Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Tuesday, 13 December 2011

Nostalgia Karangan Aku Sepasang Kasut

Assalamualaikum and hi readers. Haa, siapa dulu suka pilih tajuk
ni masa jawab paper Bahasa Melayu dulu angkat jari-jemari korang?
Hehe, tajuk karangan Aku Sepasang Kasut ni aku rasa sangat
nostalgia sebab hampir semua yang aku tanya pernah buat karangan
pasal ni, termasuklah aku. Hehehe...

Permulaan cerita mesti nak bagitau macam mana kita dihasilkan, 
kat kilang mana, masuk kotak itu, kotak ini last-last sampai lah kat
kedai kasut. Yelah, kita kan tengah imagine kita jadi kasut kan. Tapi,
selalu kalau aku buat karangan pasal kasut ni, yang terbayang kat otak
aku hanyalah kasut sekolah (-_-'). Ala yang warna putih tu~~~


Yelah, masa tu kan kanak-kanak lagi, jadi aku belum lagi mengenali
high heels atau pon sneakers apatah lagi wedges. Wedges KFC pon
tak reti sebut lagi (-_-')

So, mula-mula cerita dah ada sedih sikit sebab apa? Sebab orang ramai
datang kedai tapi tak pilih kita pon, tak beli kita pon. Yelah, sapa je lah
kita ni, kasut sekolah je~~ Akan timbul rasa jealous dengan rakan-rakan
kasut kita yang dibuat daripada emas ke apa entah, dapat duduk dalam
balang kaca, kita duduk dekat rak je.. Haha sadis gila cerita. :D

(cantik kan heels nih !)

Lepas tu, datanglah seseorang ke kedai tu yang membawa sinar harapan
dan kegembiraan kepada kita sebab dia membeli kita dan bawa kita balik
ke rumah. Mestilah gembira, kita dapat tuan kot. Kita kan kasut (-_-')
Hari-hari kita dipakai. Then, akan ada ayat-ayat pujian kepada tuan kita
tu,dia sayang kita lah, jaga kita baik-baik lah sebab dia selalu bersihkan
dan cuci kita tiap-tiap minggu. Hehehe...

Tapi, aku hanyalah sepasang kasut. Sampai masa aku akan buruk, dan
koyak, tuan aku pon beli kasut baru. Nak lagi menyayat hati, tulis lah
kita dibuang dan hanyut dalam longkang. Begitulah nasib sepasang kasut.
Hahaha, tak caye pergi carik balik karangan korang then baca. Cliche
je kan, yelah cikgu ajar. Hehehe :p

Ada lagi tak soalan karangan tajuk Aku Sepasang Kasut sekarang ni ea?
Manalah tahu kot2 zaman dah berubah ni, tajuk soalan karangan pon jadi :

Aku Sebuah Iphone...............
Aku Sebuah Macbook..............
Aku Sebuah Ipad............

(-_-') kan?

No comments: