Okay, aku tak tahu kenapa aku akhir-akhir ni aku terfikirkan
something yang aku kategorikan sangat serius.
Aku nak sediakan sesuatu untuk my sweetheart, sesuatu yang
berharga, yang dapat mengimbas segala kenangan kami bersama,
dan aku nak tempatkan segala cerita tentang kami untuknya.
Aku harap dengan tersedianya sesuatu itu, dapatlah mengubat
kerinduannya padaku, jika aku dah takde lagi nanti. Biar lah
segala yang aku buat tu dapat kurangkan rasa rindunya pada
aku, biar dia rasa macam aku hidup, walaupun pada masa tu
aku mungkin dah jauh tinggalkannya.
Tapi.........aku terfikir sesuatu yang lagi serius !
Kalau aku buat sediakan kenangan itu, macam mana pula dia
hendak melupakan aku nanti? Adakah dia sanggup untuk
padam dan delete segala-galanya tentang aku, supaya dia boleh
menerima kehadiran perempuan lain untuk menggantikan aku
di sisinya, menjaga dan mencintainya?
Aku tidak sanggup hendak melihat dia terseksa. Aku tak boleh
menyiksa perasaannya dengan menyediakan sesuatu yang menyebabkan
dia sukar nak melupakan aku. Aku nak dia bahagia walaupun
selepas aku pergi selama-lamanya. Aku nak dia boleh lupakan
aku dan terima kehadiran perempuan lain dalam hidupnya.
Aku nak dia bahagia dan meneruskan hidup. Gembira.
Aku masih dilema, aku cuma nak dia tahu yang aku memang
sangat sayangkan dia, aku nak buat sesuatu yang special untuk dia
sebagai kenangan bila aku sudah tiada nanti.
Tapi, dengan kenangan itu, mungkin dia sukar untuk bahagia
dan menerima kenyataan, mungkin dia akan sentiasa merindui aku.
Tapi, tanpa kenangan itu pula, seperti tiada ubat untuk dia
mengenang kembali masa kami bersama...
......
(kenapa aku fikir mcm ni? ini kalau dia baca mesti aku kena
cubit jarak jauh ) (-_-') erkkk...
cubit jarak jauh ) (-_-') erkkk...
8 comments:
kenapa awk buat sy fikir benda yg sama. grrr. :P
kenape fikir berpisah pula?? O.o
oh miss lynn^_^
zafira : ehh yeke, haha (n_n)
amir : errr...xdelah, cume terfikir apa yg sebaiknya dr sy utk dia klw sy dh xde nt.. :)
so sweet, wujudkan lah kenangan bersama, bia kite ingt smpai bile2. . buat sesuatu yg sgt istimewa sehingga kan dyer berasa sngt bertuah. . baru lah wujud kenangan itu
hamboii akak. serius bebenoo entry nihh :')
izwan : yup, thank Q :), tp takur dgn kenangan itu, buat dia xdpt lupakan sy, klw sy ditakdirkan pergi dulu, isk :(
Fatinah : hahahaa kannn~~~ :p
serius..sampai xtahu nak komen ape..
:)
terlalu sayang :)
Post a Comment