Salam!
Masa sekolah dulu, confirm setiap sekolah pasti akan wujud dua tiga orang cikgu yang memang terkenal dengan kegarangan dan ketegasan mereka semasa mengajar, kan? Aku masa sekolah dulu, aku memang tak suka (erkk..takut sebenarnya, hahaha) dengan cikgu-cikgu yang macam ni :
1. Cikgu 'Tak Tahu' Sentiasa
Ini jenis cikgu yang bila dia masuk je kelas, siap je kita duduk lepas bagi salam, terus dia panggil nama untuk tanya soalan. Asal masuk je confirm dia dah standby dah soalan nak tanya. Pulak tu dia panggil nama murid yang kena jawab tu sesuka hati dia. Omaigot~ aku dulu selalu kena panggil untuk jawab soalan sebab nama aku pendek, cikgu senang nak ingat..T_T menci! menci!
|
Da hell...... (-_-')
|
2. Cikgu 'Penuh Kejutan'
Ini jenis cikgu suka bagi surprise. Masuk kelas, tetiba bagitau ada kuiz! Masuk kelas, tetiba bagitau ada ujian! Ahhh sudah! Memang aku jawab berbekalkan ilmu dan iman di dada lah jawabnya~ Lagi-lagi kalau ujian Math, lepas tu tertinggal kalkulator. Owh demit! T_T
3. Cikgu 'Rushing' !!!
Adoi, ni lagi satu jenis cikgu. Ni jenis yang suka bertanya je sepanjang masa class dia. Dia akan expect murid-murid dah baca bab akan datang yang dia akan ajar dalam next class dia, so dia masuk kelas, dia boleh taaaaanyaaa je siapa, di mana, mengapa, bagaimana, bila...siapa lagi bla..bla..sepanjang masa pembelajaran tersebut~
Aku ada sorang cikgu macam ni dulu, ajar subjek Geografi. Naik lunyai buku rujukan Geografi aku yang tebal tu sebab habis punah aku selak-selak dengan rakus untuk cari jawapan dalam kadar yang SEGERA! Cikgu aku tu suka ajar bab lain, nanti masa penerangan tu, dia termasuk ke dalam bab-bab lain dan tanya-tanya, tu yang huru-hara sebab nak recall dan dapatkan jawapan..Rushing betul aku!
|
Da hell lagi...... muahahaha~
|
4. Cikgu 'Prank'
Cikgu ni lain macam sikit. Dia macam psycho sikit, suka kenakan orang. Kat sekolah aku dulu, ada sorang. Aku duk asrama dulu, so malam-malam ada class prep. Memang ngantuk dowh~ selalu gak tertidur T_T, haha, TAPIII....sejak sorang cikgu ni selalu pantau class2 prep malam2 tu, kitorang dah tak berani nak tidur. Cikgu tu akan jalan sambil bawak permainan senapang air dia yang besar tu. Siapa tidur, dia sembur. Classmate aku pernah kena..Hahahaha!
Lagi satu dia suka sembunyi-sembunyi duduk dalam satu class ni dan perhatikan semua class lain daripada class yang dia duduk tu. Bila kau berjalan je dalam kelas kau, kau boleh mati terkejut sebab tiba-tiba je ada suara bergema jerit "Haaa nak pergi mana tu??!!!" Sumpah, sejak dia pantau malam-malam, suasana class masa prep macam berhantu, sunyi sepi gila!
5. Cikgu 'Aktif dan Sihat'
Cikgu ni jenis yang suka murid dia bergerak aktif dalam class dia. Dia suka buat aktiviti demi meningkatkan adrenalin murid-murid sekaligus membuatkan kau bukan saja hilang rasa bosan dan mengantuk, malahan tak senang duduk. Dia suruh kita bukak buku latihan, dan suruh kita jawab tulis kat papan hitam, ikut turn daripada hujung meja depan, sampai belakang. So, masing-masing akan mula kira bilangan meja untuk tengok dia sendiri kena nombor berapa, dan check soalan apa yang dia kena jawab kat depan. Kena pulak subjek-subjek mcm Add Math, memang gelabah lah aku tanya member yang pandai, supaya dapat jawab kat papan hitam (-_-') Kau tau lah Add Math kan kena tunjuk jalan kerja kira-kira yang panjang berjela tu sekali, mana boleh main tulis jawapan je!
|
Urghh!!! |
***************************************
Apapun perangai-perangai cikgu ni, diorang banyak membantu aku sebenarnya. Cikgu Geografi tu membuatkan aku sampai dah naik hafal peta Asia Tenggara siap dengan industri apa yang glamour pada setiap kawasan dalam tu (dulu lah, skang tak ingat dah~)... Cikgu prank tu pernah jadi teacher aku, sangat memotivatekan aku untuk dapat A dalam English. Cikgu Add Math pulak, gigih buat kelas malam untuk student lemah Add Math macam aku ni, daripada selalu FAIL sampailah dpt aku B4 masa Spm...isk3...
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA CIKGU SAYA !! \(n_n)/