Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Tuesday, 20 December 2011

Nak Sentap Dengan Aku ?

Assalamualaikum and hi readers. Lama gila aku tak update blog ni.
Bukak-bukak tadi tengok followers aku dah bertambah, tersenyum
aku. Bukan apa, time aku blogwalking dan bertegur sapa dengan
blogger lain, terasa amat lambatnya followers aku nak bertambah,
(yelah, aku tak guna u follow me, i follow u back) tapi ni tiba-tiba
dah bertambah. Terima kasih kepada yang follow aku, tapi aku nak
mintak maaf sebab belum sempat lagi nak jenguk blog-blog new
followers aku ni, nanti aku cuti aku singgah blog korang ye :)

So, okay, untuk entry kali ni, pernah tak korang ada member yang :

Dia mengata dan mengutuk orang boleh,
tapi orang lain kutuk dia tak boleh pulak !

Ada? Menyampah kan? Orang-orang jenis macam ni kalau
dengan aku, memang jangan harap aku nak sentap lah dengan
apa yang kau cakap, aku direct akan terus sentapkan kau balik,
trust me ! Then ada tak yang :

Cakap ikut sedap rasa,
tak jaga hati dan perasaan orang lain !

Orang macam ni jenis cakap main lepas je tak kisah kot-kot
ada yang terasa atau tersinggung. Memang mulut laser ! Owh
lama tak guna word 'mulut laser' tu lah, haha. So, orang jenis
macam ni kalau berbual dengan aku, dan kau cakap je main
lepas, memang aku pon akan pastikan ayat aku lagi laser 
daripada kau. Apa, kau ingat kau sorang je yang boleh
lancarkan laser kau kat aku ? Aku punya laser kau tak tengok
lagi~~~~

Pssst.......
Satu yang aku tak faham pasal orang-orang yang jenis tak reti
dan jaga hati dan perasaan orang lain ni ialah dia yang akan
sentap lebih-lebih bila ada orang kutuk or mengata dia. (-_-')
Motifff~~~ Engkau kutuk aku depan-depan aku boleh, takkan
aku kutuk engkan depan-depan engkau, nak emo? (O.o')

Dan lagi satu, aku tak suka susahkan diri aku untuk jaga hati
dan perasaan orang yang tak berperasaan :)

6 comments:

cik lollipop syada said...

betul2 . asyik kite jew nak jaga prasan dia . tapi dia tak kesah pulaknak jaga hati dan perasaan kita . hoho

LynnDamya said...

Syada : kann~~ satu dua kali boleh lah layan, tp bila dh mmg perangai dia ckp besar belagak then sentapkan org sana-sini mmg xleh blah la kan..hehe :p

sha my heart said...

ok la, nak ambil lyn la jadi kwan kite, sbg tukang blas balik kat org tu. kite jenis baik.. tak reti nak sentapkan org lain, wlpn dlm hti mengutuk org tu..

p/s: tak buang words verification pd comment ke? caranya? google la.. tak sama interface kita..

LynnDamya said...

sha : haha sape yg laser sgt tu, em sy reti sentapkan org yg betul2 xjge hati perasaan org lain je :)

owh btw psl word tu, sy mmg nk letak lah sha, cukup lah sy buat pop-up window ni utk senangkan awk ye..hehe :)

ct n honey said...

dlm dunia ni mcm2 perangai orang ada,kena sabar ajelah,

owner said...

ct n honey : hai friends thanx follow me :) yup betul tu, sabar jelah tp kdg2 terlebih sabar gak kan..hehe