Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday 1 November 2011

Adik kita pecah 26 buah rumah jiran !!

Assalamualaikum readers. Ada dengar pasal berita ni? Atau korang
tak baca paper dan tak nak ambil tahu pasal keadaan sekeliling ni?
Sedarlah, tolong ambil tahu. Sekarang ni, budak darjah satu pun dah
pandai pecah rumah. Bukan mencuri beb, pecah rumah tau ! Ini memang
serius ! Bayangkan baru darjah satu dah macam tu, bila besar nanti
apa akan jadi? Tak mustahil untuk mereka terlibat dalam aktiviti jenayah
yang lagi besar kan? 

Penjenayah ni baya adik-adik kita beb, baya
anak-anak kita je, baru umur setahun jagung. Tersangat-sangat muda.
Baru berumur 7-8 tahun dah pandai buat kerja-kerja macam ni, nak
salahkan siapa?? Nak salahkan sekolah? Takkan kot sebab diorang
baru nak masuk sekolah rendah. 

So, pada pendapat aku dalam hal ni
ialah salah ibu bapa mereka. Pendidikan awal mereka macam mana?
Ibu bapa mereka didik mereka baik-baik atau tidak? Kalau setakat
nak bagi alasan mereka sibuk bekerja dan tiada masa untuk bagi
perhatian kat anak-anak, baik tak payah khawin sebab tak boleh
nak beri komitmen yang serius kat keluarga. Nak bagi alasan yang
persekitaran kediaman mempengaruhi?? Ini tak akan terjadi kalau
ibu bapa pandai memainkan peranan di rumah, bersama dengan
anak-anak di rumah. 

Aku nak salahkan budak-budak tu pon tak
boleh juga, kita faham mereka budak-budak, mereka tak tahu apa
yang baik dan buruk dan di situlah ibu bapa sepatutnya memberi
pendidikan yang sewajarnya. Aku tekankan kat sini ialah pendidikan
awal iaitu bermula daripada anak-anak itu lahir sehinggalah sebelum
mereka memasuki alam persekolahan. Aku sedih bila kenangkan
hal ni. Tapi alhamdulilah, kegiatan mereka ni berjaya dikesan.
Setiap yang berlaku ada hikmah dan kita doakan kanak-kanak
ini akan berubah kepada yang lebih baik. 
Amin.

No comments: