Assalamualaikum and hi readers. Untuk pengetahuan readers sekalian,
hari Rabu adalah hari yang paling sibuk untuk aku dan mak aku, sebab
selain menjual popcorn dan ice blended, kami juga akan jual kuih-muih.
So, malam tadi aku dengan mak aku sediakan karipap sardin, kira esok
nya tinggal goreng je lah. Hari tu, kitorang tambah lagi menu iaitu
Lempeng Kelapa.
Jadi, dengan bernasnya mak aku memberi cadangan untuk tambah lagi
menu baru untuk Rabu ni iaitu dengan menjual Murtabak Mini Ayam !!
(tepuk tangan~tepuk tangan~)
Jadi, tadi lepas siap buat kuih cara gula, karipap sardin, lempeng kelapa,
kami pun mulakan operasi murtabak mini itu.
Biasalah, orang tak pandai masak (aku) kalau masuk dapur, memang
bising. Kalau boleh aku nak bercakap dengan murtabak tu, cepatlah
masak. Memang lambat nak masak, kuali yang kitorang guna pulak
kuali leper yang size kecik tu, mak aku satu, aku satu. Dua-dua goreng
murtabak tadi, sangat kecoh (-_-')
Akhirnya siap jugak murtabak mini ayam kami tu. Hehehe~
Selepas siap dibungkus ( RM2 )
Memang seronok main masak-masak dengan mak. Tapi, nanti aku
dah naik sem, siapa nak tolong mak buat kuih? Kesian mak :(
2 comments:
zaza tengok lempeng ni dh terliur..hehe ^__^
semua nmpak sedap! blanje kite blh? heheheee...sebelah murtabak tuh kuih cara ek? btw susah la nk jmpe murtabak mini tuh.. =(
Post a Comment