Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Wednesday, 10 December 2014

Drama Baru TV3 : ANTIDOT


Salam \(n_n)/
Siapa tengok drama ni malam tadi??


Malam tadi baru start drama ni, so pada yang terlepas, meh aku citerkan sikit apa yang berlaku dalam episod pertama :)

Ringkasan Episod I AntiDot

Setting masa : Siang
Setting tempat : area Klang

Cerita dimulakan dengan kehadiran seorang lelaki (si pembawa virus) yang baru tiba di sebuah kampung, dan kemudian mula menyerang penduduk kampung tersebut sorang demi sorang dengan menggigit mangsa. Konsep ala-ala zombie, siapa yang kena gigit akan dijangkiti virus yang sama dan akan menyerang orang lain pula.

Kat tempat lain pula, watak Nabila Huda tengah call husband dia yang ontheway nak balik lalu kampung tu, tiba-tiba dia macam terlanggar somebody. Dia terstop dan terus matikan panggilan dan keluar untuk check. Tengah-tengah blur kat luar kereta tu, ada orang jerit bagitau ada benda kat belakang dia. Benda tu adalah lelaki si pembawa virus tu lah, so husband Nabila Huda sempat kena gigit kat tangan...

.....................................................

Di hospital, ramai gila dah yang dimasukkan dalam wad emergency sebab dijangkiti virus tersebut, termasuk husband Nabila Huda. Suasana dalam hospital tu sunyi dan persekitaran tunggang-langgang macam baru kena serang. Doktor dan nurse ada yang dah mati, dan majority dah lari dan hospital tu dah dikuarantin dan dikawal ketat oleh guard.

Tapi, semua jadi huru-hara bila tiba-tiba ada mangsa gigitan yang baru sampai kat gate hospital tu, jadi ganas dan gigit orang awam yang tengah berkumpul nak masuk ke hospital tu. Semua lari dan kelam-kabut. Time tu semua dah berpecah lari lintang-pukang. Time tu lah anak Nabila Huda yang dijaga oleh Abang Alam (kamal adli) hilang, time tu lah si Nabila huda dapat pecah masuk dalam hospital dan jumpa laki dia kat dalam, dan hampir-hampir diserang 'zombie' tu!

******************************************

Sebenarnya, agak suspen juga takut-takut drama zombie malaysia ni jadi kelakar, yelah macam citer KL Zombie dan Zombi Kg. Pisang kan, tapi sangkaan ku meleset bila tonton drama ini. Antidot sangat best dan tak nampak macam kelakar pun. Rasa seram adalah, sebab selalu kalau tengok citer omputih rasa macam owh, jauh lagi zombienya, tapi bila tengok Malaysia punya, rasa macam...alamak kat Klang!! Dekat sangat dah virus ni dengan rumah aku..siap fikir mana aku nak lari kalau betul-betul jadi ni...hahaha :p

Dan mode video tu diedit jadi kelam sikit so dapat menambahkan lagi mood huru-hara nya tu. Cara pelakon melakonkan watak dan cara angle kamera shoot video pun style dan takdelah kaku sangat. Mungkin sebab pengarah dia Kabir Bhatia kot? Nice~

By the way, aku nak exposed sikit hasil artwork kawan aku kat sini, dia ni designer kat Media Prima dan kebanyakan poster-poster drama TV3, dia lah yang buat termasuklah drama Antidot ini :

 
 




Kalau nak tengok lagi design-design poster drama popular kat TV3 tu yang di-design oleh Encik Roger ni (syafiq azharul azmi), boleh lah view di SINI

P/s : aku jarang follow drama kat TV3 tau, tapi siri Antidot ni..tak sabar nak tunggu next episod :D


5 comments:

Mime MF said...

sy tgk semalam..& tak sabar nak tunggu next episod..:D

eima said...

ade tertgk sikit smlm .. tp cam biasa ... aku kan tak tgk cite melayu .. hihihi trs kalih cite lain Vampire Diary .. hikhik


tp tang yg anak nabila huda ... ngok ngek .... pi lari dr van tu aku tgk .. kan dah selmat dok dlm van buat pi keluar tak paham aku .. hahahhahah

nuyui a.k.a miss YUI said...

Xtgk.lak
Huhu

Diana Rashid said...

Tak tengok..tengok drama korea malam2.heheh

Anonymous said...

Boring sebab asyik2 ulang sound effect yang sama, tak logik sebab perempuan dalam cerita ni semua degil2 saje je nak pergi ke arah bahaya macam tiada akal, yang kena jangkitan pulak tahapa2, cerita tak konsisten. Harap boleh diabaiki lagi. Yang best prop dan lokasi je.