Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Saturday, 4 February 2012

Sambungan CERPEN Tergantung EZAD AMIR @ Minda Kronik


Episod Akhir kisah ini....

Di parti rumah kawannya, Mira memperkenalkan aku kepada kawannya.
Itu pun selepas salah sorang daripada mereka bertanya. Sempat juga dia
kenakan aku depan kawan-kawan dia.

"eee...you tau tak husben i ni makan makanan negeri dia....peliknyer.. !!"

"Tadi i tercari-cari mana wife i, kat sini rupanya, mak aihh mekap tebal
sangat, macam mayat cina"

Aku cuba menyindir pula.
"I ada je kat sini..eh apa la you ni, bulu hidung terkeluat. Meh I tolong
masukkan balik.."

Ditonyohnya muka aku...

**************************************

Aku duduk sendirian di suatu sudut. 
Tak boleh main sangat dengan minah ni, nanti apa lagi yang dia nak buat
untuk malukan aku.


.....................................................


Sedang si suami duduk bersindirian membiarkan isterinya berparti bersama
teman-teman sekampungnya dulu, tiba-tiba datang seorang perempuan cantik
lagi gedik ke arahnya. Perempuan cantik itu menyapa  si suami.


............................................................

 "Hai chik habang, datang sohang jhe khe~?" Suara gadis itu sungguh manja kedengaran
di cuping telinga aku.

"Tak ahh...datang dengan mayat cina tu...."jawab aku acuh tak acuh sambil teruskan
memakan masa dengan termenung memerhatikan gelagat orang sekeliling di situ.

"Mahyat china?" Suara gadis itu kini berubah nada, terkejut beruk !

"Tu haa....yang cantik berdiri kat sana tu, dress marroon tu..." Aku memuncungkan
mulut ke menunjuk ke arah biniku yang sedang asyik melahap chopstick barbeque
kegemaran neneknya. 

Spontan gadis manja itu tergelak berguling-guling depan aku. Nak je aku pijak-
pijak dia masa tu. Ini lagi lah memalukan aku je kalau buat bini, nasib aku jumpa
bini aku awal lagi daripada minah senget nih. Kemudian, lepas habis gelak, dia
berdiri semula di depan aku dan terus menjadi manja semula.

"Hahaha...habang..habang..habang ni memahang kelakhar lahh...I thak sahangka
habang ni sangat lahh kelakharnya...Hihihi....tahapi kan, mehemang behtul lahh,
muhuka bihini habang ni macham mahyat china, bangg. Ishh...ishhh...teruk benau
muhuka dia kann habang..hahaha....."

Aku faham perasaan korang yang sedang membaca. Aku tetap bersabar.

"Hahaha itu kalahau dia thak pahakai mehekap, mestih hodoh gilah kann
habang..hahaha...I nih buhukan nak cahakap apa lah, cuma I ni adha apa
horang putihh cahakap tu...natural beauty..haaa gituhhh....kalau I tak pahakai
mehekap pon, gerenti I ni mahasih boleh pikat rahamai lelakhi-lelakhi dahlam
dhunia ni habang..habang caya tak...hahahaha ithulahh hakikatnya habang oii..."

Aku masih bersabar.......

"Haa...lahgi satu habang nak tahu thak? I nih dulu sahangat terkenal dehekat
sekolah tadhika dulu tauh...sampahaikan cihikgu I yang lelakhi tu pon boleh
ada hati kat I ni haaa...thak sehedar diri kann habang...owh ye, habang
bahagia ke dehengan isteri habang tu? I tehengok macam hanjing dehengan
kuhucing je....I ni rahasa macam terjatuh hati dehengan habang ni...Habang...
ooo habang oii....kenapa mengelahamun ni..habang...habang...habang....
arghhhhhhh !!!!"

Malangnya masa tu, telinga aku sudah pun berasap-asap, mata aku sudah
menjadi merah, dan seluruh tubuhku menggigil...

"Haaa hambik engkehau...habang..habang..habang kepala hotak kau !!
Dah lahhh senget, cakap tak betul....mengata pulak bini aku tuu...eyyy
engkau ni bahanggggg je aku dengar kau membebel tau tak..." jerit aku
sambil membelasah dan meluku-luku kepada minah senget itu.

Dia hanya mampu merintih, " Habanggg...habanggg....jahangan macam ni..
habaanggg...."

Terus aku belasah sampai dia jalan terbalik lepas tu.

"Dasar mulut joyahhh !"

