Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Tuesday, 1 November 2011

Berita Gembira untuk Penggemar Novel

Assalamualaikum readers.Ya, nampaknya pengarah-pengarah filem
tempatan kini telah bertindak kreatif dengan mengadaptasi novel-novel
terkenal untuk dijadikan sebuah filem. Sebagai permulaan, mereka
pertaruhkan Lagenda Budak Setan, sebuah karya hebat dan agung
daripada penulis terkenal Ahadiat Akasyah. Dan kini, mereka muncul
kembali dengan mempertaruhkan sebuah filem yang diadaptasi oleh
sebuah novel yang sangat terkenal suatu ketika dulu yang bertajuk :

Ombak Rindu

Mengisahkan tentang Izzah, seorang gadis kampung yang kehilangan
orang tuanya akibat kemalangan jalan raya dan dijaga oleh Pakcik Taha.
Isteri Pakcik Taha tidak menyenangi kehadiran Izzah dan menuduhnya
membawa bencana kepada keluarganya. Pakcik Taha yang memang
banyak berhutang akhirnya menjual anak saudaranya itu kepada seorang
tauke kelab malam untuk melangsaikan semua hutang-hutangnya.

Bermulalah perkenalan antara Izzah dan Hariz, lelaki yang telah menidurinya
malam itu. Atas rayuan Izzah, Hariz membeli Izzah dengan harga yang tinggi
dan menjadikan Izzah sebagai isterinya tetapi dengan satu syarat; semuanya
harus dirahsiakan.

(Okay itu sedikit sebanyak tentang sinopsis novel ini, aku tak tahu
sejauh mana persamaannya antara plot cerita novel dengan filemnya)

Owh ye, pelakon-pelakon yang menjayakan filem ni pon class jugak tau.
Ada Aoron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani. :)

Dan sekarang, mari kita layan trailer movie ini dan OST nya :


Wahhh nak tengok !!! (>_<)

No comments: