Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Friday, 3 February 2012

Diari Gadis Popcorn : Cubaan Pertama Menjual Lempeng Kelapa

Assalamualaikum and hi readers. Lama dah aku tak update untuk DGP ni.
Gambar semua dah ada, cuma aku malas nak update sebab gambar-gambar
tu resolutionnya tinggi. So, untuk menjimatkan masa upload menggunakan
broadband yang slow ni, terpaksa lah aku edit satu-satu gambar tu dalam
Psd untuk rendahkan resolutionnya. Leceh tau~ Tapi, hari ni aku rajin sket :p


So, hari Rabu lepas, kitorang tambah menu baru selain kuih karipap kentang
dan sardin, iaitu lempeng kelapa. Aku lah yang melempengnya, sementara mak
aku buatkan sambalnya. Tapi, kami buat sikit je sebab ni baru permulaan, takut
orang tak nak beli pulak. Kecoh dapur bila aku ada. Buat kerja tak bersopan-
santun langsung. Hahaha :p Jom kita tengok lempeng hasil kerjasama aku dan
mak aku ni...weee~~ (n_n)

Sedap kan? Hahaha <-- nak kena sepak ler tu (-_-')

Sejurus selepas di'lempeng'kan ke dalam kuali~~

Lempeng dah nak siap !!! (>_<)

Lepas siap, kita gulung-gulung dia mcam tu (n_n)

Tadaaa !
Siap untuk dibawak pergi berniaga di pasar malam :D alaaa, sorry terlupa lak
nak ambil gambar sambal lempeng ni :p Hihi...


First time jual lempeng ni, Alhamdulillah sebab murah rezeki agaknya hari tu,
cepat je habis sebab kat pasar malam tu memang takde orang lain yang jual
lempeng, jadi orang ramai pun agaknya nak tukar selera. Alhamdulillah, habis
lempeng yang dijual :) Rabu depan boleh jual lempeng lagi, yeayy !

Okay, bila tengok lempeng ni, terus perut aku mendendangkan lagu
Awan Nano, juara AJL~ Perut kalau lapar pun pilih lagu gak ek :p Okay itu
saja, kepada yang first time datang blog aku, meh baca siri Diari Gadis Popcorn
aku yang lain kat sini :


(n_n) selamat menjamu selera! Datang lagi ya, tQ !

8 comments:

FatinFirdaus said...

mesti sedapkan... nyumm~ nyumm.. lapa.. huhu

akuamir said...

waa.. same la ngan kite.. kite pon edit gambar bukan ape,, nak kasi kecikkan fail je,,ekekee

akuamir said...

kite follow sini keyh

amy syifa said...

sedapnye..lama x mkn!

EZAD AMIR said...

hui..kebetulan..bru je lepas mkn lempeng..hihihi..bnda ni mmg sdap,tp xleh mkn byk2 nanti cpt muak..

owner said...

Fatin : sedap2, haha :p

amir : haha TQ :) haa kan, leceh kne kecikkan reso gambar..huhu

amy : jemput makan~ hehe :D

Ezad : ye je kau nih..haha betul tu, mkn sket je dh kenyang :D

cici tembikai said...

mesti sedap -.- kalau kita meet up ke gathering ke , bawak okay =p nak rasa . u dah menggoda nafsu i ni -.-''

suh mak buat lempeng lah lepas ni =p tapi lempeng kosong cicah gula tu lerr

owner said...

cici : haha insyaAllah syg (n_n) haha lempeng cicah gula pon sedap tau! nak sikit~ hihi