Aku betul-betulkan rambut aku yang kusut masai akibat pergaduhan tadi, 
takut ada yang pandang serong pulak nanti. Aku berpaling ke belakang dan
ternampak Mira sedang berdiri sambil memandang aku dengan tersenyum.
Cantiknya! Detik hatiku.

Mira yang sebenarnya sudah tahu suaminya membelasah gadis itu kerana
dia, hanya tersenyum manis.

Mira datang ke arah aku. Ah, sudah! Aku berlagak cool.
Ya..gaya seorang suami !

"You......"

You ! Selama ini aku kau, ini tiba-tiba You~ ??? Aku cuba gigit cuping telinga
aku sendiri untuk memastikan yang aku tak salah dengar. Puas cuba, tapi tak
sampai. Mira hanya tergelak.

"Eh you, kenapa ni?"

"Takdelah, aku..err I heart-attack bila you panggil I guna I you macam ni.."

"Haha, emm kenapa you belasah perempuan tu tadi?"

Alamak, Mira nampak ke? Ah sudah apa aku nak jawab ni. Kang dia
tuduh aku dayus pulak. Otak aku ligat mencari jawapan dan tiba-tiba terpacul
ayat daripada mulut aku...

"Minah tu goda habang..eh I...ada ke patut dia cakap you macam mayat cina.."

"Bukan you pun sama ke sindir I mayat cina tadi?" terus pipi aku dicubit. Segan
aku dibuatnya. Rasa sweet pulak, tapi ada ego lagi dalam hati. Mana boleh tunjuk
lemah, mesti ada muslihat ni ! Tapi belum sempat aku menunjukkan keegoan aku,
Mira blah dari situ sambil berkata, "You tunggu kejap ea..."

Mira terus berlalu dan menuju ke arah seorang lelaki Mat Salleh dan tiba-
tiba membelasahnya dengan ganas! Aku tergamam. Apakah semua ini??

 Then, Mira datang semula ke arah aku. Aku masih tergamam. Mat Salleh itu
aku tengok tersadai di sebuah kerusi, pengsan !

Belum sempat aku bertanya, Mira berkata,

"You nak tahu, tadi dia cakap muka you macam monyet, ada ke patut??
Takpe, I dah belasah dia...jom sayang kita balik~"

Ucap Mira manja sambil menarik lengan aku menuju ke kereta BMW
E92 M3 milikku. Aku masih tergamam. Melayan perasaan sweet yang menjalar
di hati ini dengan gembiranya !

****************************************

Malam itu, menjadi malam pertama bagi aku dan Mira.
Malam pertama untuk apa? Imagina sendiri okay.

That's all thank Q ! (sorry TERpanjang lah habangg~~) :p


12 comments:

Anonymous said...

greetings lynndamya.blogspot.com owner found your blog via yahoo but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have found site which offer to dramatically increase traffic to your blog http://xrumerservice.org they claim they managed to get close to 1000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my blog. Hope this helps :) They offer best backlink service Take care. Jason

ijA said...

nice..rasa geram je..baca,, nyampah ngan minah gedik tu..huhh, nk tumbuk je skrin pc...hahahaaa...all the best....semua orang mempunyai idea dan imaginasi yang berbeza,...

akuamir said...

sambungan citer ezad amir ea??haha,,

tapi sambung la part malam pertame tuh,, :')

Cik Aini Lavender's said...

hahaha..hepi ending..mesti ezad terharu baca ni=p

owner said...

ija : hahaha sy sndiri pon nk tumbuk skrin bila bace balek part minah senget tu :p

amir : eh ala, xperasan pulak yg tu..

aini : haha thank Q, ezad blum bace lg ni :p

Nong Andy said...

aku dah baca :)

habang...!! hehehe..

owner said...

nong : tq habang ! haha :p

EZAD AMIR said...

hahaha..kreatif2..x sangka muncul watak minah gedik lak..hak3..gud job..hepi ending~

dh bce sbnr nya td,tp x tgl kn komen sbb busy sikit hr ni..

http://remajapower.blogspot.com/2012/02/8-blogger-wanita-yang-patut-anda-kenali.html

owner said...

Ezad : haha akhirnya~~ thank Q (n_n)

xila riston said...

eee minah nihhh menguji kesabaran sungguh aih...tp hepy ending yaww

apix said...

he3 .. okay2 .. x sia2 ak salin url kat komen box minda kronik tadi .. dapat baca sambungan yang best .. hee~ .. gudluck ek .. dah aku datang nih .. follow sekali ar ..

El-Janna said...

habang habang.. eleh benci2 tp syg^^

nice cerpen^^