Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Thursday, 15 December 2011

Lagu Menangis

Assalamualaikum and hi readers. Korang nak tau tak, aku ni jenis yang
senang sangat menangis masa dengar lagu. Lagu yang sedih-sedih lah,
takkan dengar lagu Lady Gaga boleh menangis kan. Lagu yang paling
buat aku menangis setiap kali aku dengar ialah lagu Hijjaz yang tajuk

'Kau Sahabat Kau Teman Sejati'

Owh serius lagu tu sangat sedihhh.
Sampai sekarang kalau aku dengar lagu tu, still bergenang air mata ni.
Sangat sedih, aku terbayang kalau aku hilang teman yang merangkap
soulmate aku untuk selamanya. Aku tak mintak yang buruk-buruk, tak
pernah sekalipun, tapi kita manusia dan kita tahu yang hidup tetap akan
pergi, so aku kena bersedia. Sebab itu, bila dengar lagu ni, kadang2
boleh mencurah jugak air mata aku. Hehe..

Dan sekarang ni, lagu baru yang buat aku menangis tiap kali aku dengar
ialah OST Ombak Rindu nyanyian Hafiz dengan Adira tu. Aku tak tahu
kenapa, mungkin sebab aku tertarik dengan lirik pertama dia yang berbunyi'

"Tuhan Tolong, lembutkan hati dia...untuk terimaku seadanya"

sangat bermakna buat aku kot. Yup, aku ni perempuan biasa je, aku
nampak je kasar, tapi hati aku sama je macam perempuan lain, lembut.
Sikit je kalau dia tegur pasal kelemahan aku, aku akan sedih, terus down.
Memang tak nampak tapi, entahlah korang pon maybe pernah rasa kan,
perasaan bila korang dah berusaha tapi still tak boleh ubah, dan kelemahan
tu terus diungkit sampai lah sekarang. Sedih kan? Sebab tu lagu ni boleh
buat aku menangis kot. Hehe..

Korang ada tak lagu yang boleh buat korang rasa sebak or rasa nak
menangis? Jom share kat komen :) Thank You (n_n)
Jangan sedih-sedih okay.

4 comments:

Fyfy Liew said...

semua lagu yg bt teringat dekat seseorang. hakhakhak!itu sedih.

LynnDamya said...

Fyfy : haahaha, u're right ! agreed with u lah :D

[MiSs1904] said...

dulu masa tgh agak frust asal dgr lagu Cinta Ini Membunuhku mmg cnfirm nanges! ai la..jiwa betol mase tu..

LynnDamya said...

Miss1904: wah, sgt frust dan jiwa ni miss, hihik :D