Happy Three Friends

Miss Money

Thursday 2 February 2012

Mari Buat Kotak Comel Penghias Tombol Pintu

Assalamualaikum and hi readers. Kebelakangan ni aku takde idea nak
update blog. Masa-masa aku dihabiskan dengan aktiviti-aktiviti yang
berfaedah seperti online, main mesej, kacau kucing, tengok hari hujan
dan sebagainya lagi yang sangat berfaedah. Jadi, hari ni aku teringin pulak
buat aktiviti yang tak berfaedah.

Tengok tajuk entry ni, haa nak buat tak?
Kalau nak, pergi selongkar kat setor rumah or rumah jiran dan pastikan
anda kembali ke hadapan skrin komputer anda dengan berbekalkan :

Sebuah kotak (handmade atau kotak apa-apa je lah yang ada)
dan pastikan ia comel :p

Alat tulis, kat sini aku guna marker pen sebab nak cepat siap..hahaha

Dan tali-talian untuk menggantung kotak comel itu bila dah siap nanti


Cara-caranya :

1. Lukis kotak itu dengan sepenuh hati mengikut kreativiti anda
2. Kemudian, tebuk dua lubang guna mata jarum pada bahagian atas 
kotak comel secara bersebelahan dan masukkan tali/benang guna
jarum (macam menjahit) lalukan kat kedua-dua lubang tu, dah dapat
dua-dua hujung benang tu, sila ikat ketat-ketat.
3. Gantung kan di tombol pintu



Ini yang aku buat tadi :

Ok, tahniah kepada korang yang sudah pun memiliki kotak comel penghias
tombol pintu pada akhir entry ini. Hehehe...anda memang berbakat :p

Terima kasih baca entry ni ya (n_n)



6 comments:

Anonymous said...

hahaha..kreatif!!

owner said...

ezad : thank Q encik minda kronik :p haha

Anonymous said...

kreatif lah. hahaha. nanti nak try bt juga :P

CikTeddyCorner said...

muahaha..omey!

amy syifa said...

comey jeh.. =)

owner said...

fyfy : haha jgn lupa buat tau :p hihi

Cik teddy : haha thank Q (n_n)

Amy : thank Q juga (n_n)