Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Wednesday, 9 November 2011

Perempuan VS Lelaki : Siapa Lagi Sibuk ?

Assalamualaikum readers. Ha, pada pendapat korang lah kan, siapa agaknya
yang lagi sibuk? Perempuan ke lelaki? Pada aku, of course lah golongan-golongan
hawa yang paling sibuk. Tak percaya ke? Jom kita tengok apalah yang perempuan
selalu sibukkan sangat ni kan~

1. Sibuk Memilih Pakaian
Perempuan ni mementingkan kesempurnaan. Nak pergi mana-mana mesti kena
pastikan semuanya okay. Lebih-lebih lagi kalau nak keluar dengan si dia kan?
Dating esok, tapi hari ni dah gelabah fikir esok nak pakai apa, nak mekap macam
mana, nak bawak handbag yang mana, kasut mana yang nak dipakai, heels ke,selipar
ke, sneakers ke, bagi yang bertudung pulak terfikir-fikir nak lilit tudung macam mana,
ada yang lagi gigih siap cari latest punya tutorial untuk belit shawl, lepas tu yang free
hair pula, nak kena blow lah, kena iron lah, and then masa nak pilih kesemuanya ni
daripada atas sampai bawah, perempuan juga menitikberatkan pemilihan warna yang
sesuai. Shawl kena matching dengan warna corak kat baju, warna kasut kena sama
dengan warna tanah baju, kalau pakai dress yang plain, kena tambah aksesori lagi
supaya penampilan tak memboringkan, apa lagi, owh ye, button or brooches yang
dipakai juga kena sama tau dengan warna tema pakaian korang hari tu. Kalau tak,
akan ada kritikan-kritikan daripada kawan atau pun orang sekeliling, kan? Hihi...

2. Sibuk Mengambil Berat
Ini memang lumrah orang perempuan. Sangat mengambil berat. Bukan saja yang baik,
malahan yang tidak baik. Errr, maksud aku yang tidak baik adalah terlalu menjaga tepi
kain orang lain. Kalau duduk berbual, susah untuk golongan-golongan hawa ni lari dari
topik yang menceritakan perihal orang lain. Ada je yang tak kena dengan seorang ni, 
terus jadi topik hangat dalam perbualan mereka. Lepas itu, kalau bertanya mengenai
seseorang pula, mesti akan bertanya from A to Z. Lagi-lagi bila bertanya pasal kisah
cinta seseorang itu. Macam-macam soalan yang akan ditanya. Maklumlah, kaum hawa
sangat mengambil berat tau. Sebab itu lah lelaki terpikat. Opz ! (n_@)

3. Sibuk Menjaga Kecantikan
Ini haruslah. Semua perempuan nak kelihatan cantik kan. Korang yang lelaki pun jangan
kelentong lah kalau korang cakap korang lebih memandang pada hati daripada rupa paras
seseorang perempuan. Mesti nak cari yang cantik kan? Sebab itulah, kaum perempuan
sibuk menjaga kecantikan. Beli krim itu ini, for daylight, for sunlight, night cream, day cream,
whitening cream whitening foam, scrub, conditioner, body lotion, hand lotion, face lotion,
toner, mask owhhhhh my Heart banyak gila okay~ Itu kira penjagaan keseluruhan, belum
lagi diperincikan. Manicure, pedicure, duduk bersauna, pergi salon, pergi spa tu semua
pun penting jugak untuk memelihara kecantikan luaran dan dalaman kan di samping untuk
relaxkan diri. Segala mekap pun perlu juga, walaupun mereka berwajah natural beauty,
namun tetap juga menggunakan sedikit lip gloss or eyeliner untuk nampak lebih cantik.

4. Sibuk Memilih Pasangan
Owh yeke? Ye kot....Yup, semua pelaburan kat atas ni selalunya untuk memikat hati lelaki.
Sibuk kan? Lelaki dah dapat, senang-senang je tinggal. Sedangkan perempuan tak pernah
berhenti buat semua benda kat atas ni.

So, penatnya jadi perempuan kan. Tapi yang atas ni belum cukup sibuk lagi. Korang
nak tengok perempuan yang betul-betul sibuk? Cari ibu anda dan pandanglah beliau.
Sibuk kan? Semuanya untuk korang dan keluarganya. :)

4 comments:

An Najwa said...

Hahahahaha wat gelak je...tp ade betulnya gak...uhuhu

owner : Lynn said...

hahaha...yup2, ade yg betul, normal lah, kate perempuan..hehe, klw xde semua di atas, paling koman pon ade 1...:p

Syarafi[skyforce331] said...

bagi saya laa..dua2 sama2 sibuk....ada masa sibuk ada masa tak sibuk.. :)

owner : Lynn said...

Syarafi : itu jg betul :) mana ade org yg relax je sentiasa kan..hehe btw, tq for read this :)