Happy Three Friends

Miss Money

Sunday 5 February 2012

Blogger Tak Puas Hati dengan Blogger ?


Assalamualaikum and hi readers. Straight to the point, dalam minggu ni aku
blogwalking, banyak kali aku ternampak entry yang meluahkan ketidakpuasan
hati terhadap blogger lain. Antara yang popular sangat diperkatakan ialah gaya
penulisan dan isi kandungan entry. Kalau yang menegur secara baik, memberi
nasihat, aku tak kisah tapi yang tak bestnya bila ada yang guna bahasa kasar.
Blogger sesama blogger kan, janganlah macam tu, korang kena faham 2 benda :

1. Gaya penulisan bergantung kepada
umur owner blog itu

Simple. Biasanya, yang tulis titew titew tu mesti pemilik blog itu masih muda
dan umurnya dalam lingkungan 12- 18 tahun. Mereka ni masih kurang matang
(cheh, macam aku dah matang sangat je) dan masih nak manja-manja lagi.
Tahniah kepada blogger muda yang menggunakan bahasa yang 'normal' sebab
anda dah menunjukkan kematangan anda di situ :) 

Tapi, ada jugak yang dah tua bangka menggunakan bahasa titew titew tu.
Segera klik button X bila anda TERmasuk blog yang macam tu sebelum
anda sakit hati, dan BW ke blog lain pula. Simple. 
Tak perlu marah-marah kan? :) Lagi satu, ia berkait rapat dengan usia dan
cara pemikiran seseorang. Blog aku masa awal-awal dulu memang penuh
dengan entry mencarut. Tapi, sekarang ni bila aku dah makin matang dan
usia pun dah makin err naik sikit..automatik gaya penulisan aku akan berubah
seiring dengan kematangan. :)



2. Isi kandungan entry bergantung kepada
tujuan owner blog itu membuat blog


Okay, sebelum anda bengang, sebelum anda marah, sebelum anda
sakit hati, sebelum anda mengata blogger lain tak tentu pasal, baik anda
tengok apa tujuan owner blog itu buat blog. Ada banyak kategori dan
sebab untuk seseorang itu membuat blog. Ada yang memang buat blog
untuk menyebarkan ilmu dan info, ada yang buat blog untuk bisnes, ada
yang buat blog untuk berkongsi pengalaman, malah ada yang buat blog untuk
meluahkan perasaan personalnya macam diari.

Jadi, hanya sebab blog anda blog yang berinformasi terkini dan berguna,
tak bermaksud anda boleh memaksa mereka menulis seperti anda. Jika
owner blog itu buat blog sekadar suka-suka dan hanya ingin berkongsi
perasaanya hari-hari, memang betullah entry yang dia buat tu, dia cerita
dia ke sana-ke mari, hari semalam dia buat apa, hari ini dia buat apa,
hari esok apa yang dia akan buat. Something personal, something yang
macam diari. Anda takde hak sebenarnya nak tegur, bila tujuan diorang buat
blog memang untuk berkongsi dan menceritakan benda-benda macam tu. 

Lagi satu, anda sibuk-sibukkan mengata blogger-blogger macam ni
susah nak naikkan traffic. Aku nak terangkan kat sini, TIDAK SEMUA
blogger buat blog hanya untuk naikkan traffic, hanya untuk dapatkan
follower semata-mata. Aku pernah jugak blogwalking kat blog-blog yang
more into personal diary, memang entry-entry semua cerita pasal dia
dan hidup dia, nampak macam boring tapi bila aku tengok komen banyak
jugak. Follower ramai? Tidak, follower dia sikit je, tak lebih 50 orang :)
See? Dia tidak kisah pasal orang yang tak nak baca blog dia, dia tetap
terus menulis kisah-kisah hidup dia dan mengumpulkan orang-orang yang
betul-betul suka dan mengikuti kisah hidup dia :)

Jadi, chill-lah (n_n) Kita sama-sama dalam dunia blog, ada sebab mengapa
blog tu macam tu, mengapa blog ni macam ni, takkan nak semua sama?
Boringkan? Dan takkan nak takde beza? Nanti buat award untuk blog
terbaik, susahlahh juri nak cari pemenang (n_@) 

Tak suka blog aku? Takpe, aku tak kisah, sila klik button X okay :)
Kalau setuju, sila tinggalkan jejak. Terima kasih sudi baca (n_n)

Blogging is Simple. You hate, you leave.
You like, you stay.







13 comments:

NorFarahin@aien said...

xmo gaduh2
xbek tw...
enjoy berblogging yaa
:D

aimanfiez said...

btol2.. biarlah mereka nak tulis apa.. yang penting mereka kena perbaiki mutu penulisan.. entry akak dah ok.. akak bolehla share ape yg saye tulis ni kat blog akak.. hehe

http://www.hafizaiman95.com/2012/02/kesalahan-yang-lazim-dilakukan-blogger.html

akuamir said...

haha,, kite setuju ngan kandungan tuh,, klo dye bisnen\s ke,, info terkini,, sharing ilmu, diari, terpulanglah..

tapi kite ta suke klo orang tuh bergosip panas yang macam mencari gado,, -_-

follow sini keyh..

akuamir said...

maksudku,, dah follow,,mehehe

Anonymous said...

haha..nice..

blog ada dua jenis..
blog perkongsian dan peribadi.
blog pkongsian lebih kpd info2,bisnez,isu semasa,pemikiran..
blog peribadi lebih kpd ttg diri si penulis tu,hidup dia..

jd x salah kalo blog peribadi nk tulis pakai hbs zombie sekali pun..kalau tak suka,tekan je pangkah..kan?

lain la blog2 info,isu semasa,ilmiah..kalau pkai tulisan pelik2 tu mmg x sesuai sgt la..kan?

konklusi nya,klik dgn bijak.anda mampu mengubahnya..ekekeke

Nong Andy said...

Salam tuan tanah...

betul.. kalau menyampah tekan je butang X

:)

* kena rajinkan diri tgk apa hidangan yg ada dlm blog ni :)

owner said...

Tq semua yg sudi komen, blog korang akan disinggah oleh sy jap g (n_n) hehe

Zaza Iman said...

zaza suka la dgn info ni..thanks damia :)

owner said...

zaza : hehe terima kasih za~ (n_n)

Zaza Iman said...

damia,awk ada emel.bg kt zaza.nti zaza bgthu kt mn bhn mentah tu ya..

anys nadhilah said...

a'ah .. setuju ,. . saya ni matang ke idak ? haha , nak titew2 gak boleh ? huhu .. buat per la kita nak musuh2 kan ? hehe

btw i'm new here , alang2 dah masuk ,terus follow je .. huhu ^_^ selamat berkenalan :)

owner said...

Anyss : haha betul tu, xbaik dengki sesama blogger :) tQ akan terjah blog kamu jap lg hehe (n_n)

Unknown said...

bersepah blogger yg tak puas ati ngan blogger lain.. tp banyak gak yang tak ambek port pun :)