Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Saturday, 12 November 2011

Mari Berangan Tentang Khawin (Hahaha)

Assalamualaikum readers. Ramai betul orang yang melangsungkan perkhawinan
hari ni kan? Dekat Indonesia je dah dekat 1000 orang khawin hari ni. Semuanya
disebabkan obses sangat dengan tarikh hari ini yang kononnya cantik dan unik.

11 November 2011.....emm tak nampak cantik kalau tulis camni...
oklah kita tulis camni :

11.11.11

Cantik? Entah pada aku biasa je, takdelah unik mana pon. Mungkin sebab aku
tak suka subjek kira-kira dan tak suka melihat nombor/angka, so aku tak feel
apa-apa bila tengok tarikh yang ditunggu-tunggu ni kot? Ahhh lantak lah, yang
penting ia hanya sekadar nombor. Bukan boleh dimakan pon....(-_-') So, semua
orang sibuk khawin hari ni, aku pon nak berangan jugak lah kan. Hahaha (ala, 
harap entry ni akan invisible daripada mata my sweetheart, nt dia cakap aku 
demand pulak...:p) hihihi...

So, the first thing ialah cincin khawin aku. Nak yang warna silver, contoh macam ni:

Amboi bagi contoh nak yang mahal aje (-_-') hahaha, tapi cantiknya cincin ni kan?
Kan? Kan? Yang perempuan tolong jangan nafikan, aku tau korang pon kalau leh
nak yang macam ni tapi nak yang batu besar-besar lagi kan? Hahaha, aku nak yang
simple je macam ni, simple ke? (-_-') Comel tau, batu dia bentuk love, warna pink
lagi. Dan aku lagi prefer barang silver/white gold daripada emas perang tu. Hehe...

Dress pula aku nak pakai gaun, tapi aku taknak gaun yang keras je macam ni :

Kaku kan? Macam gaun mati je..err gaun hidup ke (-_-') tak kisah lah tapi aku
lagi suka gaun yang macam niiiiii...... (n_n) hehehe

Bahagian bawah gaun tu lembut je, nampak lah 'hidup'. Cantikkan? Tapi nanti aku
khawin pakai tudung dengan gaun ni okay tak? Haishhh kena lah cari mak andam
yang pandai 'cantikkan' aku ni..haha  >(n_n)<  !! <--- ecxited tiba2

Okay, wedding cake !!!!! Aku nak kek yang simple-simple je macam ni TAPI,
nak yang ada bunga-bunga rose macam ni, hehehe :p

 owhhhh my Heart~~~sedapnyaaaa!! nak makan bunga coklat tuuu !!!

Ni pon style gak, ada bunga dan coklat2 sikit, nyummmm~nyummmm.....Dan
err lagi satu kan,  kek tu nak yang bentuk love boleh tak? (@_@)


Wedding concept aku pulak aku suka kalau buat dekat tempat yang luas, open
supaya aku boleh tengok pemandangan sekeliling yang cantik (nak hilangkan 
nervous konon) dan ada bermain dengan ruang. Contohnya macam ni :
Sorry pic ni agak blur~~~
Haa...lepas tu, nak ada banyak roses macam ni. Hehe bestnya ! (n_n)

Oklah, ada lagi ke ek? Heels? Em, aku prefer heels yang simple-simple je dan
takdelah sampai 5, 6 inchi bagai, kang tersungkur pulak. Hahaha~ Okaylah itu
je cerita tentang angan-angan wedding aku. Thank Q readers sudi baca ya :) !

No comments: