Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday, 1 November 2011

Derita gadis bertulang belakang bengkok

Assalamualaikum readers. Hmm..aku baca paper tadi, ada satu artikel
ini pasal dua orang perempuan yang masih belajar di sekolah menengah,
kedua-duanya menderita sakit tulang belakang yang bengkok. Yang
seorang tulang belakangnya sudah membengkok pada tahap 60%
manakala yang lagi seorang pula hampir 80% ! Dan mereka bakal
menjalani pembedahan untuk membetulkan semula tulang belakang
itu pada bulan November dan Disember ini atas ihsan Tabung NSTP.
Menurut mereka, penderitaan ini menyebabkan mereka tidak boleh tidur
di tempat rata dan tidak boleh duduk statik kerana akan sakit belakang.

Aku ada seorang junior yang macam ni jugak. Aku dengar daripada
doktor yang mungkin bila tulang belakang macam ni, dikhuatiri akan
sukar sedikit untuk melahirkan anak nanti. Tapi, junior aku ni cakap,
takda pape lah, sebab makcik dia pun bengkok tulang belakang jugak,
dan Alhamdulillah selamat melahirkan 3 orang anak dah. 

Dan sekarang, aku dalam dilema. Sebab aku jugak salah seorang gadis
yang mempunyai masalah tulang belakang bengkok. Risau dengan masa-
masa yang akan datang, aku cuma harap aku sihat dan tulang belakang
aku ni tak bengkok lebih teruk lagi. :'( Amin~~

No comments: