Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Friday, 24 February 2012

Tips Percintaan Yang Menyeronokkan !! (Edisi Tidak Romantik)


Okay okay faster ! Harus menulis tanpa mukadimah sebelum segala
yang terlintas di fikiran aku ni hilang !

1. Kalau pergi karaoke, tak payah nak romantik sangat nyanyikan
lagu-lagu cinta untuk si dia. Bagitau aku, apa lagu yang korang
selalu pilih untuk ditujukan kepada si dia? Mesti lagu tu berentak
slow, mendayu-dayu, dan perkataan cinta dalam lirik lagu tu diulang
dengan beribu kali, ye tak??


So, untuk menyeronokkan lagi aktiviti karaoke korang bersama si
dia, haruslah pilih lagu yang rancak dan kalau boleh takde kena
mengena dengan cinta. Pilih yang rancak, dan nyanyi bersama.
Bukan pergi karaoke je bersama, nyanyi pon kenalah bersama.
Tak kisah lah lagu duet ke apa. 


Apa, ingat korang tak boleh nyanyi lagu yang fun sikit ke macam
lagu Lady Gaga dengan si dia. Try lah~~~



2. Okay, ini sangat best sebab pasal makan. Pada korang yang suka
sangat makan kat food court tu, cuba try makan kat gerai-gerai tepi
jalan. Pada korang yang suka makan gerai-gerai tepi jalan tu, cuba
atleast kumpul duit sikit untuk makan kat tempat grand sikit. Aku
bukan suruh pergi hari-hari, sesekali je lahh, kang pokai pulak :p



Atleast, bila pergi makan bersama si dia di tempat baru dalam
suasana yang baru, takdelah korang akan berbual benda yang
sama je dengan yang 7tahun lepas kan?? Contohnya macam,


" Awak sayang saya tak?"

" Eh mestilah sayang..awak"

"Saya pun sayang awak..."

"............................................................................" diam seribu bahasa.




Conversation sangat penting 
dalam menjaga hubungan anda dengan
si dia. So, atleast kalau makan kat tempat baru, ada lah idea sikit kan,
korang boleh cakap pasal suasana or decoration dalam kedai tu ke.


And jangan marah kalau makanan kat situ mahal sangat or
tak sedap, sebab itu satu bonus. Korang boleh mengutuk bersama !
(aku bukan ajar korang benda tak baik, itu adalah reflection bila kita
rasa makanan tu tak sedap or terlalu mahal, kann~~)





3. Buat surprise !!! 
Kejutan memang sangat sinonim dalam percintaan
dan ia sangat digalakkan sebab dikatakan mampu membuat pasangan
gembira gila !! Tapi, jangan pulak buat surprised yang sengal contoh
"sayang, jom kita break ari ni, I tak suka lah dengan you !"
Jangan, jangan, itu surprised yang boleh membawa maut !


 
I mean, contoh korang tengah berjalan di dalam mall, then tiba-tiba
korang tersedar yang dalam poket korang ada 20sen, lalu korang
pon tiba-tiba tarik tangan si dia pergi ke kedai gula-gula sambil cakap,

"Jom, saya belikan awak gula-gula mentos. Saje nak bagi awak
hadiah~~"

Haaa, mesti si dia gembira sebab dapat hadiah tiba-tiba je kan :p


eh, macam mana aku boleh expert???
Only the closer knows the answer :p Haha~


  Okay, selamat mencuba !! (n_n)

8 comments:

Operasi Hitam said...

jom, saya belikan awak coki2.. ahahahah

^_^ Zaza Nur Iman said...

kalau zaza tak suka pg karaoke..dlu ms dgn ex bf..bawa dia mkn kedai tepi jalan je..mmg suka gerai2 tepi jalan sambil boleh tgk pemandangan..hehe

Lynn Damya said...

OH : haha coki2 send kat sini 10 ye..Tq (n_n)


Zaza : haha, sy pon suka..opz, sy sgt gila karaoke tau :p

KechikumA said...

"sayang, jom kita break ari ni, I tak suka lah dengan you!"

Wah, semacam terasa nak buat jugak lah, bhahaha~
Mne tau dpt unexpected reaksi ke, lalalaaa~
*GilaKotAkuNi

nur fatinah mohammad shariff said...

akak. karokk jum ! :)

Lynn Damya said...

Kechikuma : hahaha, try lah tp xdijamin selamat, hahaha :p


Fatinah : jom adikk !!! >_<

Nong Andy said...

:)

haha.. best juga idea karaoke tu.

idea makan tu dah lama buat tapi............?

Lynn Damya said...

nong andy : hehe tapi..........?