Happy Three Friends

Miss Money

Monday 7 November 2011

Apabila Artis Muda Dibukakan Hatinya

Assalamualaikum readers. Lama rasanya tak update blog ni, maklumlah sibuk
kemas nak balik rumah. Cuti seminggu~ hehehe. Dan rasanya belum terlambat
untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua umat Islam di muka
bumi ini. 

Hari ni, aku takde watpe lepas tolong mak aku masak (belajar nak masak
untuk husband nanti, ahaks) jadi aku tengoklah rancangan Wanita Hari Ini. Aku bukan
minat sangat rancangan macam tu, tapi dah takde cerita, layan jelah. Artis jemputannya
ialah Irma Hasmie yang sekarang ni makin manis bila dia dah bertudung. 

 Aku tengok cara percakapan dia, bersopan-santun dan lemah lembut, bertudung dan
pakaiannya juga menutup aurat. Rasa sejuk hati bila tengok. Alhamdulillah, mungkin ada
hikmah selepas peristiwanya dengan Nabil dulu. Ramai lagi sejak akhir-akhir ini artis muda
Malaysia yang dah berhijrah untuk menjadi yang lebih baik. Yang terbaru ialah Diana Amir.
Aku memang minat sangat dengan dia start tengok dia berlakon dalam filem Aku Masih
Dara tu, tapi time tu dia masih lagi seksi. Sebab itu bila dapat tahu yang dia dah bertudung
dan imejnya kini lebih sopan dan menutup aurat, aku gembira gila. (n_n) Alhamdulillah~


Cantik kan? Sejuk je tengok :)

Alhamdulillah, Diana Amir beruntung kerana mendapat petunjuk dari-Nya pada usia
yang muda begitu. Dia telah bermimpi tentang seksaan hari kiamat dan telah dibuka
hatinya untuk berubah kepada yang lebih baik. Diana Amir juga telah meminta nasihat
dan sokongan daripada Irma Hasmie dan Wardina Saffiyah.

Selain Diana Amir, Siti Nordiana atau nama glamournya Nana juga Alhamdulillah telah
berubah. Sebelum ini, kalau korang ingat beliau tampil pada majlis pelancaran album barunya
dengan pakaian yang agak mengejutkan kerana beliau tidak pernah tampil di khayalak ramai
dengan seseksi dan seberani itu. Tapi mungkin Allah telah memberi petunjuk kepada beliau
yang menyebabkan perubahan drastik berlaku apabila tiba-tiba Nana tampil dengan bertudung
dan pakaian yang lebih sopan dan menutup aurat. Alhamdulillah.


Dan tak lupa juga untuk artis yang juga merupakan pelakon filem Aku Masih Dara
iaitu Raja Farah, juga Alhamdulillah telah bertudung. :) Dan menurut suaminya, dia
gembira apabila isterinya sudah bertudung dan menutup aurat. Yelah, suami mana
yang tak suka kan? Hehe...


Tidak lupa juga kepada artis-artis lelaki muda yang suatu masa dulu popular dengan
lagu GenerasiKu. Radhi OAG juga telah berubah menjadi lebih baik, apabila beliau
berjanji untuk tidak lagi mengambil dadah dan sekarang, beliau sedang berkhidmat
di sebuah pusat kebajikan atau rumah orang-orang tua (kalau tak silap aku). Mungkin
selama beliau di sana, beliau banyak belajar tentang dunia dan agama, semoga beliau
akan lebih matang dan menjadi lebih baik. Mungkin inilah hikmah dari-Nya untuk beliau
yang suatu ketika dahulu merasai kepahitan dalam rumahtangganya. Alhamdulillah~



Dan tak lupa juga dengan seorang lagi pemuda yang pernah membawa watak Ustaz
Ashraf dalam drama Niyang Rapik. Beliau adalah Ashraf Muslim. Alhamdulillah, 
mungkin pembawakan watak baik itu sebati dengan dirinya yang membuatkan beliau
berubah menjadi lebih baik, dan sekarang beliau melibatkan diri dalam bidang perubatan
Islam. Dan Alhamdulillah juga beliau telah bertemu jodoh di situ. :)

Sweet kan? :)

Semoga kita juga akan berubah ke arah yang lebih baik Insya Allah. Amin~



No comments: