Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Sunday, 20 November 2011

Budak kecik tendang muka kawan dia sampai berdarah depan mata aku !

Assalamualaikum readers. Okay, straight tu the point aku malas nak bagi pape
mukadimah. Tadi dalam jam 8 malam, aku pergi studio dengan my sweetheart
nak buat fashion photography. Props, dress semua aku dah bawak tapi ada gak
yang belum siap sepenuhnya. So, kitorang sampai awal dan kitorang duduk dekat
bawah bangunan tu, dia macam kaki lima rumah kedai yang berderet tu. Kawasan
yang kitorang duduk tu kedai bawah tu tutup, so agak gelap lah dan sunyi. Kitorang
duduk situ sebab nak tiup belon untuk props photoshoot nanti. Aku pulak tengah
buat envelope untuk isi duit bayaran untuk model. So, kitorang buat lah kerja kan.

Tak berapa lama lepas itu, ada satu benda yang aku tak sure, maybe mainan ke
ape entah, macam tercampak daripada hujung kaki lima tu, melintas kat tepi kitorang
sampai hujung belah sini. Daripada tempat kitorang tu, terlindung dengan tiang besar.
So, kitorang tak nampaklah siapa yang lalu dekat kaki lima tu kecuali bila diorang dah
sampai dekat sebelah kitorang baru nampak. Kitorang macam biar je lah, ingatkan tuan
punya barang tu tercampakkan barang tersebut. Then, aku terkejut bila tiba-tiba je
seorang budak kecik maybe dalam 6 or 7 tahun macam tu terjatuh tepi kitorang dan
tengah menangis. Tepi takdelah tepi sangat. Kitorang duduk kat tepi, and kaki lima
tu agak luas, so budak tu jatuh tengah-tengah kaki lima tu. Tapi betul-betul depan
mata aku. Aku macam pelik gak, dari mana pulak budak ni tiba-tiba terjatuh kat sini.
Macam kena tolak ! Then muncul pulak dalam 4 orang budak-budak kecik yang lebih
kurang sebaya dengan budak yang terjatuh tu daripada belakang.

Aku masa tu pandang dengan ekor mata je, budak-budak yang datang tu muka tak
nak macam gengster pulak. Okay imagine sama-sama, budak yang jatuh tadi tu still
terbaring melintang kat kaki lima tu sambil meraung. Kawan-kawan dia yang ketot-
ketot tu tengah lalu kat situ dan DUSHH !.....salah sorang daripada mereka lalu dan
sepak muka budak yang jatuh tu !!! For sure lah tendangan dia tu kuat sebab budak
tu pon terpusing sikit positionnya. Terus aku tersentak dan pandang diorang. Muka
dak-dak ketot tu selamber badak. Then kat belakang sekali ada sorang lagi yang aku
rasa dalam lingkungan 20-an. Aku dah macam-macam rasa time tu, aku renung tajam
tepat dekat mamat tu. Then, aku macam WTF mamat ni bila dia just tarik budak tu
bangun then blah tinggalkan je budak tu meraung sorang-sorang kat situ. Dia berdiri
kat situ sambil menangis pegang pipi dia dan masa dia berjalan slow-slow pergi dari
situ, ada darah mengalir kat mulut dia.
Cuma satu yang aku sangat terkilan....budak kecik tu terjatuh, menangis, muka dia
kena sepak, lepas dia bangun, dia meraung, badan dia mengadap aku, aku tengok
mata budak tu.............. :'( tapi aku tengok je, aku sekadar tengok je.....aku tak buat
apa-apa....sedangkan masa aku pandang mata budak tu, mata dia tepat pandang aku,
dan aku dapat rasa itu bukan pandangan biasa, bukan pandangan kosong, tapi meminta
belas kasihan....aku tau dia mengharapkan aku untuk tolong dia, selamatkan dia tapi aku
tak buat apa-apa.....tersedu-sedu budak kecik tu pandang aku, dan aku tak tahu kenapa
masa tu aku rasa something, aku rasa tersentuh, aku rasa macam-macam...mungkin dia 
harapkan aku datang kat dia, peluk dia dan tenangkan dia, tapi aku tak dapat buat macam
tu, aku tak buat pon dan mesti dia kecewa..... :'( aku tak tahu... :'( Iskk.. hati aku rasa
betul-betul tersentap bila tengok muka dia kena sepak macam tu je...

*Aku tak tahu kejadian sebelum tu, mungkin budak tu buat salah ke apa, tapi kenapa kena
balas dengan sepak dan biar macam tu je? Tendang sampai berdarah, apa besar sangat ke
salah budak tu kalau ye pon dia buat salah? Dan kitorang bukan sengaja tak nak tolong tapi
kawasan tu agak gelap dan sunyi, tak ramai orang lalu, jadi agak bahaya sebab kitorang time
tu banyak gak bawak barang berharga, risau jugak kalau masuk campur, then kitorang pulak
yang kena. Dan lagi satu, aku tak sure mereka adik-beradik, kawan atau pon gengster yang
buli budak kecik tu.

Cuma, adik tu.......maafkan akak ye...akak biarkan adik...sampai berdarah adik kena sepak
tapi akak tak buat apa-apa pon... :'( maafkan akak....semoga adik dilindungi-Nya selalu, amin~~

(patutlah seorang ibu sanggup menggadai nyawanya demi anak-anaknya...hari ni baru aku faham)



5 comments:

cici tembikai said...

=/ bee kenapa ? alahai ni mesti kes buli ni . biasalah budak baru nak up . err semua melayu ek ? selalu kalau anak indon or mynamar mereka main buli je tapi kalau sama melayu ada lah halnya tu =/

btw kalau i jadi you pun i ... tak dpt buat apa2 . bukan tak kesian . first tergamam , kedua dorang ramai . kita ni ? bahaya tau kalau laki ramai2 ni . even ada BF kita pun mana tahu mereka pukul BF kita and rogol kita T-T okay I paranoid but there's always have an IF kan =)

hopefully budak tu selamat. I rasa you kirimkan doa pun dah takpe , semoha Allah selalu lindungi dia

Fyfy Liew said...

Ish. Kesiannya budak tu >,<

lyana kamarulzaman said...

ADOHH.. ganas betol budak kecik zaman sekarang ni. zaman aku dulu paling tak pun main baling-baling pasir je kalau gaduh. -,-'

owner : Lynn said...

cici : owh yeke, tu la..maybe i 1st time nmpk, so i rse cm sedih n terkilan bila tgk dak kecik kena sepak smpi berdarah, n meraung cmtu, tersedu2.. :'(..xsmpi hati,yup bkn x kesian, tp risau kite plak yg kena balik..thanx ea cici :')

owner : Lynn said...

fyfy : kesian sgt wak.... :'(

Lyana : tau xpe, kecik-keik dh berani sepak mcm tu, dah besar xmusatahil dorg berani buat lebih lg tau..:( na'uzubillah