Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Thursday, 24 November 2011

Siapa Kata Orang Single Tak Boleh Dating??

Assalamualaikum readers. Haa, selalu aku dengar kawan-kawan aku yang
 berstatus single cakap macam ni,

"Aku takde pakwe, mana boleh dating.."

Hey come on babe, kau tau tak, sebab itu lah kau boleh date dengan
mana-mana lelaki pon sebab kau takde pakwe. Jadi, siapa pon takkan
halang atau marah korang kalau korang dating dengan sesiapa pon atau
nak lagi gempak dating dengan beberapa orang lelaki sekali gus kannn..
It goes same on guys yang single jugak, kau boleh date dengan sesiapa je
yang kau nak, kalau perempuan tu nak lah kan. So, takde siapa marah.

Ha ! Tapi ini bukan alasan untuk korang berdating pulak dengan pakwe/
makwe/suami/isteri orang. Nak kena pelangkung lerrr tu. Agak-agak lah
kalau dah nak berdating sangat kan.

Tak, maksud aku kat sini, stop-stop lah cakap dialog kat atau tu, hehe...
Ini kira kelebihan orang-orang yang berstatus single lah, memang mereka
tak boleh dating sebab takde pasangan tetapi, haa mereka ni boleh je
dating dengan sesiapa tanpa perlu ada rasa bersalah sebab dorang takde
pasangan dan tak perlu lagi menjaga hati pasangan.

Cuma daripada dulu lagi sampai lah sekarang, yang dah ada pasangan tu
pon nak jugak dating dengan seramai-ramai skandal yang dia ada. Apa
masalah entah..susah sangat ke nak setia pada yang satu? Kalau susah,
itu tandanya anda gedik. Ye lah, kau dah ada makwe tapi still nak ayat
awek-awek hot lain, yang awek pon boleh tahan jugak dah ada pakwe
pon still kau nak menggedik-gedik dengan lelaki lain macam dah gatal
sangat. MOTIFFFF~~~~

2 comments:

Teare Azlan said...

betol2 . org single la bebas nak kuar ngan sesape je yg dorg nak . nak gi memane sume best . sbb takde pakwe/makwe yg halang and dorg takde nak jage hati sesape . heee .

owner : Lynn said...

teare : yup, tp lg best bile ade pakwe/makwe sbb pegi mane2 confirm akan ade org teman, xlonely sgt..hehe