Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Friday, 26 December 2014

Impian Tulis Cerita Psiko...


Salam.
Sejak ada 'line' buku FIXI yang menerbitkan novel bergenre thriller, seram, psiko dan gila, aku dalam diam bercita-cita nak tulis sebuah novel di bawah genre yang macam tu, terutamanya genre psiko.

 

Tapi, aku macam paranoid sikit. Aku fikir memang gila, tapi aku takut nak tulis, aku takut nak karang apa yang aku fikir. Sebab aku takut, apa yang aku tulis tu jadi balik kat aku or sesiapa yang aku sayang. Hahaha~ boleh terima tak alasan tu? 

Aku tak buat-buat, memang betul. Sebab tu, cerita psiko aku jadi macam baik dan selamat je, mesti nak happy ending :p Padahal otak aku fikir lebih kejam dan mental daripada tu. Sama macam cerita seram. Aku takut aku pulak yang mengalami keseramannya tu. Hah! Lagi-lagi kalau tulis waktu malam, hantu ciptaan aku hebat betul, tapi lepas tu aku yang meremang sendiri~ Sungguh menakutkan (u..u)

p/s : aku tengah tulis cerita terperangkap dalam hutan. Baru bab 1. Kahkahkah...memang kuat berangan lah aku ni :p Btw, ada sorang blogger berbakat dalam penulisan psiko pada aku, nama pena dia Reenapple ;) 

4 comments:

Rapunzel Cikilolo said...

aku rasa cakap ko ada betulnya.

kadang-kadang ape yang kite fikirkan akan terjadi juga.

hmm. wallahualam.

Diana Rashid said...

dah siap bab satu tu update la kat blog..:p

Nur Atiqah said...

Wahh, good luck akak!! Mesti best ceritanya. Hiks. ;)

faie ziyaa said...

kak,saya bukan nak kata.Tapi untuk menulis genre psiko tu mencabar.kadang-kadang kita baca 'rasa' tu dah cukup.bila orang lain baca diorang kata tak gempaklah,mengarutlah.Satu benda yang nak menaikkan rasa itu adalah kita kena jadi seorang psiko.barulah kita boleh menghayati penceritaan itu