Happy Three Friends

Miss Money

Monday 20 February 2012

Simpati Yang Disalahgunakan


Assalamualaikum and hi readers. Tajuk entry kali ni nampak macam
ada unsur-unsur jenayah gitu. :p



Manusia ni memang mempunyai naluri semulajadi iaitu simpati.
Ramai yang mudah berasa simpati terhadap kesusahan orang lain,
terutamanya rakyat Malaysia. Kalau tidak, masakan ada orang yang
menjadikan 'peminta sedekah' sebagai pekerjaan tetap di sini !



Lihatlah, betapa ramainya orang yang meminta sedekah pada hari
ini, terutamanya di kawasan bandar-bandar besar. Tidak sah takde
peminta sedekah merayau-rayau dari meja ke meja di saat kita
sekeluarga enak menjamu selera di restoran.



"Derma ikhlas, encik...derma ikhlas, cik...."



Tapi, bila kita berikan sekeping not RM1, dia pulak 'buat muka' ?




Itu satu, lain pulak ceritanya dengan warganegara kita yang terlalu
prihatin sehinggakan 'sudi' membawa dan memimpin orang-orang tua
yang buta ke sana ke mari dari sebuah restoran ke sebuah restoran
yang lain, sambil meminta sedekah dari pengunjung restoran.



Ini daripada pengalaman, aku pernah makan di sebuah restoran
 sekitar seksyen 7, shah alam. Turun daripada motor, depan restoran
aku nampak dua pemuda yang kemas dan sihat walafiat, sedang
pimpin orang tua yang buta. Seorang pemuda pimpin orang tua lelaki,
yang seorang lagi pimpin nenek tua yang juga buta. 



Berpecah dan pergi meminta sedekah bersama aset orang tua buta
itu. Apakah?? (-_-') Bukan ke lagi bagus pemuda-pemuda sihat
walafiat itu bekerja, dapatkan duit untuk menyara orang tua buta
itu? Kalau betul dia mahu menyara, pasti dia akan bekerja, kan? :)




Yup, manusia memang mudah simpati, ada orang buta datang
dengan muka kesian, baju lusuh, rambut kusut masai...kita mudah
je rasa kesian. Bagilah sedekah sikit untuk ringankan bebannya.
Tersenyum orang buta itu ucapkan terima kasih. Lega hati kita, 
turut gembira, sambil pesan kat dia, jalan hati-hati :)



Orang buta itu makin menjauh, kita ikut dengan ekor mata kita.
Dah agak-agak jauh tu, tiba-tiba dengan selambanya si buta tadi
itu berjalan sambil melangkah longkang besar di hadapannya. 
Siap melompat lagi tu.


Aishhhh, buta warna je ke orang tu?




Kat pasar malam pula selalunya, ada ejen yang akan hantar
peminta-peminta sedekah ni mintak sedekah, jadi hamba. Lagi
kesian sebab 'hamba'hamba' itu majoritinya kudung sebelah kaki
atau kudung kedua-dua belah kaki. Menyelit / meniarap di tengah-
tengah sesak orang ramai di pasar malam.



Dapat duit, bukan hak mereka,
tetapi 100% hak ejen mereka.




................


..................



Kita memang mudah rasa simpati, tetapi bila senario-senario seperti
ini berlaku dan smeakin menjadi-jadi sekarang ni, sedikit sebanyak
pasti simpati kita tu akan tercemar dengan keraguan.


"Orang miskin tu betul ke miskin?"


"Orang buta tu betul ke buta?"


"Orang cacat ni kalau aku derma, bukan dia yang dapat, tapi
ejen dia yang dapat..."


"Betul ke orang ni mintak derma untuk sekolah agama,
atau ni semua tipu je??"


Kan? Bermacam-macam persoalan yang timbul. Tapi, setiap persoalan
pasti ada penyelesaiannya. Ada ustaz bagitau,


"Kalau nak derma, niatlah dengan ikhlas untuk bantu orang itu,
selebihnya macam mana orang tu gunakan duit derma kita tu,
sama ada betul atau tidak, itu urusan mereka dengan Allah SWT"


:) jadi, dermalah dengan ikhlas.

Sekian , terima kasih sudi baca entry ini ya (n_n)



7 comments:

Anonymous said...

samalah atien. atien kalau pergi dekat sek2 shah alam tu selalu kena serang dengan orang2 yang macam tu. budak2 pun ada. nak tak nak kasi jugak, sebab kesian. Huu

Zaza Iman said...

kerap juga terjumpa..kdg2 kt kaki lima pun ada...

Mie Hishamuddin said...

kesian bila kita tengok tapi bila jadi macam nie selalu rasa serba salah nak bagi ke tak..yela, takut kena tipu...xpasal2 orang yang betul2 susah pun kena tempias..xpatut!

Judh said...

tak boleh tgk org mintak duit kat tp2 kaki 5 tuuu . . nak nangis -,-

Unknown said...

hahaha orang buta lompat longkang tak bolh bla :p..tapi Naru mmng setuju ngn Lynn..Naru paling tak suke kalau tgh mkn orng datng mntk derme huhu..naru nak cari duit mkn pon ssh kne keje ni kan pulak nk bg derme kat orng yng belum tntu bute ke tak huhu..dah la jual tisu rm1 =_=`..beli kt lua baru rm0.20

owner said...

cik atien : haa yup2, fodd court sksyen 2 ! sedih okay tgk dak2 tu dtg, tp entahlah dh ramai sgt..hmm


zaza : kesian kan :(



Mie : agreed with u :( yg betul2 susah la yg kesian... :(

owner said...

Rokiah : same lah kite~~ :'(


Naru : haha tu citer sebenar kwn sy, geram sgguh katenye~~ :p haa tau xpe, tisu mahal kott :p hehe