or whatever,
korang leh google sendiri. Aku tak berani cakap, sebab aku
bukan bidan, aku cerita ni pun berdasarkan pengalaman aku
sendiri. Kalau nak baca macam mana aku kena urut hari tu,
boleh baca kat sini

Okay tu je, harap bermanfaat. Terima kasih sudi singgah sini

(n_n)

11 comments:

Cik Anita said...

Kalau pasal peranakan jatuh niii. Fuhhh. Masa berurut nak naikkan peranakan tu? Mak aiiii. Azabnyaaa. Sebab pernah berurut sebab benda alah ni!!

Tapi memang kena urut la untuk kesihtan orang pompuan dalam jangka masa yang panjang~

Tapi dari segi doktor, tak tau la pulak apa saranan~

Mysara Ab Rahman said...

ish seramnya...mai ada gk kawan yg baru kwain dlu b4 kawin dye penah jatuh peranakan...berurut la utk naikkn...dpt bayangkan mcm mana azab dye...

eima said...

itu organ paling penting dlm perkahwinan tu .... bahaya ....
so jg la diri baik2....
nice sharing

Amina Jannah said...

salam.. sekadar sharing je ni.. :) sy pun pnh jatuh peranakan..sy xsedar..sbb mmg dlu sy aktif plus sy pnh jatuh terduduk smpaikan nk bangkit balik amik masa lama jugak..masa ni usia sy 18 tahun.. sy buat xendah je.. sampailah saat saya bertunang..saya usia 23 tahun..sepanjang tempah sy xtahu peranakan sy jatuh.. sy kerap sakit pinggang dan obvious lg..tapak kaki bengkak..xlh berjalan.. sakit sngt.. sy pergi jumpa bidan.. dia cakap seluruh urat dr pinggang smpai ke kaki..bengkak..kalau sy mengandung..mungkin akan lumpuh.. masa tu Allah sja tahu mcmana perasaan sy.. tapi sy x putus asa..sy pergi buat urutan sengkak dgn bidan kg.. alhamdulillah..dia urut sangat2 berhalus.. segala urat2 dia betulkan semua.. lm 4,5 kali jugak sy pergi berurut.. sengkak 2 kali..selebihnya urutan badan...lps berurut...kita dpt rsa bezza badan kita cmana.. bdn rs ringan..dh xsakit.. just lps tu..sy btol amalkan gaya hidup yg sihat.. no more makanan yg "berangin"..more green+fish+supplement yg kuatkan bdn.. alhamdulillah..dengan izin Allah semuanya.. peranakan ni penting.. kunci rumah tangga.. tu mak sy cakap..hihihi

sue said...

cepat2 take action kalau terasa something or sering sakit2 kt bahagian rahim tu..lagi2 ibu2 lepas bersalin cpt sangat peranakan turun..kene bnyk buat senaman kegel juga

Anonymous said...

Berurut dgn siapa ye? Boleh tahu?

h3py2bme said...

Nak tahu jgk ..berurut ngn sape

Unknown said...

klau x keberatan bleh bg no fown bidan tu x tq

puRply cOUntRy said...

Kalo sakit pinggang even wt keje sikit pun ada posibility jatuh rahim ke ? Sbb sy muda lg, belum kawin, pinggang mmg akn sakit kalo cuci kain, mop lantai n angkat brg. Dlu x cm ni. Mmg dlu zmn U sy slalu angkt brg berat2 sbb gagah lg.

Unknown said...

Mana tempat untuk urut peranakan ye..area subang perdana

Unknown said...

sama la mcm sy...x tahu peranakan jatuh..sampai la ritu p berurut...bidan kata peranakn jatuh ni..mesti buat kerja berat2...urat kaki pon beselerat..sbb pnh exsiden jatuh terduduk byk kali