Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Monday, 7 November 2011

Kanak-kanak lebih penting daripada remaja

Assalamualaikum readers. Boleh tak kalau aku nak cakap yang zaman
sekarang ni bukan remaja lagi yang menjadi pewaris bangsa, bukan remaja
lagi yang menjadi pelapis negara. Bukan remaja, sebab aku tengok
kebanyakan remaja zaman sekarang yang dah rosak. Dah tak bermoral.
Aku hanya nak bercakap pasal mereka yang tak baik saja, yang mana
baik, tahniah kepada anda sebab tidak menyumbang kepada masalah
gejala sosial. Yup, aku pernah dengar dalam satu magazine ni, ada satu
ayat berbunyi "semakin maju sesebuah negara, semakin banyak gejala
sosial yang bakal dihadapi". Malaysia sedang menuju untuk menjadi negara
maju kan? Jadi, banyaklah kes-kes gejala sosial yang terpaksa kita hadapi.
Tak payah pura-pura terkejut, semua ni sedang kita hadapi. Tengok jelah
dalam paper, dalam berita, tak habis-habis isu gejala sosial, dan kali ni aku
nak bercakap mengenai remaja zaman sekarang.

Tengok remaja-remaja sekolah menengah yang berlagak ala-ala dewasa.
Berbulu tak? Yelah, balik sekolah duk melepak tepi-tepi jalan, kacau orang
sana-sini, ushar awek macam kau dah besarrr sangat. Tak cukup dengan itu,
smoking dengan bangganya. Bukti kejantanan konon, smoking untuk nampak
lebih macho dan cool. Lepas itu, biadap pulak tu, tak reti nak hormat orang-
orang yang lagi tua. Kalau naik bas itu, yang duk belakang itu semua geng dia,
haa memang ngam lah jadi geng bas sekolah yang tek berapa nak matang
sangat tu. Duk terpekik terlolong, bersembang macam nak suruh satu bas tu
dengar, cerita kalau pasal akademik ke, pasal agama ke tak pe jugak. Ini hal
18SX. Bercakap macam kau dah above 18 kan. Orang macam ni, hidup
memang tak berpandangan jauh, yelah balik sekolah melepak, tak de hala tuju.

Itu satu hal, yang duk merempit tak tentu pasal ni pun susah jugak. Tau nak
enjoy je, mati menyusahkan orang.Yang minahnya pun satu hal. Aku bukan nak
menyibuk hal korang, aku takde masa. Tapi fikirlah kan, dah banyak kali aku
dengar pengalaman awek-awek rempit ni yang bila kemalangan ke, ada serbuan
polis ke, bertempiaran lari si mat-mat rempit ni tinggalkan aweknya. Macam tu
 ke pakwe yang korang nak? 

Lepas merempit, hal dadah pulak. Ini pun satu, hisap dadah banyak-banyak
sampai ketagih, masuk pusat pemulihan kalau keluar nanti berubah takpe jugak,
ini sama je, bila dah sembuh hisap dadah lagi, pastu masuk lagi pusat pemulihan.
Hidup asyik keluar masuk keluar masuk pusat pemulihan je lah. Apa kau ingat
kau Lindsay Lohan? Duit kau duduk kat dalam tu semua rakyat yang tanggung
tau. Mak ayah aku yang takde kena-mengena dengan kau pun kena tanggung
kau jugak. Eh, membazir je tau kalau kau keluar kau hisap lagi menatang
haram tu. Baik kau mati je lagi bagus. Menyusahkan orang. Sampah masyarakat.

Banyak lagi masalah gejala sosial yang berlaku dalam negara kita sekarang ni.
Kita nak sangat kejar kemajuan buat apa kalau yang ada ni pun belum cukup
maju. Otak-otak manusia yang hidup dalam Malaysia ni banyak lagi yang mundur.
Sebab tu aku cakap kanak-kanak lebih penting daripada remaja. Remaja zaman
sekarang ni bukan macam remaja zaman dulu, sekarang bila usia dah meningkat
remaja, otak tu jadi besi (bukan batu lagi dah) tak boleh nak terima pakai
nasihat orang, hati tu dah macam kena celup dalam tar yang hitam likat pekat tu.
Dah macam tak boleh nak dibersihkan lagi, tak nak dengar cakap, tak nak
jadi baik. Atleast, kalau kita nasihat kat kanak-kanak, mereka akan ikut apa
yang kita suruh. Senang sikit di ajar daripada ajar remaja yang kurang ajar kan?



No comments: