Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Tuesday, 8 November 2011

Nasihat Untuk Adik

Aku tak tahulah adik aku baca ke tak blog ni. Tapi, aku terpaksa juga
luahkan kat dalam blog aku ni. Aku sayangkan family aku. Aku sayang
mak ayah aku, aku sayang adik aku. Tapi, kadang-kadang aku penat.
Kadang-kadang aku rasa tak nak balik rumah, biar aku tak tahu apa
masalah dalam rumah ni. Tapi aku kesian dekat mak ayah aku kat rumah.

Adik aku, aku tak tahulah apsal sekarang ni dia macam dah makin teruk.
Aku faham, usia dia baru nak masuk remaja, darah tengah panas, asyik nak
melawan je, tapi aku sedih tengok. Hubungan ayah dengan adik aku memang
tak rapat. Tadi lepas makan malam, kitorang satu family tengah tengok tv.
Abah aku tanya adik aku, ada pasal borang-borang yang kena siapkan untuk
adik aku masuk U minggu depan. Abah tanya lembut-lembut, ada lagi tak
dokumen yang perlukan cop pengesahan. Masa tu, memang aku cakap betul,
hati aku tersentuh sebab abah aku amik berat pasal adik aku. Tapi tiba-tiba hati
aku terus tersentap bila adik aku jawab takde dengan nada yang keras, macam
nak tak nak je jawab. Spontan abah aku cakap, cuba jangan nak marah je
jawab tu, susah betul !

Aku masa tu dah diam, buat-buat tengok tv. Aku sedih. Aku rasa nak masuk
bilik je masa tu dan menangis. Adik, kenapa buat abah macam tu? Tak nampak
ke yang abah cuba nak ambil berat pasal kau? Tak dengar ke abah dah tanya
lembut-lembut tadi? Kenapa nak kena jawab macam tu? Tak baik tau. Aku nak
je nasihatkan dia tadi, tapi aku dah penat. Dah banyak kali sebelum ni, aku tegur
dia yang tak hormat mak abah kitorang, tapi tetap dia melawan. Tetap dia
 menjawab. Aku bukan kakak yang reti marah. Aku tak sanggup nak tegur kau.
Hati aku ni lembut sangat, aku tak sanggup nak dengar kau melawan cakap aku
sebab kalau tak ikutkan sabar, tangan aku yang berjalan nanti. Tapi aku tahan.

Adik, kau mintak macam-macam dengan abah dengan mama, tapi kau ada
ikut tak cakap diorang? Kau marah, diorang tak tunaikan permintaan kau, 
nak itu ini,  mintak macam-macam, tapi ada kau senangkan hati mak abah?
Ada kau belajar bersungguh-sungguh? Ada kau cuba kurangkan waktu tengok
tv dan buat revision? Ada? Sekurang-kurangnya, lepas kau mintak macam-
macam dengan abah, dengan mama, kau bagi keputusan SPM yang bagus.
Bukannya tahu nak naik angin je kalau tak dapat apa yang kau mintak tu.
Abah nampak je diam, tapi kau tahu tak dik dah berapa banyak kali dia
makan hati sebab kau? Kau asyik melawan cakap dia. Tengoklah macam tadi,
abah tanya baik-baik kau jawab kasar macam tu. Kau ingat bila perangai kau
macam tu, abah senang-senang nak bagi duit kau beli itu- ini?

Adik, kita bukan orang senang tau. Ingat sikit kita ni orang susah. Kau kena
ingat macam mana abah masa dia remaja macam kita. Abah bukan daripada
keluarga yang senang-senang. Abah tau erti kesusahan dan kepayahan mencari duit,
sebab tu abah tak nak bagi kita duit banyak-banyak. Abah tak nak kita ni lalai,
lupa bila kita hidup senang. Abah nak kita rasa susah dulu sebelum senang tau.
Kau tak ingat ke, masa mula-mula kita berniaga dulu. Abah jual ice blended je.
Untung kita sehari tak sampai RM50 tau. Kadang-kadang berbelas ringgit je.
Lakunya cuma 5, 6 cawan ice blended je. Lepas tu, mama buat kacang goreng,
hantar ke kedai-kedai, letak kat gerai kita kat pasar malam. Takda orang pun
beli kacang goreng tu. Aku sedih tau bila ingat semua ni, jangan cakap kau dah
lupakan semua pengorbanan mak abah ni. Kacang goreng yang mak hantar kat
kedai tu, bukan semua kedai bayar balik, ada jugak 2, 3 kedai yang tangguh
bayar, sampai hari ni tak bayar. 

Hari tu, aku kat U, aku dapat mesej daripada mama. Mama cakap kesian
mama dengan abah cari rezeki, hujan ribut...doakan mama murah rezeki.
Kau tau tak aku kat U masa tu, jauh daripada mak abah, kau tau tak apa
aku rasa masa tu dik? Aku rasa nak balik rumah time tu jugak nak tolong mak
abah niaga. Aku terus bergenang air mata aku masa tu. Kau ada kat rumah buat
apa? Sekurang-kurangnya tolonglah berniaga, tolong mak abah cari duit nak
tunaikan permintaan kau tu. Kau suka berlagak macam orang kaya, dapat duit
terus belanja tak reti nak berjimat. Makan Kfc, makan McD, makan Marrybrown,
western sangat, tak reti makan nasi dah ke? Dengan CooLblog nya. Boleh kalau
nak minum tapi janganlah selalu. Ini kau pantang nampak terus je nak beli. Kalau
cakap tak boleh, terus marah. Kenapa dik?

Aku sedih tau tengok perangai kau. Sedih sangat. Mak abah tu lagilah sedih.
Lagi selalu makan hati sebab diorang lah yang selalu ada dengan kau kat
rumah ni. Kau jangan masa gelak-gelak je kau bercakap dengan abah. Abah
sayang kat kau tau. Cuma abah tak reti nak tunjuk macam mana dia sayang kat
anak-anak dia ni. Adik kau jadilah lelaki sikit, bila hari raya ikut abah pergi solat
hari raya jemaah kat masjid. Ini tidak, tak disuruh tak pergi, kalau disuruh tau
nak menjawab je. Bertanggungjawab sikit. Abah tu sekarang dah diam je bukan
sebab dia dah tak kisah kat kau, tapi sebab dia dah malas. Dah selalu sangat
makan hati. Kau yang buat abah malas nak tegur kau lagi.

Kau sedar tak dik, yang selama ni kau dah banyak buat salah dengan mak abah?
Kau banyak sakitkan hati mak abah. Kau tak dengar cakap diorang, kau melawan
kau menjawab, kau buat tak tahu je bila diorang bagi nasihat. Aku terpaksa tulis
kat sini, supaya kau tahu apa salah kau. Aku cuma harap satu je, balik daripada
Kelantan, aku harap kau berubah lah. Aku selalu doakan kau diberikan petunjuk.
Ingat pesan kakak ni.

4 comments:

Nurul CLumsy Gurl said...

sbar ek... :)

Tiq Hashim said...

I so sad :( Sebab saya jugak seorang kakak macam awak. Huhuhu

owner : Lynn said...

Nurul : time kasih, adik nurul.. :)

owner : Lynn said...

TiQ hashim : Kesian kan kakak2 mcm kita ni..wuwuwu