Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Wednesday, 7 December 2011

Aku Ni Dah Takde Kerja Ke Asyik Update Blog Jer ??

Assalamualaikum and hai readers. Hahaha, tak habis-habis aku nak update
blog kan, daripada tadi. Padahal kerja aku ni melambak laaah haa hadoi~~

1. Shooting Video France (Third Language)
2. Photoshoot Travel Photography
3. Creative Product Shoot + Model (sape nak jadi model~~~)
4. Presentation Subjek ETP (berlagak ala2 businesswoman)
5. Branding (macam nak mati buat proposal & moodboard sebab tak proceed2)
6. Environmental Graphic (3D <--- mati aku !!)
7. Packaging (design kotak susu baru, jgn lupa beli klw dah siap ok)
8. Presentation berganda~~~ ( 1 subjek, 2 presentation sekaligus)

Mampu ? (O.o')

Okay, lupakan pasal assignment aku yang boleh membunuh tu. First of
all, aku nak mintak maaf atas 3 perkara :

1. Penggunaan 'aku' di dalam penulisan aku. Maaf kepada readers yg
lebih dewasa dpd aku.

2. Kata-kata aluan, aku baru terperasan malam ni yang selama ni aku
hanya ucapkan salam untuk tiap2 entry aku, so aku mintak maaf
kpd readers yg non-muslim dan lepas ni aku akan ubah, aku bagi
salam dan say hi to all. :)

3. Sorry guys kalau penggunaan Cbox kat blog aku ni agak menyusahkan
korang~~ aku baru dapat tahu yang rupanya Cbox ni tak sefriendly
ShoutMix. So, nak tukar rasa macam malas pulak, so biar jelah, maaf
ye kalau korang tpakse type nama dan link korang tiap2 kali korang
singgah sini. :)


Actually, aku tak berapa sihat sekarang ni. Batuk, batuk dan batuk je
memanjang. Semalam dah lah aku tertelan ubat batuk. Aku rasa tu bukan
tertelan, aku rasa terminum tu..huhu, amik kau lepas tu terus aku pening
dan ngantuk, overdose terus sampai Subuh..hadoi~~ (*_*)

Dan hmm...tulang belakang aku ni pon rasa sakit dan macam makin
bengkok...actually, aku ni salah sorang pempuan yang mengalami
tulang belakang bengkok. Agak sedih bila dapat tahu tapi, nak wat
camne kan...redha je lah~~~

Owh ye, aku teringat dialog dalam Ombak Rindu yang macam ni :

"Redha bermaksud ikhlas, pasrah bermaksud menyerah"

So, apa pendapat korang?

Hmm, okay lah aku dah macam lalok dah ni. Mengantuk dah. Good night
all~~~ Have a sweetdreams...(u_u)

5 comments:

Fyfy Liew said...

get well sonn ^^

Alieza Dayasari said...

nampak macam akak ni (saya tak sure umur) betulkan saya jika salah..
nampak macam akak ni mahir dlm bidang photography.. edit2 gambar.. kerja2 mcm berkaitan bidang tersebut.

owner : Lynn said...

Fyfy : thanx dear :)

Alieza : it's ok, umur sy 21, xmahir lg, sy still study dlm bidang graphic & photography :) hehe

An Najwa said...

lynn...sakit tulang belakang bengkok da lama ke?tahap brape skrg?

owner : Lynn said...

An Najwa : mula perasan mase umur 18 tym x-ray utk masuk U, xtau lah thap berapa, still tegak cuma sy dpt rse lah xselesa :(