Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Sunday, 14 August 2011

tak semua zaman kanak2 itu indah

masa kau kecil, kau menangis, kau saksikan mak dan ayah kau bergaduh depan mata..
kau lihat sendiri bagaimana ayah kau menyepak menerajang mak kau...
mak kau menjerit-jerit kesakitan tapi ayah kau tetap terus menendang-nendang mak kau..
dan kau hanya mampu menangis..duduk di satu sudut..di penjuru rumah...
dan menangis teresak-esak tanpa ada sesiapa yang pujuk dan menenangkan kau...
satu hari kemudian, kau terdengar gema suara mak dan ayah kau menjerit..
mereka bergaduh lagi...kali ini lebih dasyat...
kau mengigil....kau ketakutan..dan kau menangis lagi..


semua ini memang tak patut engkau lihat pada usia yang masih kecil...
kau terlalu lemah..kau tidak tahu apa-apa...
sesudah ayah kau bergegas keluar dan berjalan jauh meninggalkan rumah...
perlahan-lahan kau merangkak mendapatkan mak kau..
mak kau terbaring...merah di sekeliling...rumah menjadi sepi.....
......................................................................
yang kedengaran hanyalah sedu-sedan kau yang sayu
kau menangis lagi...lagi dan lagi...


(n_n) bersyukurlah jika zaman kanak-kanak anda lebih baik daripada ini...

No comments: