Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Saturday, 3 December 2011

Nak nangis depan dia atau nangis senyap-senyap dalam toilet?

Selalu orang akan bercakap tentang teman untuk kita kongsi air mata, tapi
sekarang aku nak bercakap tentang tempat untuk kita menangis sepuas-puasnya.

Kenapa perlunya mencari tempat untuk menangis?

Sebab, sesetengah orang tak nak orang lain tahu mereka sedang dalam kesedihan.
Mereka tak nak orang lain tahu yang mereka ada masalah. 
Sedaya-upaya mereka cuba sembunyikan kesedihan itu dan
berpura-pura gembira di hadapan orang lain.


Sebab, ada yang malu untuk menangis di hadapan orang ramai, tak kisah
lah bagi lelaki atau perempuan. Mereka tidak senang untuk mengeluarkan air
mata di khayalak ramai. Sedaya-upaya ditahan air mata itu
tapi bila dia sampai ke satu tempat yang 'sesuai', mereka
akan meraung sepuas-puasnya di situ.


Sebab, ada antara mereka yang tahu tangisan mereka tidak lagi
dihargai. Kalau menangis di hadapan orang tersayang sekali pun,
seolah-olah mereka menangis di celah batu, di balik dinding dankeseorangan.
Tiada siapa yang sudi mengesat air mata itu. Mereka seperti
tidak wujud ketika itu. Jadi, lebih baik betul-betul menangis kat
celah batu tu daripada menangis kat sebelah seseorang yang
tak buat apa-apa masa mereka bersedih.


Jadi, kalau anda ada salah satu sebab atau semua sebab di atas, carilah
kawasan anda dan menangislah tanpa pengetahuan sesiapa pon.

...and believe that someone will took away your tears,
although you really sure, there is nobody's don't...

No comments: