Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Wednesday, 16 November 2011

Pemandu Kereta Bawak Macam Sial, Penunggang Motosikal Dilabel Mat Rempit !

Assalamualaikum readers. Semalam aku dengan my sweetheart hampir nak
berlanggar dengan sebuah kereta depan pagar besar U kitorang. Bodoh punya
kereta, kalau pakwe aku time tu bawak laju sikit, dah memang berlanggar
dengan kereta kau tu tauuu ! Okay, flash back ceritanya macam ni. 

Imagine simpang empat yang sangat bz, banyak kereta dan semuanya bawak
macam haram. Gate U aku di arah bertentangan dengan motor kitorang time
tu, kiranya kalau lampu hijau, kitorang terus jelah, bukan belok kiri or kanan.
So, after lampu hijau, pakwe aku pon jalan lah terus, kelajuan normal, tak laju
tak slow, yelah sebab nak masuk gate kan. Laju kang kena tahan pulak dgn
pak guard. Tengah ondaway nak jejak je kat gate tu, dari belah kiri datang
masuk seekor baa.....sorry sebuah kereta masuk potong kitorang dengan laju
dan durjananya !! Nasib baik pakwe aku still boleh elak dan tak bawak laju
masa tu, kalau tak??? Takdelah aku boleh menaip blog sekarang ni kannnn?

So, apekah??? Pemandu kereta ni ramai sangat yang tak boleh bersabar ke?
ko bawak kereta, safety kau terjamin sikit daripada yang bawak motor ni,
terlanggar or tergesel sikit je dah boleh maut woi. So, jangan lah bunuh orang
lain. Aku dah berapa kali dah kena macam ni. Alhamdulillah selamat lagi.

Aku tak bercakap pasal mat rempit sebab diorang memang jahanam !
Tapi, aku nak membela penunggang-penunggang motosikal yang contohnya
berstatus ayah korang, pakcik-pakcik tua yang tak mampu nak beli kereta
besau lagi hebat macam korang, dengan motor itulah mereka bawak untuk
pergi bekerja, untuk mencari rezeki untuk menyara keluarga mereka kat rumah,
datang korang bawak kereta laju-laju, pecut selaju mungkin then kalau
excident kau yang mati xpe, ini nak excident turut babitkan orang lain yang
drive dengan berhemah. Lagi sakit hati kalau yang dilanggar tu mati, tapi
yang salah bawak laju-laju tu hidup sihat walafiat pulak kan.

Aku tak suka bila dengar orang cakap macam ni bila ada excident yang
melibatkan kenderaan lain dengan motosikal. Majoriti akan cakap camni :

"Heh ini mesti mat rempit lah ni"
"Ini mesti merempit ni, bawak laju..kan dahhh"

Weyhhhh, tak semua penunggang motosikal itu mat rempit dan pelesit okayy.
Kadang-kadang, diorang excident ni sebab kesalahan korang-korang yang
memandu kereta secara berbahaya tauu?? So, jangan prejudis bila ada orang
bawak motor excident, cakap macam tu. Hishh...

No comments: