Happy Three Friends

Miss Money

Sunday, 27 April 2014

The Dusun Berembun House, Negeri Sembilan


Bayangkan apabila anda bangun pagi, dan melihat pemandangan
ini terbentang di depan mata...

(image source:Linsusay)

Ada sesiapa yang gemar bercuti di dalam keindahan alam
semulajadi yang menenangkan, senyap, sunyi, nyaman, segar
dan hanya ditemani bunyi-bunyi cengkerik dan unggas...? Jika
jawapan anda YA, maka ini adalah lokasi percutian yang sangat-
sangat sesuai untuk anda, termasuklah bagi pasangan yang sudah
berkahwin untuk ber-honeymoon.


Terletak di Seremban, Negeri Sembilan, The Dusun juga dikenali 
sebagai The Tropical Rainforest Resort.


- Guesthouse yang diperbuat daripada kayu dengan rekaan
moden-tradisional memberikan sentuhan yang unik dan semulajadi.

- Guesthouse yang disediakan mempunyai pemandangan hutan
hujan tropika yang cukup indah dan menenangkan yang belum 
pernah diterokai oleh manusia.

- The Dusun sangat menjaga privacy tetamu, iaitu dengan
mengehadkan jumlah tetamu pada sekali kemasukan demi 
'menjaga' suasana hutan yang sunyi dan tenang di samping juga
memberikan ketenangan kepada tetamu lain yang datang demi
menikmati ketenangan alam semulajadi ini. Kerana tak semua
tetamu suka bising-bising.

Terdapat 5 jenis guesthouse disediakan untuk kemudahan para 
tetamu iaitu :

House
Tembusu
Berembun
Perling
Emas
Sora
Maximum people
3 adults
2 adults
2 adults
5 adults & 1 child
5 adults & 1 child


SORA HOUSE

Sora House ni amat sesuai untuk keluarga besar yang tidak
lebih dalam 6 / 7 orang sahaja. Rekaan guesthouse pula sangat
menarik dan nature friendly kerana terdapat sebahagian binaan
yang menggunakan kaca tingkap yang besar membolehkan
tetamu menikmati alam semulajadi daripada dalam rumah.


the Dusun Negeri Sembilan

the Dusun Negeri Sembilan
Pandangan daripada dalam Sora House
the Dusun Negeri Sembilan
Ini sangat nice sebab shower dia guna konsep open gitu, so
boleh lah mandi sambil menikmati alam semulajadi jugak!
Haha

the Dusun Negeri Sembilan
Bahagian balkoni Sora House, basah-basah berembun gitu.
Sejuknya, bestnya!

the Dusun Negeri Sembilan
Ruang makan / patio di Sora House

EMAS HOUSE

Guesthouse yang dibuat dengan cat dan warna kekuning-kuningan
sesuai dengan namanya iaitu Emas House. Guesthouse lain yang
juga sesuai untuk keluarga besar, yang mungkin tak minat duduk
di rumah Sora House yang menggunakan konsep open.

the Dusun Negeri Sembilan

the Dusun Negeri Sembilan

the Dusun Negeri Sembilan
Katil dalam rumah Emas House
the Dusun Negeri Sembilan
Pemandangan dari ruang balkoni Emas House
the Dusun Negeri Sembilan
Lupa nak bagitau, The Dusun Resort ni menyediakan
self-catering bagi mereka yang nak masak-masak sendiri.
Setiap guesthouse ada dapur sendiri, tapi aku tak sure kalau
Berembun House ada dapur sendiri.

PERLING HOUSE

Sesuai untuk yang ingin ber-honeymoon sebab guesthouse
ini khas untuk dua orang.

the Dusun Negeri Sembilan
Tangga turun menuju ke Perling House
the Dusun Negeri Sembilan
Seperti Berembun House, Perling House juga mempunyai
pool sendiri :D



BEREMBUN HOUSE

Berembun House adalah yang paling popular kerana satu-satunya 
Guesthouse yang betul-betul mengadap pemandangan gunung-
ganang yang berhutan hujan tropika, ianya sangat-sangat privacy. 

Berembun House adalah guesthouse yang sangat- sangat 
sesuai untuk lokasi honeymoon anda, merupakan
guesthouse yang paling kecil antara semua jenis guesthouse
di sana, kerana ia memang dikhaskan untuk 2 orang dewasa 
sahaja.

Pemandangan indah daripada Berembun House
Terletak bersebelahan dengan kolam renang. Walaupun kolam
renang tu merupakan kemudahan untuk tetamu-tetamu dari
jenis guesthouse yang lain, tapi ia tetap menjadi seolah-olah
privacy pool kepada tetamu Berembun House.

Berembun House pada waktu malam, dari sudut belakang.
Usah risau tentang keselamatan kerana pintu pagar utama akan
ditutup menjelang Maghrib supaya takde orang luar masuk dan
tetamu akan dibiarkan berehat di guesthouse masing-masing
dengan aman.

Pandangan daripada dalam Berembun House. Sebenarnya
takdelah kecil sangat sebab dua orang je yang boleh tidur sini.
Bestnya kan, buka mata je terus dapat tengok alam semulajadi
yang masih berkabus. Segar je... :D


the Dusun Negeri Sembilan

Sesiapa yang teringin atau pernah berangan nak ada swimming
pool kat rumah, boleh lah booking Berembun House ni sebab
pool tu macam anda yang punya. Pagi-pagi bukak mata boleh
terjun kolam, malam-malam before tidur pun boleh terjun kolam
jugak. Begitu heaven sekali !
Untuk Berembun House, tak ada dapur atau ruang untuk makan.
Tetapi Berembun House berdekatan dengan sebuah ruang untuk
ber-BBQ yang dipanggil Patio :


Antara herba yang disediakan oleh pemilik The Dusun untuk
tetamu Berembun House yang ingin masak sendiri

Ruang makan yang nature friendly! :D

Di The Dusun, breakfast akan dihantar ke Guesthouse anda
sekiranya anda membuat tempahan. Nasi lemak ni nampak sedap
kan~~~ (laparnya!)

So itulah dia sedikit sebanyak penerangan tentang The Dusun,
Negeri Sembilan ni. Sangat-sangat sesuai sekiranya anda dah rasa
penat dengan suasana kehidupan yang serba urban dan 'sesak'.
Terdapat juga aktiviti lain yang anda boleh buat kat sini seperti :

Mandi sungai

the Dusun Negeri Sembilan

Berjalan-jalan di sekitar Dusun melalui track yang disediakan
untuk menikmati keindahan alam semulajadi

pathway around the chalets

BBQ / Masak sendiri di Patio


Melawat Dusun Durian

Sebab inilah resort ini dinamakan The Dusun, kerana asalnya
ia adalah sebuah dusun durian yang luas, dan pemilik buat
keputusan untuk menjadikan sebahagiannya menjadi resort
untuk membolehkan tetamu turut menikmati keindahan alam
yang berdekatan dengan dusunnya. Tapi, durian-durian ni aku
tak sure boleh dimakan ke tak...boleh kot tapi kena bayar~

So, itulah sedikit sebanyak penerangan tentang The Dusun ni.
Bagi aku, ianya sangat berbaloi sebab lokasinya tu dalam
Malaysia je, menikmati hutan hujan tropika sendiri. Paling best,
pemilik The Dusun ni memang sangat menghormati privacy tetamu
yang datang ke sini untuk menikmati ketenangan alam semulajadi.


Harga juga ada tertulis dalam link tersebut. Okay, terima kasih
sudi singgah sini. Ada rezeki, aku pun nak pegi, hahaha


p/s : tapi kalau aku dah sampai sini, risau pulak
kalau tak nak balik.. hahaha

Sumber info & gambar : Huislaw , Projectfidgetyfingers , The Dusun Website , 
JourneyMalaysia


INFO TAMBAHAN!!!
Saya baru je dapat comment daripada Anon tentang anjing dibenarkan masuk ke dalam resort ini. Berikut merupakan salinan asal komen tersebut :

"yes mmg sgt cantik tapi...tapi... saya da gugel carik review kwn2 yg pernah ke sini dan deng!!! terdapat bilik yg dog firendly dan ada yg bg review ada anjing berkeliaran di kawasan ini :P
so org yg beragama islam yg nak pergi silalah gugel dulu dan kena review betul2 tmpt nih.
p/s: tepuk dada tanya selera.tapi tmpt ni mmg sgt cantik"


Sejauh mana kebenarannya, saya pun tak pasti, tapi korang boleh baca dengan lanjut tentang review mereka di sini:

Review 1
Review 2


Sekian, terima kasih :)


15 comments:

Umie Nadhirah said...

ini sangat best hokayyyyyyyyyyyyyyyy

Cik Anita said...

Nampak sangat best.. Tapi...tapi.. mesti seram ni kalau malam!!

hayati suki said...

tempat idaman kalbu...1st time tahu ada tempat cmni kt n9.... wajib pegi nanti...

Unknown said...

Can I get your contact plz...

Anonymous said...

yes mmg sgt cantik tapi...tapi... saya da gugel carik review kwn2 yg pernah ke sini dan deng!!! terdapat bilik yg dog firendly dan ada yg bg review ada anjing berkeliaran di kawasan ini :P
so org yg beragama islam yg nak pergi silalah gugel dulu dan kena review betul2 tmpt nih.
p/s: tepuk dada tanya selera.tapi tmpt ni mmg sgt cantik

Anonymous said...

saya baru je balik dari dusun semalam... tido dua malam.. :-) yups, memang ada rumah yang tidak mesra anjing... bermakna rumah tu memang ada pagar yang menghalang anjing dari masuk... anjing pun milik owner, seekor je... dan ada juga kucing... milik owner juga.. ada dinyatakan dalam website yg mana dog friendly yang mana tak...
kami tidur di perling house... memang cantik, memang sejuk, nyaman, seronok... pekerja2nya orang tempatan i.e melayu dan asli dan ada yg muslim...
cuma barang2 dapur, mmg saya sertu dulu... dan sarapan memang 100% disediakan oleh pekerja muslim.. disediakan di ruang makan sarapan ..
so, kalau rasa bermalam, better 2 malam... :-)
blog saya akan update fasal dusun dalam masa terdekat yang rajin... hehehehe

Anonymous said...

Cm ne nk contck the dusun ni ye

Unknown said...

3 hari 2 malam check in kt sini berape harga dia ye??

huislaw said...

Hi,

Boleh link saya punya link "huislaw" terus pergi saya punya Dusun's post kat "http://huislaw.blogspot.com/2014/02/the-dusun-negeri-sembilan-tropical-Rainforest-Resort-Malaysia.html" ?

Thanks,
Huislaw's Blog.

kepalosomak.gmail said...

Salam encik...saya nak tanya encik bermalam di perling air atau perling bukit

Anonymous said...

boleh ke kalau nak tidur di berembun house tapi bawak lagi sorang guest, so jadi 3 orang.. boleh ke?

Anonymous said...

macam mana nak booking ,, teringin nak pegi,, tapi xde contact tuk bookking ,, n nak tau keterangan lagi lanjut

azam said...

Anjing leh masuk bilik..cansel terus nak pegi.

Unknown said...

macam mana nk dptkn contact number the dusun nie ye

Anonymous said...

boleh pergi website the dusun. Boleh buat tempahan di situ je. Last year sy menginap di perling Bukit. Memang best. Privacy