Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Saturday, 18 February 2012

Jumpa Artis Popular Malaysia


Assalamualaikum and hi readers.


Tadi, aku BW blog Fyfy, then terbaca entry dia mengenai pengalaman
dia berjumpa artis. Aku rasa isu itu best, dan aku pon tertarik untuk
kongsikan pengalaman yang sama juga untuk readers aku :) Tapi,
aku takdelah jumpa ramai artis pon. sikit-sikit je :p


First aku dapat jumpa dengan artis masa dekat Jom Heboh di JB.
Aku masa tu tingkatan 2, 3 macam tu lah. Agak jakun sebab dapat
pergi karnival macam tu, then dapat tengok artis pulak. Masa tu,
yang ada ialah Arash Muhammad, Sofia, siapa lagi entah dan
Kak Maria Tengku Sabri tu. Dapatlah ambil gambar dan sain autograf.



Then, pengalaman kedua ialah berjumpa dengan Que Haidar. Dia
tu orang Kulai, johor. Pernah dua kali terserempak dengan dia.
First, nampak dia kat pasar malam. Tapi aku tengok je lah. 
Second, ternampak dia dengan anak-anak Linda Jasmine masa
kat IOI Mall. Erkk..masa tu pon hanya berani tengok daripada
jauh je. Segan nak tegur (-_-')



Masa pergi bercuti dekat Melaka, masa tu tengah berjalan-jalan
sekitar Stadhuys tu, then mama perasan Abby Abadi tengah berjalan
kat situ, dengan krew-krew, ada shooting agaknya. Then, mama yang
tegur Abby, sempat jugak amik gambar even dia tengah busy :)

Kami kecik atau dia yang besar ? (-_-')



Baru-baru ni dalam tahun 2011, aku secara tak sengaja pergi ke
Plaza Alam Central masa berlansungnya Tour of Anugerah Bintang Harian.
So, bertuah lah, dapat jumpa ramai artis masa tu dan paling best aku dengan
tak malunya pegang lengan Elfira Loy , cakap nak amek gambar
dengan dia. Hahaha..(n_@)


Dia sangat cantik !!!!!!! and she's adorable (>_<)
(opz, masa gambar ni diambil actually kitorang miss nak tengok
Lisa Surihani dekat-dekat. Ada seseorang frust..haha)




Kitorang pergi bilik mekap artis-artis ni tapi dapat diri kat depan pintu
je, tak leh masuk. Masa tu lah berpeluang tengok secara artis secara
live, antara yang ada ialah Anuar Zain, Sixth Sense, Fiz Fairuz, Zizan,
Scha Al-Yahya, Linda On dan Fara Fauzana (er..ramai lagi tapi tak ingat)




Aku tak tahu lah betul ke tak instinct i ni, tapi daripada situ,
kita macam boleh nampak mana satu artis yang seriously friendly
dengan yang fake punya~~ ahaks, read this :


Anuar Zain : Sangat-sangat-sangat baik dan sangat menghormati
dan menghargai peminat. Touching pulak tengok dia, mesraaaaa
sangat ! (n_n)


Zizan : Of course laaa lawak, haha sporting dan sengal (n_n) haha


Scha : Hmmm....entahlah, aku minat gak dia tapi muka dia masa tu
berlagak gila pulak....opz ! penat kot~~~


Fiz : Baik gak dengan peminat dan masa tu dia nampak sopan dan
malu-malu. Hehe


Elfira : Cute gila, sporting jugak ! Hihi (n_n)


Sixth Sense : Emmm entah, aku tengok si Adie tu macam wat dek
je. Huhu sentap tau~~dah la aku peminat setia Sixth Sense



Btw, all images credited to my sweetheart, dia je yang sibuk
ambil gambar sebab masa tu aku dah naik gila kat tengah-tengah
crowd tu, nak salam dengan Zizan dan Anuar Zain. Haishh
sampai sekarang asyik kena bahan pasal tu je dengan dia :/




Esok concert Avril Lavigne !!!!!!!!!!!
See you dear in my dreams..hukhuk :'(


Tadi, mak aku cakap, kalau tiket RM100 mak aku bagi pergi..
 Kalau~~~~~~
huhu :'(

5 comments:

Mishter Izwän said...

New Look new entry, feel free to visit
http://speechless009.blogspot.com/2012/02/design-review-presentation.html

✿ CIK N ✿ said...

waahhhh bestnye!!!

zyma_senpai said...

best la pengalaman jumpe artis, boleh gosip2.. tpi sAye xde pengalaman pun..

kat u saya ramai artis tapi sorang pun x pernah jumpe.. huhu..

teringin nak jumpe ct nurhaliza..

amy syifa said...

besarnya abby =P
zizan sombong x? pernah dgr org kate dia sombong..

nur fatinah mohammad shariff said...

waa~ bestnye. tapi memang betul pon kak, kalau jumpe face to face. boleh tau mane yg okayy ngan peminat. kalau anuar tuhh memang org yg baik. aunt fatin peminat kipas susah mati anuar zain nihh. hee :) then elfira mmg sangat sporting. fatin ade kawan yg muka same mcm elfira. dia penah datang kat kem plkn dulu. and shahir af. pon okayy gak. lagi satu yg paling fatin suke sebab dia sporting and lawak habess. BLACK mentor. dia tersangat sangat baik!!! :)