Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Monday, 22 December 2014

Masalah Setiap Kali Pergi Dinner...


Salam :D
Semalam aku ada dinner, budak-budak ni punyalah kecoh nak pakai baju ape, nak pakai gaya apa. Ada yang nak berlilit-lilit shawl lah, nak pakai skirt kembang bagai. Aku dengar jelah. Dalam kepala otak, dah fikir...aihhh aku nak pakai ape nih?


Venue Annual Dinner aku di Lats Place, Puteri Harbour kat Nusajaya tu, satu bangunan dengan tempat Hello Kitty tu. Aku memang belum pernah ke sana, so tak tau nak bajet tempat tu macam mana dan kena pakai ape.

Penyudahnya, aku pakai je jeans aku dan cardi ala-ala executive tidak berjaya~ Hahaha :p

Gigih diorang siapkan props ni untuk annual dinner. Mentang-mentanglah boleh DIY sendiri :p

Yang perempuan semua ada baju ladies-ladies dan kain-kain skirt camtu, aku je yang langsung takde T_T...Bila dah ada dinner baru terkedek-kedek nak beli, kali ni tak sempat. Nak mix and match pun tak boleh sebab aku takde langsung baju-baju macam tu. T_T so, aku pakai cenggitu jelah..haha



Owh tentang Restoran Lat ni, perghh coOL gila!!! Sangat menarik! Sangat suasana kampung! Dan paling best, banyak gila skrin-skrin yang tetiba je keluar watak-watak dalam comic tu. Lepas tu kita boleh bercakap dengan watak-watak tu tau :D Ada joget-joget lambak sekali, makanan sedap gila!! Meriah sangat! :D 

Budak-budak ni kena tarik untuk berjoget lambak dengan diorang dan watak dalam kartun Lat. Best! Haha

Full review aku update dalam next entry ya (n_n) Bye~

2 comments:

Diana Rashid said...

pakai cenggitu -cenggitu pun cantik jugak..hahahha

Perempuan said...

MAHAL TAK MAKAN DALAM TU ??