Salam :D
Saja buat entry ni, sebab nak tengok sejauh mana minda dan sel-sel otak aku dah berhubung semenjak aku buat blog ni. Hehe~
1. Rajin membaca
Masa mula-mula blog nak naik dulu, memanglah rutin kena menziarahi blog-blog orang lain dengan niat agar orang tu datang balik ke blog kita dan follow blog kita. Lama-lama bila dah kerap baca blog orang, aku rasa macam baca majalah tau. Banyak info dan maklumat kita boleh dapat, even entry tu santai-santai je tentang kisah-kisah hidup dia semata pasti akan terselit something yang macam pengetahuan baru/ panduan/ tips/ pengajaran berguna secara tak sengaja.
2. Meluaskan pengetahuan
Yess! Bila dah banyak membaca, banyak ilmu dan info yang kita dapat. Nak lagi sahih, search lagi lanjut untuk memastikan kebenarannya atau untuk saja-saja ambil tahu tentang pendapat orang lain tentang sesuatu info itu.
3. Baca review feedback blogger!
Dulu aku beli barang, aku just baca maklumat yang disediakan oleh pihak penjual semata-mata tanpa mengambil tahu tentang feedback orang lain yang dah pernah guna barang tu sama ada okay ke tak. Well, kau tau lah penjual kalau nak jual barang kan sweet talker sikit, barang tak bagus pun dia boleh buat kita yakin gila yang barang tu bagus. Last-last kita jugak yang tertipu.
Dan semenjak aku berblogging ni, barulah aku tahu, ramai gila blogger yang tulis feedback di blog masing-masing tentang kebagusan sesuatu barang itu. Google je, confirm keluar! Dan daripada hasil-hasil feedback mereka itulah, baru kita dapat tahu betul ke tak barang tu bagus, betul ke tak tempat tu menarik macam yang diwar-warkan dalam iklan, dan sebagainya. Hal ni sangat membantu aku untuk membuat pilihan.
4. Kawan Baru
Aku tak tahu bagi orang lain, tapi bagi aku...kawan blog aku more supportive berbanding kawan Facebook aku. Lebih sadis lagi bila menyedari yang, kawan Facebook tu lah kawan-kawan yang aku kenal di alam nyata, berbanding kawan-kawan di blog yang memang stranger sebab tak pernah langsung bersua muka apatah lagi bersembang depan-depan! Haha~ kawan stranger seperti ini mungkin ada yang pembunuh bersiri, stalker, perompak professional dan sebagainya. But who cares bila mereka yang asing itu yang lagi supportive dan membantu bila kau dalam kebuntuan, berbanding yang mengenali di alam nyata pula lebih suka ignore dan buat don't know?
Kadang aku fikir, kawan blog aku lebih tahu tentang aku, sebab mereka membaca blog aku. Personal blog is like a mirror for the writer ;) Hanya yang baca, yang akan kenal! Btw, thanx for my silent readers and stalker. Korang dah tolong naikkan trafic blog aku. Haha :D
5. Berfikir dengan lebih dalam
Menulis di blog tak semudah memuatnaik status di Facebook mahupun Twitter, dan tidak juga semudah memuatnaik gambar selfie mulut itik di Instagram. Tulis blog sama susah macam kau nak cari isi-isi penting untuk buat essay masa dalam exam. Time-time exam tu, dan dan time tu jugaklah otak jammed! Haa..camtulah gamaknya.
Jenis aku yang complicated ni, aku kena check dulu betul-betul benda-benda yang aku nak cerita tu sahih ke tak...sensitif ke tak, dan sebagainya. Sampai kadang-kadang aku tak jadi nak post sebab gagal melengkapkan / menghubungkaitkan isi-isi penting 'essay' tu. Wuwuwu~
But that's not the point, point aku adalah lama-lama bila kita selalu berfikir terlebih dulu before buat sesuatu, kita akan dapat meminimumkan kesilapan-kesilapan yang kita buat. Contoh, before ni aku suka up status yang menyindir habis di Facebook, sekarang aku dah learn to let it go dan share benda-benda yang happy je supaya ke-happy-an itu dapat diserap oleh orang-orang yang melihatnya. Haa...camtulah~
****************************
Blog aku ni dah masuk 2 tahun. So far, aktiviti berblog banyak membantu aku untuk lebih kenal dengan diri sendiri dan bagi perubahan positif dalam hidup aku. Hahaha~ tetiba gelak. Sebab aku tak tau macam mana ntah nak habiskan entry ni. Okaylah, time kasih baca. Bye~bye (n_n)
1 comment:
betui betui .... aku pun rasa mende yg sama ....
cthnye ....aku semakin mengenali ko ... hahaha dulu secrative sikit laa ni makin serasi dengan blogger dan boleh dah luah sikit perasaan ....
Post a Comment