Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Monday, 14 November 2011

Anugerah Tuhan

Aku perasan something pada diri aku sekarang ni. Lepas aku dah break
kejap daripada tengok movie-movie yang ngeri dan kejam, aku rasa hati
aku dah mula lembut semula. Aku rasa hati aku lembut sangat dan aku
senang je menangis bila teringatkan orang-orang yang aku sayang. Hati
aku cepat je jadi sayu bila aku terkenangkan something yang sedih dan
terharu. Cepat je aku menangis bila aku terbayangkan something yang
buruk yang boleh terjadi bila-bila masa atas kehendak-Nya.

Aku senang
rasa takut, rasa curiga dan aku akan sentiasa fikir pasal itu. Aku selalu
menangis, kadang-kadang sampai aku teresak-esak. Hati aku jadi sedih
sangat. Lebih-lebih lagi, bila aku terfikirkan soal kehilangan. Memang
mudah je, air mata aku jatuh. Hati aku sebak sangat. Bersungguh-sungguh
aku berdoa semoga semua itu dijauhkan daripada keluargaku dan dirinya.
Aku tak sanggup kalau mereka ditimpa kesusahan, aku rela aku yang susah
daripada melihat orang-orang yang aku sayang susah. Aku tak sanggup
nak tengok orang-orang yang aku sayang sakit, aku rela berkongsi atau
ambil saja semua kesakitan itu. Biar hanya aku yang rasa, biar aku saja
yang tanggung kesakitan itu. Sebab aku tak sanggup nak tengok orang
yang aku sayang sakit.

Bersungguh-sungguh aku berdoa agar Tuhan
memberi peluang lebih lama dan lama lagi untuk kami terus berkasih
sayang, sebab aku tak pernah jemu, aku tak pernah rasa bosan sebab
aku betul-betul sayang. Aku tak nak sekalipon orang-orang yang aku
sayang terluka. Aku nak jaga mereka, aku nak lindungi mereka, aku nak
jadi penjaga mereka. Aku tak nak sesiapa pon sentuh dan sakitkan mereka.
Hadapi aku dulu sampai aku mati, aku sanggup demi mempertahankan
orang-orang yang aku sayang.

Aku sangat sayangkan mereka semua.
Aku sangat mementingkan mereka dan aku sanggup lakukan apa saja
untuk mereka. Aku tak nak menyesal bila kehilangan mereka. Sekurang-
kurangnya, aku dah berikan yang terbaik sepanjang hidupnya. Dan
untuk kekasih hati ku, anda adalah anugerah Tuhan untuk aku. Dan
aku akan jaga anda sebaik mungkin. Itu amanah untuk aku. Semoga
kau dan aku akan disatukan suatu hari nanti. Amin~

(saya sayang awak sweetheart)

2 comments:

Saiazuan said...

truskn brdoa :)

owner : Lynn said...

saiazuan : terima kasih.. :)