Happy Three Friends

Miss Money

Monday, 15 December 2014

Cara Kemas Kini Permohonan BR1M 3.0 2015


Salam \(n_n)/
Okay, quick update untuk sesiapa yang terlepas pandang tentang permohonan BR1M ni ya. Berikut adalah cara kemaskini permohonan anda :

1. Pergi ke link e-BR1M (klik)

2. Dan klik button Kemas Kini Permohonan

3. Dah siap isi dan check segala butiran yang diberi tu betul, boleh submit. Untuk memastikan permohonan anda tu dah diterima, klik pada button Semakan Status

*Terbaru, anda diminta mengemaskinikan maklumat waris dalam permohonan anda

***********************************

Pada yang pertama kali nak memohon BR1M, sila klik button Permohonan Baru dan isi form seperti yang diarahkan, dan hantar, dan check status di Semakan Status.

TARIKH TUTUP UNTUK KEMAS KINI
SAMPAI AKHIR BULAN DISEMBER 2014 !!!

NOTA TAMBAHAN

Syarat Layak Mohon BR1M 3.0 2015

Bantuan Rm650
warganegara Malaysia, pendapatan bulanan bawah Rm3000,
warga emas sebatang kara umur 60 tahun ke atas

Bantuan Rm450
warganegara Malaysia, pendapatan bulanan Rm3000 - Rm4000
warga emas sebatang kara umur 60 tahun ke atas

*Definisi isi rumah = seorang lelaki / perempuan yg menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah dengannya, contohnya:

- Berkahwin    - Ibu / bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
- Janda / duda yang mempunyai tanggungan
- Warga emas umur 60 tahun sebatang kara

Bantuan Rm300
warganegara Malaysia, berumur 21 tahun ke atas,
pendapatan bulanan bawah Rm2000,
tidak mempunyai tanggungan,
DAN BUKAN PELAJAR IPT
(Sebab menerima voucher buku)

Okay, Alhamdulillah even BR1M 3.0 ini akan diberikan secara ansuran iaitu 3 kali dalam setahun...so, jangan lupa update ya! :D


2 comments:

eima said...

x layak...layak byr cukai je ...huhuhu

Anonymous said...

ARITU ada update utk ayah
masa 2hb masuk makk aiii jem xgerak2..so lek dulu la 5hb baru update gile sesakkk orang pusu2 nk update