Senyum. :) Sebuah garis lengkung yang melembutkan sesiapa yang
memandangnya.
Masyarakat kini semakin ghairah menaiktaraf status sosial dan kehidupan
masing-masing. Waktu seharian mereka dipenuhi dengan pelbagai kerja dan
tugasan semata-mata untuk memenuhi matlamat mereka itu. Kerja dan tugasan
pula seringkali datang seiring dengan tekanan dan masalah bila ia tidak dapat
disempurnakan atas sebab-sebab tertentu. Hasilnya, masyarakat sekarang lebih
ramai yang bermasam muka sesama sendiri dan payahnya nak senyum.
Macam mana nak senyum walaupun sedang banyak masalah?
Hidup kita ni kalau tiada masalah, bukan kehidupan namanya. Hidup kalau
mendatar, tidak mencabar namanya. Jadi, janganlah merungut bila ditimpa
masalah. Mungkin itu takdir ataupun cabaran untuk anda melangkah lebih jauh
lagi lepas ini. Siapa tahu kan? Bila kita didatangi masalah, salah satu cara untuk
mengurangkan tekanan, adalah dengan 'bermesra' dengan masalah itu. Bila kita
tidak dapat menolak sesuatu yang kita tidak suka, kita harus menerimanya
saja. Barulah diri rasa tenang kan? Sekurang-kurangnya, bila kita mesra dengan
masalah atau cabaran itu, kita akan dapat memahami dan mendalami punca
sebenar masalah kita tu. Barulah mudah untuk kita menyelesaikannya. Ingat,
bukan lari dari masalah ye :)
"Kenapa kena senyum? Aku tengah ada masalah ni, orang lain tahu apa?"
Ramai yang terlalu susah nak senyum bila dalam keadaan bad mood atau
pun sedang mengalami masalah. Tapi, jika ada yang datang kepada kita
dan menegur kita dengan baik dan ceria, haruslah kita membalasnya dengan
baik juga. Jangan kecilkan hati mereka hanya kerana masalah anda itu. Senyum
dah memadai, biarpun ia nampak plastik, tapi ada baiknya daripada anda buat
muka ketat ketika berbual dengannya. Anda sendiri pasti tidak suka kalau anda
menegur seseorang dengan cara baik, tiba-tiba dilayan dengan kasar pula kan?
Kenapa nak kena senyum jugak?
Setiap daripada kita merupakan kunci kegembiraan untuk seseorang. Jadi,
kalau kita tersenyum selalu, tidakkah seseorang itu juga akan turut tersenyum? :)
Senyuman mempunyai kuasa luar biasa yang membuatkan anda mempunyai
ramai kawan ! Senyuman mampu membuatkan raut wajah kita lebih relaks,
tenang dan mampu menyerlahkan daya penarik diri kita. Jangan tidak tahu,
ramai yang jatuh cinta hanya kerana seukir senyuman ;)
Jadi, nak senyum tak sekarang ni?
Senyumlah......
dan sebarkan lah senyuman anda....
kepada semuaaaaanya ! (n_n)
Rakyat Malaysia takdelah malas sangat kan sampai perlu diadakan kempen
senyum? ;)
6 comments:
akak, entry akak yang nihh cukup sesuai ngan keadaan fatin sekarang.
jenguk sini http://fatieynahsengalsenget.blogspot.com/2012/02/insyaallah-ill-walks-alone-with-my-own.html
terima kasih akak :')
fatinah : eh dear, yeke..okay akak baca jap ea :)
senyumm :)
senyum tu pun awek muda hehe
zaza : betul tuu (n_n)~
Suka lagu nie:-
senyum seindah suria
yg mbawa cahya
senyum la dr hati
dunia mu beseri...
senyum..senyum lah seikhlas hati =)
aini : eh lagu apa tu ye, rse mcm ingat tp lupa dah cmne, haha :D
Post a Comment