Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday 13 December 2011

Nostalgia Budak Hostel : Permainan Secret Admirer

Assalamualaikum and hi readrers. Pernah tak main permainan

Secret Admirer ?

Kepada yang tak pernah main atau tak pernah tahu langsung wujudnya
permainan ini, sila teruskan bacaan korang okay sebab permainan ini
sangat menarik dan sangat berkesan untuk korang saling mengenali dan
merapatkan hubungan silaturahim antara korang dengan rakan-rakan.

Berapa ramai diperlukan ?
Lagi ramai lagi seronok ! Sebab ini permainan beramai-ramai.

Tempoh masa ?
Masa untuk permainan ini berlaku korang boleh tetapkan sendiri,
paling okay aku rasa 1 - 2 bulan.

Syarat-syarat Bermain ? 
Dalam permainan ini, terdapat 2 'majlis' besar iaitu cabut undi
untuk siapa yang anda minat dan 'majlis pengkantoian' atau pun
Majlis Declaration

'Majlis Cabut Undi'

1. Berkumpul dengan mereka yang nak join game ni
2. Pilih sepasang nama gelaran, contohnya : 
Romeo & Juliet
Nobita & Sizuka
Coklat & Strawberry

(nama yang first adalah yang menjadi Secret Admirer, manakala
nama yang akhir adalah orang yang diminati. Contohnya : 
Coklat : Gelaran untuk si Secret Admirer,
Strawberry : Gelaran untuk yang diminati)

2. Tulis nama semua peserta dan masukkan dalam bekas untuk dicabut undi.
3. Semua peserta wajib mencabut undi dan ada warning kat sini :

- JANGAN bagitau nama yang anda dapat kepada sesiapa pun dalam
kalangan peserta
- Kalau nama yang anda dapat tu, kawan baik anda sendiri, haruslah
pandai cover muka supaya kawan baik anda takkan dapat syak
anda adalah secret admirer dia.

4. Permainan bermula selepas undian selesai dilakukan dan tamat pada
tarikh yang ditentukan.

Kena buat apa dalam tempoh masa permainan ?

- Secret Admirer (Coklat) akan berhubung dengan orang yang dia dapat
(strawberry) melalui surat, hadiah dan sebagainya TANPA
membenarkan dia syak siapa Secret Admirernya.
 (korang boleh lantik kawan-kawan lain yang tak join game ni dan yang
boleh dipercayai untuk jadi posmen korang bagi pesanan kat Strawberry
korang)

- Secret Admirer (Coklat) dan Strawberry-nya akan berhubung macam tu
selama temph masa yang diberikan. Kekerapan berhubung terpulang pada
masing-masing. 

Majlis Declaration /
PengKantoian Secret Admirer

- Semua peserta akan berkumpul lagi sekali dengan membawa
dua hadiah : 1 untuk secret admirernya, 1 lagi untuk Strawberrynya.

- Terpulang pada korang macam mana nak start kantoikan tu, 
yang penting masa majlis pengkantoian ni, semua peserta tahu siapa
secret admirernya, dan bagitau nama siapa yang dia dapat masa cabut
undi dulu (strawberry) tu.

Okay, faham tak? Harap-harap faham lah ye, thank Q for read this
entry. (n_n)

4 comments:

syada said...

wah ... saya tak penah main pom benda . macam sonok jew .

Lynn Damya said...

Cik lollipop : hai syada :) mmg seronok tau, try lah main hehe~

Anonymous said...

mcm best je! nak try main! hahahaha.

owner said...

Fyfy : best2 ! (n_n)